...








Tuesday, April 13, 2010

The Urban Boys project

Projek usaha sama yang dijalankan bersama member2-ku yang berkonsepkan Budak Kampung. (hihi). Sebenarnya benda ni kitorang tak rancang pon. Tengah syok2 berjalan2 kat Taman Putra Perdana Putrajaya, tiba2 terjumpa la upih daun pinang ni ( agaknye la, tak tau nama sebenar). Tiba2 terdetik dalam hati nak main benda ni.(hahaha). So kami pun bercadang la nak tangkap gambar konsep budak kampung. So, dalam projek kali ni, 3 orang photographer, 5 orang model upahan (kami la tu) berkolaberasi menjayakan projek yang tak berapa nak jaya ni.

Memang kelakar gila la waktu tu (hahah). Mana taknya macam2 gaya pelik muncul. Maklumlah, bila budak bandar main permainan budak kampung. Pandang pon rasa macam ada something wrong je. Nasib baik la tak de orang lalu lalang kat situ. Kalau tak, confirm la diorang gelak berguling2 sampai tak boleh tidur malam (hahaha).

so, korang enjoy la ye ke semua picture ni.~

Sunday, April 4, 2010

Mini Workshop Outdoor Potraiture In CS way # part2

Rasanya hampir sebulan jugak la aku tak mencantikkan blog ni dengan post2 baru, Memang agak sedih jugak la sebab tak dapat nak update blog selalu. Maklum la, sekarang ni musim test, projek pulak berlambak2, assignment lagi la kan. Huuuu....ni la dia kehidupan seorang pelajar.

Tapi tu semua tak bermakna aku akan abaikan blog tercinta ni. Aku still akan update sekerap yang mungkin walaupun kadang2 tu memang sibuk.

ok la tu, malas nak membebel panjang. Seperti yang korang tau, aku ada buat post pasal minii workshop yang aku join bulan lepas. So aku nak sambung post sebelum ni. Jadi ni la dia part 2 untuk workshop tu. Aku show gambar2 yang agak terbaik je bagi aku. Harap korang enjoy la ye.


Blog Widget by LinkWithin