...








photography artwork tutorial tips

Monday, August 31, 2009

Happy Birthday MALAYSIA

(wallpaper khas hari kemerdekaan)

selamat menyambut kemerdekaan malaysia yang ke 52
semoga MALAYSIA sentiasa dalam keadaan AMAN dan MAKMUR
untuk selamanya.
Dan sekalung penghargaan untuk mereka yang telah memerdekakan MALAYSIA
dari ancaman penjajah dan untuk mereka yang telah meningkatkan martabat dan
nama MALAYSIA di persada antarabangsa

:::|
1 MALYSIA|:::

Sunday, August 30, 2009

Bila diri bertemu webcam

huhuhu~~~dah lama tak bukak web cam.
Tapi bila dh bukak tu...mula la nak test macam2. Dalam masa yang sama sempat jugak la berpose2 (hihi)

(gaya mutu keunggulan....cewah)
(promote sikit)
(lepas dah tembak...mestilah senapang berasap)

amacam. Penuh bergayakan (hihihi)
ada lagi sebenarnya...klau nak tengok jugak, pegi la kat facebook aku. Kalau tak add lagi add la.
bukan selalu main dengan webcam ni.Setahun sekali je.
Lagi satu cerita....pagi tadi around pukul 3 sementara nak menunggu waktu sahur tu, sempat la ber LIVE CHAT dengan sorang selebriti ni(huhu).....SELENA GOMEZ si budak comel. Korang kenal ke dia. Kalau tak kenal lantak korang la

(dia kata: nah...nah iPhone ni utk awak)
(dia kata: jangan nakal2 tau...)
p/s:huuu...memang best la chatting dgn SELENA. Bila cik adik nak buat live chat lagi

Saturday, August 29, 2009

Just enjoy

huuu....salam sejahtera to all my beloved reader atau yang saje2 singgah blog ni. Lama juga tak mengupdate blog ni. Maklum la, internet kat kampus tu lembab, so nak update pun kat rumah je la. Tapi bile dah boleh mengupdate ni tak tau pulak ape nak cerita. So, aku upload 2 gambar favourite aku untuk tatapan rakyat jelata sekalian......hihi...

(the flying kick)

(ni gambar paling menarik dalam koleksi aku)

p/s: amacam....ok tak gambar tu

Tuesday, August 25, 2009

Pendekar Moden (2) Finale



....namun akhirnya... kedengaran suatu suara yang agak2 sumbang. Cutt!!!! (selebihnya bacalah kat atastu). aduhai, rupa2nya mereka bukan lah seorang wira yang digembar gemburkan itu. Mereka sekadar pekerja makan gaji buta yang selambanyer membuat muka tebal berlagak bagaikan pahlawan di zaman kegemilangan Melayu Melaka la konon. Setelah dihalau menggunakan penyapu lidi cap kelapa pandan dan juga dismack oleh krew2 disana( part ini 18 SG, lu pikir2 la sendiri).....Akhirnya mereka terpaksa akur dlalu meninggalkan set tersebut. Namun sebelum Hang Tuah dan Hang Jebat keluar daripada set tersebut, Hang Tuah meninggalkan pesanan, TAKKAN KACANG LUPAKAN KULIT ( ape kaitannyer dengan citer ni woi!) . Kedua-duanya meninggalkan set tersebut dan membuatkan director dan pekerja2 disana tercengang. Tetapi malangnya Hang Tuah dan Hang Jebat tersebut telah tersepak batu dan akhirnya terhumban ke dalam longkang yang agak cetek. (jatuh dengan penuh bergaya bagi menjaga maruah). Begitu lah kisah 2 orang pahlawan yang agak tidak waras dari sudut zahirnya.


p/s: mintak maaf kepada semua pasal terlewat update atas faktor kesihatan internet kat MFI ni (lembab yg teramat).Tapi aku dah berjaya mengatasi masalah tu degan memberi makan" panadol internet active fast ". So kalau jalan cerita dia kurang menarik, harap maaf..... (rasa nak buat lagi la macam ni lagi)

