...








photography artwork tutorial tips

Friday, October 23, 2009

bunga api COLLECTION.....

~~~~Salam sejahtera kepada semua yang sudi menyinggah kat blog ni ( sama ada yang dipaksa, terpaksa atau suka rela...hihi). Walaupun dalam kesibukkan yang tersangat2 sibuk ni dengan final exam yang tinggal lagi seminggu dan final projek yang tak sudah2 terdetik jugak kat hati ni nak update blog ni. So hidangan istimewa kali ni ialah: nak show off gambar main bunga api pulak time raya dulu. Walaupun raya dah lama habis (hihi). Tapi tak kesah la kan, suasana raya kan still ada. Belamambak lagi orang buat open house (diorang ni tak reti2 nak close dah ke). Ditambah lagi dengan suasana Deepavali. Huuuu.....memang beraya sakan la. So nanti jangan la ada orang tanya pulak...(baru sambut raya ke bang). Maka tanpa segan silunya aku akan shoot kepala mereka yang cakap camtu(hahaha)....

So inilah sebahagian gambar yang nak di show off kan.....kalau ikutkan dalam collection ada 100+ lebih. tapi takdapat la nak upload semua.


ada lagi ni.......

Saturday, October 17, 2009

Sayalah Pemenangnya

Hari ni aku masuk satu event yang dianjurkan oleh Media Club Malaysia France Institute. Nak tau event dia ape.....haaaa. Pertandingan Fotografi(hihi). Hadiah yang ditawarkan tak lah tinggi mana, tapi agak menarik jugak la (Rm200+sijil+cover page majalah MFI+2 frame gambar kecil+2 notepad). Ok la tu kan. Tema dia senang je "Unikl MFI". So dengan kudrat yang ade serta ketangkasan dan kelincahan aku dalam menangkap gambar ni. Aku pun snap la sebanyak mana yang mampu. So pada hari ini la diadakan pameran untuk gambar2 yang semua peserta tangkap tu. Lebih kurang 10 orang ambik bahagian. Semua gambar memang mantap2 belaka. Macam dah pro semuanya. Tapi kemenangan selalu akan berpihak kepada yang benar (hahaha). Dengan izin yang Maha Kuasa, setelah dihakimi selama 1 jam. Aku dinobatkan sebagai juara.....YAHOOO!!!!..... terima kasih diucapkan kepada memberku (Ainuddin) kerana sanggup meminjamkan Nikon D3000nya di kala Canon 450Dku dimasukkan ke ICU.

So ini antara sebahagian gambar aku yang aku select untuk masuk contest ni dan berjaya menambat hati juri...hihi


Ade lagi ni..........

Sunday, October 11, 2009

Photo manipulation + Photoshop

(title: tangan berasap)

sebenarnya saja je buat post ni sementara nak arrangekan gambar raya yang nak di show off kan dalam ni. Ni gambar tangan ni aku yang tangkap sendiri tau (bukan amik kat internet) hihi. Konsep ni aku tiru dari satu wallpaper yang secara tak sengaja dijumpai di lorong2 gelap internet. So aku pun try la nak buat satu. Mula2 ingatkan complicated nak buat, rupa2nya 20 minit dah siap (bangga la pulak). So apa lagi.....KITA ENJOY!!!!

Monday, October 5, 2009

model ku Black and White

huu~~~~akhirnya dapat jugak nak update blog ni di pagi yang hening dan penuh barakah ni. Lama betul aku tunggu nak upload gambar2 ni. Padahal 5 keping je. Tapi tunggu punya tunggu upload malam pagi baru habis (cis). Namun begitu (skema gile), aku sanggup menunggu bagi tak menghampakan diri aku dan peminat2 setia blog ni (ade ke org nak minat blog ni??) seterusnya membersihkan segala sawang2 yang melekat kat blog ni (hihi).

This time (speaking sikit), nak show sikit gambar model sepupu aku yang sanggup mem-volentiarkan (betul ke eja ni) dirinya untuk di-pergunakan aku. Motif gambar ni sebenarnya nak tunjuk rambut tu je, tapi sekali jadi ala2 kiko jean tu (hihi). SO kita enjoy....






( ni special pose maut rentak 1000 untuk korang )

p/s: total masa nak upload semua gambar ni ialah 8 jam....satu rekod baru di ezhan artwork. Nantikan gambar2 raya pulak (bila la tu agaknya kan )....skarg ni nak pergi repair DSLR dulu,ade problem...aduihh

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin