...








Thursday, December 31, 2009

Happy New Year 2010

Selamat Tahun Baru 2010 diucapkan kepada semua. Semoga tahun 2009 banyak menjadi pengajaran untuk anda berubah dan tahun baru ini juga akan menjadi lebih baik untuk anda semua Diharapkan agar segala impian anda atau azam yang tidak tertunai tahun lepas akan dapat ditunaikan dan anda akan terus Maju dan Maju dan Maju sampai Wangsa Maju (hihi).

HAPPY NEW YEAR!!!
2010

Museum of Islamic Art Doha-Qatar "Part2"

GAMBAR! GAMBAR!! GAMBAR!!!
Ok, seperti yang dikatakan ni dia sambungan untuk post lepas mengenai gambar yang aku shot waktu dalam muzium. So apa pendapat korang. Ok tak. Hihi. Maklumlah, aku ni baru je belajar guna DSLR ni. Ilmu pun"ciput" je. So kalau korang nampak gambar aku ni agak buruk. Paham2 la kan.....
Ohh ye, memandangkan gambar2 ni aku tak taruk trademark aku (lupa, dah habis edit baru perasan) jadi kalau korang nak ambil gambar ni untuk kegunaan korang, bagi la tau dulu ok. Pastu korang nak buat rojak ke apam ke ikut suka korang la..
So, enjoy la ye....komen la sekali ok untuk meningkatkan lagi prestasi aku ni (hihi)..

(topeng perang)

Wednesday, December 30, 2009

Museum Of Islamic Art Doha-Qatar 'part1'

Wohoo.... itu la ungkapan yang dapat dikatakan apabila sudah lama tidak mengupdate blog. bukan apa, maklum la waktu kat Doha hari tu sibuk gila. Keluar je kerjanya. Bila balik rumah je mood nak update blog hilang sebab letih sangat. So untuk maklumat korang juga, aku sekarang ni dah ada kat Malaysia.Tapi post kali ni still lagi nak ceritakan pasal Doha. Kali ni nak kongsikan pengalaman aku waktu kat muzium pulak. Eh silap, bukan nak kongsi pengalaman tapi nak tunjukkan gambar yang aku tangkap waktu kat situ. (hihi).Kiranya nak show off la ni.Bukan apa, susah tau nak tangkap gambar kat dalam muzium ni. Maklumla gelap gila kan. So kene la pandai2 setting kamera tu. Korang pula bila lagi nak shoot gambar dalam Muzium macam ni. Haa, so ini la dia part 1 shoot at the muzium :~


Saturday, December 19, 2009

Qatar Architecture

Salam sejahtera diucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir atau tersinggah secara tak sengaja waktu blog walking kat blog ni. Sebelum tu nak mintak maaf sebab blog ni tak dapat nak diupdate secepat mungkin. Ni semua atas faktor cuaca(hihi). Bukan la. Sebab faktor masa dan kemalasan yang membuak2. Tapi takpa. Kini aku kembali (cewah). Ok la kali ni masih lagi nak cerita pasal Qatar. Tapi nak cerita pasal bangunan2 kat sana pulak. So kat sini ada la beberapa keping gambar yang tak seberapa yang sempat ditangkap. So enjoy your self ok.

(mercutanda Qatar...lawa design dia)

Sebelum tu nak bagi tau awal2 yang gambar2 ni agak tak bagus kualiti dia sebab ambik dari dalam kereta je kan (hihi)....

Wednesday, December 16, 2009

Qatar Episode 2

Mmmm...nak start dari mana ye episod 2 ni. Ok la untuk episod 2 ni. Nak ceritakan tentang sambutan harijadi (Birthday party la) yang diorganizekan khas untuk Aiza (gambar bawah ni) dan juga untuk mengalu-alukan kedatangan ornag Malaysia( me and cousin). Ramai yang datang kat majlis ni dan seperti biasa aku juga la yang jadi photographer tak rasmi nye (hihi). Post kali ni takdala nak cerita banyak benda. Just nak tunjuk gambar je. hihi

(birthday girl)
Bawah ni la gambar  gelagat waktu nak tiup lilin. Jom tengok. Arr terlupa pulak nak bagi tau. selain Aiza (birthday girl), ada lebih kurang 5 orang lagi yang birthdaynya diraikan termasuk la aku.
(hihi). So jom la menikmati gambar yang buruk ini. Silakan2.....