Sunday, August 23, 2009

Pendekar Moden


Al-kisah tersebut dua orang pahlawan yang gagah berani. Namun mereka berdua telah lama bermusuhan atas sebab yang tersangatlah "complicated".Tetapi hari ini, atas jodoh dan pertemuan ...mereka di satukan (bukan jejak kasih tau).Oleh kerana terlalu berdendam dan menyimpan api kemarahan yang mendalam sesama mereka. Mereka berdua sanggup bergadai nyawa mempertahankan maruah mereka bertarung ditengah khalayak ramai tanpa mengenal unsur malu (buat muka tebal je). Pertarungan itu telah bersaksikan oleh sebuah kamera DSLR canon 450D. Mereka telah bertarung sehingga menangis kegembiraan....namun akhirnya.....

p/s: nantikan post yang seterusnya untuk mengetahui kesudahannya (esok atau lusa)

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa

Tidak disangakan akhirnya RAMADHAN muncul kembali. Tepat waktu maghrib hari ni 1 RAMADHAN akan menjelma dan solat sunat tarawih akan dilaksanakan (macam skema je ayat ni).

  1. Maka pada bulan ini jugalah akan kedengaran bunyi syahdu mercun pop2 dan sebagainya dimainkan. waktu ni tokey mercun kayela. (tapi kalau takde benda ni macam x meriah).
  2. Bulan ni juga la ada mangkuk2 ayun yang gatal ponteng puasa.
  3. Bulan ni juga la akan munculnya makanan2 pelik yang susah nak dapat pada bulan lain.
  4. bulan ni juga la kalau ada waktu free je pegi bantai TIDO. (tu menjadi kemistian)
  5. Bulan ni juga la bagi sesetengah orang berat badan makin naik (isykh3)
  6. Bulan ni juga la banyak rancangan pasal masakan (aduih..lagi la terliurnye)
  7. Bulan ni juga la orang banyak menghabiskan duit ( beli baju raya banyak2...padahal raya sehari je)
  8. bulan ni juga la paling banyak pasar dibuka (bazar ramadhan la tu~~hihi)
  9. Bulan ni juga la buah kurma melambak2 sampai boleh jual longgok je kat pasar (bile bukan bulan puasa..hu...setangkai pun susah nak cari)
  10. Bulan ni juga la .......mmmm ape ye.... (siapa ada idea lagi)
Ok lah.....Kepada seluruh warga Malaysia yang BERblog sekalian dan juga yang takde blog... ~~Selamat Menjalani Ibadah Puasa~~. Jangan Ponteng tau....


Wednesday, August 19, 2009

Slow shutter speed

ape yang terjadi kalau shutter speed kite terlalu slow...hahaha...
ini dia, hasil yan agak dramatik lagi romantik...
sebenarnye ni 1st time aku try main dengan slow shutter speed.Bukan senang nak dapatkan hasil dia.Tambah2 lagi kalau waktu tu tak guna tripod. Tangan dah la terketar2. terpaksa la mencari benda2 yang boleh menggantikan tripod(tiang signboard). Dan ini antara gambar2 yang terbaik aku dapat. Sebenarnya ada banyak. Tapi taruk sikit je dah le. Bukan nye ada oranag nak tengok sangat..

uuu.tengok la tu....kereta pun jadi macam sepantas kilat. Best sesangat2 bile gamabar jadi macam ni
ni waktu"THE FLASH" melintas

ok lah...itu sahaja untuk entry kali ini. Harap rakan2 semua teruja lah ye. Untuk post entri akan datang mungkin akan di post lambat sikit (sebenarnya memang selalu lambat pun) pasal sekarang ni dah musim test (buku diutamakan...design2 ditangguhkan...kamera simpan je la dulu).

Friday, August 14, 2009

DVD cover art

setelah lama tak mengupdate blog...huuuu...
rindunya
hari ni tajk mengenai DVD cover art. Ape bendanya tu. DVD cover art ni cover untuk sesuatu cerita tu l yang ada kat depan DVD box tu. Tu la dia. Benda nya simple je. So aku jugak dah berjaya membuat DVD cover art aku sendiri.(hihihi). Tapi mungkin tak se lawa mana la. Maklum la aku ni bukan expert dalam bab mengedit gambar ni. So kat sini aku tunjukkan perubahan yang aku dah buat daripada gambar asal kepada DVD art cover .

