...








Monday, May 31, 2010

Photo Manipulation

1st time aku buat photo manipulation dengan serious. Merata aku cari inspirasi. Bukak page ni page tu. Akhirnya dapat lah juga sedikit inspirasi. Walaupun tak segempak mana gambar ni. Tapi aku sangat berpuas hati sebab ni lah design pertama aku dalam photo manipulation.
so enjoy.

klau korang tak dapat bayangkan gambar asal dia. boleh la tengok gambar kat bawah ni....

Friday, May 28, 2010

Digital Painting.

hai rakan2 sekalian kembali lagi kita dalam rancangan motivasi tengah hari (haha, gurau je) Korang masih lagi dalam blog Ezhan-Artwork. Jagan la rasa tersalah blog pulak ye

...Ok lah, semenjak dua menjak ni aku banyak upload gambar2 photography aku dalam blog ni. Makin lama rassanya blog ni dah macam photoblog pulak. Lagi 1, dah lama jugak aku tak upload hasil2 seni yang aku buat. So kali ni aku upload aku punye digital painting.Tak la sejadi mana sangat pasal 1st time aku buat digital painting ni atau lebih kurang macam water colour style la. Kalau korang pon nak try. Tutorial dia korang boleh check dekat Sifoo.com. Apa lagi. Jom lah mencuba. Siapa dah buat bleh tunjuk kat aku..HIHI!!!!

Title: digital painting
medium: Photoshop CS5
Duration: 1 hour 30 min
tutorial:Sifoo.com

p/s: Oh ye, sekarang ni blog aku dah dilengkapi dgn button "LIKE" untuk facebook. Senang2 like la ye

Friday, May 21, 2010

Once upon a time #part 2

Mmmmm.....Arrrr...Errrr.... tau nak tulis apa untuk post ni. Just nak tunjuk kan sambungan post sebelum ni je. Aduihh, serious tak de idea langsung ni nak tulis ape.

Arghhh...korang tengok je la ye gambar2 ni. Senang cerita....
Ni antara collection gambar2 paling best yang aku ade. So enjoy

Monday, May 17, 2010

Once upon a time #part 1

Sepetang di Putrajaya bersama-sama crew Photo Assassin menembak sepasang couple yang sangat secocok (hihi,mmm sebenarnye diorang ni arrrr....malas la nak bagi tau) Fatin Haziqah dan jugak Naseer. Antara Crew yang terlibat pada hari tu Akram (selaku prop man) dia la yang angkat semua barang..haha..thanks Akram. Kalau kau takde susah la kerja kitorang. Sorang lagi photographer yang terlibat ialah Anas Photo Assassin.

Memang agak mencabar jugak la bila nak buat couple shoot ni, maklumlah 1st time katakan. Dah la sebelum tu hujan lebat. Ingatkan shoot hari tu kena la batalkan. Tapi nasib baiklah si-hujan bersimpati kat kami semua ni. Secara tak semena2 hujan pon berhenti kira2 pukul 3. Maka, tanpa segan silu kitorang pon cepat2 la pergi Taman Putra Perdana untuk sesi photoshoot.

Tapi agak susah jugak nak shoot kat situ. Ialah, semua tempat basah. Nak duduk pon susah. Klau nk shoot low angle lagi la tak boleh baring punya. Tapi tu semua bukan penghalang untuk kami menghasilkan karya yang boleh kami bangga kan.Walaupon mereka berdua ni tak pernah buat official photoshoot macam ni. Tapi diorang ni dah macam ada bakat tersendiri. Semuanya berjalan dengan lancar. Memang teramat best la dapat.

Maka dengan angin sepoi2 bahasanya pada petang tu, cuaca yang mula cerah, dengan embun2 di daun. Kami mula menunjukkan bakat kami......jeng3....dengan itu, terhasil lah gambar2 yang korang dapat tengok kat bawah ni. Ni hanyalah sebahagian dari hasil seni yang aku tangkap.Nantikan lah part 2 nye pulak ye. So Enjoy.!


ada lagi.....

Thursday, May 6, 2010

i-City Outing

Hari tu, aku telah diberi peluang untuk photosoot dekat i-City Shah Alam. Tempat tu memang the BOOM la klau nak buat shoot malam. Lawa!!!. Lampu sana sini, macam siang la tempat tu sebab cerah sangat. First time dapat kesempatan untuk shoot model waktu malam ni. Memang satu pengalaman yang cukup bermakna la.

Mula2 tu agak kekok jugak la sebab tak tau nak pakai setting ape waktu malam. Sebab bila shoot je gambar jadi gelap....haha. Tapi bila dah jumpe setting, huu gambar memang best la. Tambah2 lagi bila pakai 50mm f1.8. Dia punya bokeh(blur) terbaik la. Yang bestnya bila semua team PHOTO ASSASSIN join sekali. Havoc habis. Riuh rendah jadinya.

Apa2 pon aku nak ucapkan thanks kat Ejal selaku supplier model, Bella selaku model malam tu and all the Photo Assassin crew and Anas dari SC click sebab membuatkan outing kali ni sangat seronok walaupun keletihan sebab lambat makan.......lain kali kita outing lagi....

Saturday, May 1, 2010

Blog Widget by LinkWithin