...








Saturday, July 31, 2010

20 Design Bantal Yang Stylo!


Sekarang ni dunia dah semakin maju. Komputer semua makin canggih. Kalau dari segi reka cipta tu semua nak ala2 futureristik gitu kan. Haaa, bantal pun tak nak ketinggalan zaman juga. Asyik design simple je kan. Bosan la. Nak tidur pun tak feeling je kan. Dah la dengan ada macam2 peta atas tu kan. eeee~ . Jadi disebabkan atas ke-boringan design bantal yang simple dan bosan tu la beberapa designer dari seluruh dunia dah mendesignkan bantal2 yang sangat stylo yang mana boleh membuatkan korang mimpi bidadari tiap2 hari (hihi).


So, hari ni aku nak kongsikan '20 Design Bantal Yang Stylo' bagi aku. Jom kita tengok...

Friday, July 30, 2010

Poster Design Bulan ini.

Hye guys, post kali ni takde apa yang nak di bicarakan sangat, just nak showkan 2 kerja mendesign poster aku untuk bulan ni. 2 orang client mintak aku designkan poster. So hasilnya macam korang boleh nampak kat bawah ni. So apa pandangan korang. Buruk ke cantik ke, ada yang tak kena ke (hihi.). So enjoy ye...



p/s: kalau korang nak tempah poster daripada aku, silakan lah ye, jangan malu2 hihi! tehee~

Wednesday, July 28, 2010

For Sale! Nikon 18-105mm

Hye guys, hari ni aku nak jadi salesman kejap. Aku nak iklan kan lens kamera 'Nikon 18-105mm f/3.5-5.6G ED AF-S DX (VR)'. Second hand dengan condition 8.5/10. Masih elok dan jarang digunakan.


Price: Rm800(Nego)
Include: 67mm Front Lens Cap, Rear Lens Cap, UV filter (unbox, waranty habis)
Condition: masih dalam keadaan baik. Tiada kulat(fungus), 8.5/10
COD: Bangi, Kajang, KL
Contact: ezhan_09@yahoo.com

Kualiti sama seperti dalam gambar. Sila tengok gambar lain di bawah ini...


Tuesday, July 27, 2010

Broga Hill

Salam semua, rasanya dah lama sangat tak upload gambar-gambar dari kamera kesayangan ku canon 450D. So kali ni aku nak upload gambar2 pemandangan yang aku ambil waktu hiking kat Broga Hill Ahad lepas 25 july.

Ini 1st time aku pergi ke Broga Hill ni. Memang 1 pengalaman yang tak boleh dilupakan sebab kitorang start panjat pada pukul 4 pagi. huuu~ dengan gelap gelitanya. Track yang agak lembab (jalan licin). Dah la pakai selipar je waktu tu, dengan pakai jeansnya lagi, bawak kamera dengan tripod. Memang 1 cabaran yang hebat lah.( haha).Kitorang pon tak prepare betul2. Sebab ingatkan Broga Hill ni takde la tinggi mana pon.Waktu tu aku pergi dengan rakan rumah sewa aku. Lebih kurang dalam 11 orang la.

Bagi sesiapa yang tak tahu Broga Hill ni kat mana. Broga Hill ni terletak dekat Semenyih, berhampiran dengan Nottingham University. 30 minit je dari Bandar Kajang. Tempat yang agak menarik kalau nak tengok matahari terbit dan matahari terbenam


Faktar Broga Hill:
  1. Berketinggian lebih kurang 400m (nampak macam pendek, tapi cuba korang test naik. Baru korang tahu betapa letih yag amatnya)
  2. Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga.
  3. Mempunyai 4 pucak.
  4. Anggaran masa untuk sampai ke puncak ke-4 lebih kurang 1 jam 15 minit
  5. Kalau nak pergi tu bawak air banyak2 sikit. sebab kat atas tu takde jual air.
Ini antara pic2 permadangan yag sempat di tangkap. So sila la komen2 sikit ye.


ada lagi ni....jom tengok

Thursday, July 22, 2010

Request Photoshop Tutorial

hye guys, salam untuk semua. Lama gila rasanya tak update blog ni. Aishhh... Kesian blog ni. Maklumlah ni semua sebab sekarang ni aku dah kembali ke France (MFI la tu...hihi). Dah mula sem baru sebagai seorang pelajar balik. Seperti pelajar2 U yang lain jugak, 1st week ni la antara yang terbusy sekali sebab waktu ni la nak kena susun jadul betul2 supaya tak clash. Tapi sekarang ni jadual aku banyak clash. Nampaknye terpaksa la drop banyak subjek sem ni. T_T. Ni semua sebab masalah online system la. Kalau jadual elok je keluar kat system, rasanya takde pon clash2 ni. Aman je hidup. Ni nak kena check sendiri kat papan kenyataan. Aishhh, tak rasa macam kat U langsung.

Ahhh, tak nak la merungut lagi. Berbalik kepada Topic asal post ni. Seperti yang korang boleh nampak kat tajuk atas tu. Aku dengan ini berbesar hati untuk bagi peluang kat korang untuk request 'Tutorial Photoshop' untuk aku paparkan kat blog ni. Korang boleh request apa2 tutorial yang korang rasa nak tahu.

Tapi aku nak bagi tahu jugak. Bukan semua tutorial yang korang mintak aku boleh bagi sebabnya aku ni bukannya hebat sangat Photoshop (haha). Boleh la sikit2. Tapi aku akan cuba tunaikan request korang tu walau apa cara pon. Sebab aku ni tak suka nak kecewakan orang haha (kepada gadis diluar sana yang tak suka dikecewakan. Pilihlah saya). So macam mana nak request?

Cara request
  1. boleh hantar request kat aku punya FORMSPRING
  2. boleh juga kalau nak hantar kat aku punya FACEBOOK
  3. Nak hantar kat TWITTER pon boleh
  4. Kalau malas sangat, hantar je kat comment kat bawah ni.
SO, silalah jangan segan untuk me-request. Aku akan cuba tunaikan sebaik mungkin.

Tuesday, July 13, 2010

Berakhirnya sudah World Cup 2010

Yeayy...Spain menang semalam. Tak sia2 la usaha aku berjaga sampai ke pagi hari untuk bersorak keriangan dengan vuvuzela ditangan.(haha!!!). Maka dengan itu tamatlah sudah World Cup Champion 2010 dan sotong Paul semakin mendapat pujian yang menjulang2 sebab semua tekaan dia betul. Aku rasalah kalau sotong 'Paul' ni ada kat Malaysia, kita boleh gunakan khidmat dia membuat undian dalam pilihan raya. Tak payah la susah2 kita kena pegi undikan hihi. (pesanan penaja: jangan percayakan benda lain melebihi anda percayakan Allah)

(rasanya paul ni patot dijadikak maskot utk World Cup 2014 Brazil nanti...haha)

Perkara yang berlaku bila world cup dah habis:
  1. kurang orang datang kerja lambat
  2. kedai mamak tak meriah sangat dah.
  3. isteri tak lagi membebel.
  4. mata lebam-lebam macam kena tumbuk dah takde.
  5. tak boleh nak tiup vuvuzela kuat-kuat lagi.
  6. si sotong 'Paul' menjadi bertambah popular dan bakal menjadi tukang tilik di masa hadapan
  7. Mani si burung dihalau oleh tuannya akibat salah buat tekaan.
  8. Penjualan jersey bola merudum. (kurang market)
  9. takde lagi nak nampak orang cat-cat muka gambar bendera2..haha
  10. berat badan diorang mungkin bertambah sebab sebelum ni sambil tengok bola sambil makan kan. so sedar tak sedar lepas world cup je berat badan mmmm...
Perkara-perkara kat atas tu mungkin betul terjadi dan mungkin tidak ye (hihi). Just andaian aku sendiri je. Ni ada lagi 1 benda aku nak kongsikan dengan korang semua. Dalam setiap World Cup mesti ada moment-moment yang tak boleh nak dilupakan. So kat sini aku nak tunjukkan sedikit moment-moment yang menarik tu...

Friday, July 9, 2010

Masih ingatkah korang pada 'Istana Takeshi'

Masih ingat tak korang pasal rancangan telivision yang HOT waktu dulu2. ' Istana Takeshi'. Ni merupakan rancangan paling favourite aku waktu budak-budak dulu. Tak silap aku waktu 1st time tayang kat Malaysia dulu, dia tayang kat NTV7, waktu tu aku sekolah rendah lagi. Tapi darjah berapa pon aku tak ingat (hihi). Arr kalau mengikut firasat aku dalam tahun 2000 la.

Dulu punya lah taksub dengan rancangan ni sampai kat sekolah pon buat game ala2 istana takeshi ni dalam kelas. Susun meja sana sini la. bubuh la macam2 halangan. Yang tak tahan tu cikgu pon join jugak (ahaha!!!). Tapi sekarang ni aku sangat happy sebab rancangan ni dah ditayangkan balik kat TV9 (wohoo!!!) . Tapi dalam American version la. Tapi peduli apakan, kalau bahasa arab pun aku tetap nak tengok jugak HAHA!!

Sedikit info pasal istana takeshi ni:-

Thursday, July 8, 2010

Photoshop: Cara Menambah 'Texture'


Hai semua, hari ni aku akan ajar korang semua satu lagi tutorial yang simple yang korang boleh apply untuk semua gambar. Seperti yang korang tahu, dalam pos lepas aku dah senarai pendekkan 10 Website Mencari Texture Terbaik, tapi ada jugak mereka-mereka yang tanya aku kat facebook la,YM la macam mana nak guna texture ni.

Ok, so aku akan bagi tips simple macam mana korang boleh applykan texture ni dalam gambar korang.

so jom mulakan....

Sunday, July 4, 2010

10 Website Mencari Texture Terbaik

Hye geng-geng semua, hari ni aku akan kongsi lagi satu benda best yang korang boleh applykan dalam karya korang. Ingat lagikan hari tu aku ada kongsikan 20 Website terbaik untuk mencari inspirasi kan. So, hari ni aku akan kongsikan pulak '10 Website Mencari Texture terbaik' untuk korang bookmark kan supaya senang nak buat rujukan nanti (hihi)

Haaa, Texture ni merupakan salah 1 elemen dalam design. Texture ni mampu tukarkan mood dalam gambar dan secara tak langsung akan mencantikkan lagi gambar korang tu. jadi untuk memudahkan korang mencari texture2 yang menarik tak kira la digunakan untuk tujuan apa pon, aku telah senarai pendekkan 10 website yang aku rasa mempunyai kualiti texture yang 'the BooM'.

jom tengok website-website tersebut.....

Friday, July 2, 2010

Bila 'signboard' Mula Ber-Cerita

Sekarang dunia makin maju, rakyat makin cerdik, teknologi masih canggih. Medium untuk berkomunikasi pon bertambah. Sekarang ni kat mana2 pon orang boleh buat orang tergelak (paham ke?). Kat handphone, facebook, kat surat, atas meja, dalam tandas la, kat signboard pon org boleh buat lawak tau.

tak percaya, tengok ni....

Blog Widget by LinkWithin