Kat bawah ni la gambar yang menjadi mangsa aku (huah3).Gambar ni aku ambik kat internet je. So untuk jadikan gambar ni lebih drastik untuk aku punya DVD cover art. Aku bercadang untuk runtuhkan bangunan ni.Dan hasilnya...


ini dia...filem TOMORROW yang akan ditayangkan selepas RAYA nanti jangan lupa tengok tau(hihihi)

bagi mereka yang malas sesangat nak pergi kat wayang tu, korang boleh la dapatkan DVD dan Blu Ray version nanti ok....


"suppotlah industry perfileman ezhan artwork"

Sunday, August 9, 2009

GI joe mendapat AWARD

tajuk tu sebenarnya main tulis je..hihihi
Setelah sekian lama tak tengok wayang, akhirnya sempat jugak meluangkan waktu pergi tengok wayang. Tengok filem GI Joe. Hu memang best gila arr cerita dia. sikit pun tak membosankan.
Ada je dia punya action..huuu, rugi la siapa tak pergi tengok lagi.
ini ada sedikit review pasal movie ni..:

jalan cerita : best. tak membosankan tapi ada part2 yang tergantung(mungkin sebab diorang nak taruk part tu dalam GI joe 2 kot..hihi)
CGI : tak semantap transformer. tapi still boleh terima la
rating diberi : **** bintang diberikan
kesimpulan : pergi la tengok movie ni kat cinema, kalau setakat download ke beli cetak rompak tak best pasal feel dia takde

lagi satu perkara ....hari ni aku dapat award dari AsOne: .aku dapat award "SmartNOrderlyblog"
hihi(takde la smart mane blog ni sebenarnya)

so memandangkan dia takde bagi syarat apa2. So aku just show je la award ni ok...hihihi
kepada yang lain jangan jeleous ok

haa tengok ni siap dapat sijil lagi tu...caya la

thank you AsOne

Saturday, August 8, 2009

FLORIA 09 putrajaya

Ini ada sedikit cenderahati yang di bawak balik dari floria 09 putrajaya.



ada banyak lagi ni
jom tengok gambar lain pulak....


ini lah dia gambar2 menarik tu....











so ini aja la yang sempat nak di upload, kalau nak upload semua memang letih la...
bagi sesiapa yang tak pergi lagi pergi la sementara masih sempat ni.

Friday, August 7, 2009

HDR ke ni..???

sejak kebelakangan ni, aku minat sangat ngan gambar HDR (high dynamic range). Aku suka sangat pasal dia punya detail lagi menyerlah. Tapi untuk edit gambar HDR ni ada banyak teknik. Tapi setakat teknik edit gambar saja tak cukup. Dia kene jugak tau macam mana nak setting camera untuk tangkap gambar HDR. Tapi aku bab2 kamera ni tak mahir lagi. Baru2 nak belajar je(hihihi)
So...setelah meneliti beberapa teknik untuk edit gambar HDR kat internet. Aku pun try la dengan teknik aku sendiri. Dan hasilnya aku pun tak tau yg gambar aku edit ni HDR ke tak....mmmm ...kalau gambar tu tak clear, pandai2 la korang klik kasi besar ok.

(gambar asal)

(gambar yg disangka HDR)

so kepada sesiapa yang arif pasal gambar atau pun kamera...tologla bagi tau tuan punya blog ni yang gambar ni HDR ke tak....mmmm.

Sunday, August 2, 2009

flickr here I come....


setelah sekian lama nak sangat buat fotopage sendiri, akhirnya aku decide nak bukak akaun flickr.Bukan apa... senang sikit nak menempatkan hasil HOBI ku ini (artwork & photography). lagi pun senang sikit guna flickr ni sebab dia yahoo punya dan aaku merupakan seorang pengguna yahoo yang setia(hihihi..email je la). So kepada korang yang nak tengok hasil karya ku yang lama2 dulu boleh la merantau ke flickr aku ye(jangan segan2 ok). Tapi buat masa sekarang ni gambar tak banyak lagi pasal baru daftar. So, korang kene la tunggu sikit untuk semua gambar2 and artwork aku nak diupload dalam flickr

klik gambar ni untuk flickr ku
My flickr

so apa lagi jom la melawat flickr ku( tak payah segan2)

p/s: sekarang blog ni dah menggunakan system komen yang lebih mudah dan cepat (disqus comment system). So jom la komen2 kat blog ni ok...rigan2 kan la tangan tu.

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin