...








Sunday, September 27, 2009

kad raya collection

Huu~~~ lama tak bukak internet ni. Hampir dekat dua minggu tak bukak. Bila check email sampai dekat 700 lebih tak read lagi, tapi yang paling banyak mestilah facebook punya (hihi).Hari ni dah masuk raya ke-8 kalau tak silap. Tapi still lagi orang pergi beraya kan (tak puas2 lagi ke diorang ni). Ok lah untuk post yang serba ringkas ni aku just nak tunjukkan sebahagian koleksi e-kad raya dari rakan taulan blogger yang bermurah hati untuk mendesign kad raya ni


Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya 2009

Assalammualaikum kepada pemabaca sekalian (huihhh....1st time bagi salam kat blog ni... selalu rempuh je..)

Rasanya masih belum terlamabat untuk diriku untuk menunjukkan my 1st "e-card" raya (png format)secara tak langsung nak jugak bagi kat siapa2 yang sudi mengambilnya (jangan la malu2).Dah design cantik2 untuk korang semua.Siap format png lagi supaya matching dengan background blog korang
Jadi sila lah terima kad raya yang tak seberapa ni (tu pun kalau sudi la, Kalau tak nak ambik pun tak pe)
sekarang ni tengok semua sebok bagi kad raya digital ni (e-card)...macam ni bangkrup la orang yang jual kad raya kad kedai tu (hihi....kesian)
ini ada sedikit ucapan untuk korang semua.....

Monday, September 14, 2009

Happy 100th Post to me


huu...setelah sekian lama berblog akhirnya cecah jugak angka 100 untuk total post (haha).Macam tak percaya je. Walaupun nilai dia mungkin tak sebesar mana nak dibandingkan dengan blog korang2 semua yang ntah dah beribu2 kot, tapi benda ni memotivate-kan diriku untuk terus berblog(harap2 la). So untuk post kali ni,aku nak cerita sikit macam mana aku mula berblogging ni.....

Sunday, September 13, 2009

Alphabetical LIGHT TRAIL

huu~~~seperti yang dijangkakan, memang seminggu sekali je la dapat update blog ni. Tapi tak pe sebab semangat blogger dalam jiwa masih tetap membara(cewah). Harap2 impian nak beli P1 wimax tu cepat2 la terlaksana.

Jadi untuk tidak melengahkan masa lagi~ini dia hasil karya terbaru (alphabetical light trail). Sebenarnya ni hasil aku dan rakan sebilik aku Naim. Naim ni la yang berusaha keras nak lukis sume bentuk2 huruf tu, aku pulak apa lagi tangkap gambar je la. sebenarnya ilham nak buat benda ni tercetus secara spontan nya setelah kitorang tak dapat nak solvekan soalan assignment (tension gila).pastu kitorang pun main2 la dengan kamera.Tiba2 datangla idea nak buat light trail pulak (hihi). Dengan berbekalkan keychain lampu dan sekuntum DSLR.KItorang pun shoot la dengan macam2 gaya yang agak pelik untuk mendapatkan hasil yang konon2nya exelent....tapi hasil dia tak la sebagus mana~~~~tapi untuk mereka2 yang tak tau ABC...ni ezhan artwork ajarkan~


jom tengok lagi....

Monday, September 7, 2009

Cinta di sebalik Tingkap

huuu~~~dekat seminggu blog ni tak berupdate.Bukan ape, busy dengan test la, assignment yang berduyun2 la. Hu just sempat jengok blog je tapi update nye tak sempat. Lagi pun sejak dua menjak ni internet kat MFI tu slalu sakit2. Kejap ada kejap takde. Tension2. Nampak gayanya memang kene daftar jugak la P1 Wimax. Baru la boleh update hari2 kan...hihi

ok la. berbalik kepada agenda sebenar. Bile tengok balik tajuk kat atas tu macam nak tergelak pon ada.Post kali ni aku nak tunjukkan gambar yang aku tangkap kat rumah aku sendiri...tengah syok2 main ps2 kat bilik. Dengar la pulak kicauan burung tengah menynyi lagu raya kat tingkap. Pegi l
a tengok. Lepas tu terus grab camera tangkap gambar(candid si burung).Tapi gambar tak brape clear pasal tangkap blakang tingkap je kan....so walau pape pon kita enjoy.

(bercouple di bulan puasa)
(setelah ditinggalkan kekasih)



p/s:itu saje la presentation untuk post kali ini...harap2 minggu ni internet dah ok semula...baru boleh update blog slalu. Kalau tak seminggu sekali je la...huhu

Blog Widget by LinkWithin