Sunday, December 13, 2009

Qatar Episode 1

Huu. Akhirnya sempat jugak nak mengupdate blog direct from Qatar. Hihi. So ini la episod 1 bermula dari 10 hb 12. Cerita dimulakan denga keberangkatan kontingen Malaysia (Me and my cousin la) ke Bahrin (transit) then straight to Qatar. Hu memang letih la duduk dalamkapal terbang lama2. Bosan. Tidor je.

(waktu nak tunggu flight kat KLIA, sempat main2 lagi dengan cousin)

Kat KLIA ni sempat lajugak shoot beberapa keping gambar. So lepas tu...

Thursday, December 10, 2009

Selamat tinggal Malaysia


Dalam post lepas aku ada cakap "good bye Malaysia".Maybe masih ada yang tak tahu lagi yang aku akan ke Doha hari ni. Yahoo!!!, syoknya. Yang dah tahu tu duduk diam2 menikmati gambar ni Ok. So dah terjawab la persoalan yg timbul kat post lepas kan.

So ni la special ter-simple wallpaper utuk event ni. Hari ni aku akan naik flight pukul 10.35 pagi. So nanti aku akan post kan special entry untuk lawatan aku ke sana nanti... Bye Malaysia.!!!!. tunggu Ok untuk special post nanti!!!

Group shot!!! (update)

Update daripada post lepas"Group shot!!!". Kat sini aku hanya mampu tunjukkan 5% je gmbar daripada gmbar keseluruhan...hihi. Banyak sangat nak kena update.
Kalau nak tengok lagi banyak KLIK SINI



jom tengok lagi...bnyak lagi ni....

Wednesday, December 9, 2009

Hari Keputraan!!!

nothing to say....
just happy!!!!
esok akan meninggalkan Malaysia.~


p/s: gambar group shot tu post malam ni

Tuesday, December 8, 2009

Group shot!!!

Ahad lepas aku dapat job utuk shot gambar group shot!!!. Best, memang dah lama rase nk buat group shot ni. Tapi tak berpeluang je. So, tanpa rasa segan, malu dan shy. Aku pun terima la tawaran tu. Memang happening la pasal semua ni rakan2 seperjuangan masa kat sekolah dulu. Best jugak la dapat jumpa semula diorang ni. Padahal waktu mula2 tu segan jugak nak tangkap. Tapi dah lama2 tu syok sendiri pulak (hihi). Bukan apa, dulu kat sekolah aku bukan nye MPP pon. So kat situ aku sorang je la yang ganjil, nasib baik la aku ajak sorang lagi yang bukan MPP untuk teman aku. Kalau tak memang segan habis la.So ni la sedikit preview untuk korang. Gambar lain upload esok je pasal banyak gambar lagi nak kena edit ni . Hu, letih.

So,nantikan esok untuk gambar group shot!!! ni.

Dikesempatan ini juga, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada owner w3garden (the Malaysia Blog Showcase) kerana telah menyenaraikan blog aku dalam tu. Sebenarnya aku pon baru je perasan blog aku ada dalam tu. THANK YOU SO MUCH~

Wednesday, December 2, 2009

bila Hujan turun

Kebelakangan ni asyik hujan je kat belah pantai timur kan (kata musim tengkujuh...memang la). Badan pun jadi malas nak gerak. Semua benda malas nak buat. Tidur la yang paling best (hahah). Tapi tidur je pun bosan jugak. Jadi untuk tidak mengsia2 kan hujan yang turun, aku sempat shoot beberapa gambar waktu balik raya hari tu. Susah jugak bila hujan ni. Karang tengah2 ambik gambar, silap2 kamera jatuh dalam longkang pulak ...hahah


ni aku punya 1st trial tangkap gambar water droplet (betul ke nama dia ni.)....boleh la kan. Ada lagi ni

Blog Widget by LinkWithin