...








Monday, January 31, 2011

photography: "Aperture"

Hari tu kita dah belajar serba sedikit pasal shutter speed kan. So hari ni kita belajar pula pasal Aperture. Apa kebendanya aperture ni. Dalam istilah saintifiknya.
Aperture ni adalah bukaan iris pada lensa ketika gambar diambil. Jika bukaan iris tu lebih luas, maka lagi banyak la cahaya boleh masuk. Kalau bukaan kecil. Sikit lah cahaya boleh masuk. Prinsip ni sama konsep dengan mata kita.
Aperture ni kalau kita tengok pada kamera, selalunya dia di labelkan dalam format "f-stops". Contohnya macam ni f/1.8, f/2.8, f/4, f/22.... dan banyak lagi lah. Cuba korang check range aperture kat lens korang. Mesti ada tulis.

jom tengok pula rupa bentuk aperture dan macam mana dia berfungsi...

Thursday, January 27, 2011

Infographic: Evolution of BATMOBILE

Tadi waktu tengah syok2 surfing internet nak cari ilham, tiba2 terjumpa pulak 1 infographic yang sangat cool ni. Infographic ni berkaitan Batman. Woo, cakap pasal batman, aku minat gila cerita batman ni. Paling aku suka vehicle yg digunakan. Design dia superb dan canggih. Paling aku suka kereta "Thumbler" dalam cerita "Dark Knight". Rare gila la design dia. Dapat sebijik taruk kat rumah mesti semua orang pandang. haha. Ok lah. Infographic yang aku jumpa ni sebenarnya berkaitan Batmobile yang digunakan dalam animasi Batman dari tahun 1941 sampai lah 2010. Banyak gila rupanya design2 kereta batmobile ni. Baru aku tau bila tengok infographic ni.

Kalau korang pon nak tau ada banyak mana batmobile ni, jom tengok infographic ni...

Sunday, January 23, 2011

Facebook vs Twitter vs Google vs Yahoo

Bila kita sebut je pasal Google dan Yahoo. Mesti kita dah tahu bahawa dua nama besar ni merupakan antara "search engine" paling popular dalam internet. Macam tu jugak dengan Facebook dan Twitter. Dua nama ni pon dah cukup sinonim dalam dunia "social network". Tanya je semua orang, confirm tau la semua nama2 besar ni. Budak kecik yang baru tadika pon silap2 dah tau kan.

Ok, apa sebenarnya aku nak tunjukkan kat korang ni. Tajuk macam dasyat je. Tapi sebenarnya aku just nak share je dengan korang koleksi2 gambar office bagi google, yahoo, facebook dan twitter ni. Selama ni kita tau guna website diorang je kan. Tapi di belakang tabir tu kita tak pernah pulak nak ambik tahu kan. So hari ni jom kita terjah pejabat2 diorang ni ( macam melodi la pulak).

Jom terjah....

Tuesday, January 18, 2011

Photography: "Shutter Speed"

Salam semua, korang sihat tak? Sekarang ni ramai betul orang demam. Aku pon sekarang ni hampir2 nak demam. Silap2 esok demam la ni. Aduihhh. Hari ni aku nak ceritakan sedikit perkara asas pasal DSLR. Aku tengok sekarang, DSLR ni dah jadi macam 1 trend. Tapi malangnya ramai tak reti nak gunakan dengan sepenuhnya. Semua snap guna auto je. Rugi la macam tu kan, beli mahal2 tapi guna auto je. Tak menarik la. Baik pakai digital kamera je. Lagi bagus. Gambar pon cantik. So hari ni aku nak terangkan serba sedikit salah 1 "fungsi" yang terdapat pada DSLR.

Apa yang aku akan terangkan ialah SHUTTER SPEED. Apa benda shutter speed ni...

Saturday, January 15, 2011

16 Dompet Paling Kreatif

Hai semua, hari ni just nak buat entry santai. Nak ceria2 kan minda dengan gambar2 yang cukup menarik. Apa yang aku akan kogsikan ni berkaitan dengan dompet. Rasanya semua orang pakai dompet kan. Aku pon pakai dompet jugak. Kulit lagi tu jenama Fossil ( Perlu ke bagi tau benda ni?). Mostly orang Malaysia punya dompet ni kurang kreatif. Semua pattern lebih kurang je kan.

Apa kata lepas ni korang cuba cari pulak dompet2 yang aku nak tunjukkan ni. Memang dompet2 ni tersangat lah kreatifnya. Kalau nampak orang pakai. Memang nampak lebih hensem dan cun melecun lah. So, jom kita tengok dompet yang sangat kreatif ni...

Tuesday, January 11, 2011

Photoshop: Simple 3D Text Effect

Salam semua, rasanya dah lama jugak aku tak publish tutorial dalam blog ni kan. Mesti korang rindu kan ( aku teka je, hihi ). Apa yang aku nak ajar korang hari ni ada lah tutorial yang berkaitan text. Iaitu 3D text. Nampak tak header aku tu guna 3D text. Haa, lepas ni kalau korang mahir, mungkin korang boleh menggunakan 3D text ni dalam header korang jugak.

Kalau nak diikutkan ada banyak cara nak buat 3D text ni. Bagi sesiapa yang dah menggunakan photoshop CS5, korang boleh terus gunakan application 3D dalam tu. Tu pon kalau korang pandai gunakan . Terus terang, aku pon tak pandai gunakan application tu lagi. hihi. Tapi kalau pandai guna,tak payah nak buat cara manual macam ni. Tapi bagi yang takde Photoshop CS5, Korang boleh menggunakan cara mudah ni.

Jom kita belajar sekarang...

Monday, January 10, 2011

Artwork: Flyers Design & Thank You to My Follower

(flyers depan dan belakang)

size: A4
medium: Photoshop
duration: berhari-hari

Setelah seminggu aku perah idea, akhirnya flyers ni berjaya jugak aku siapkan untuk client aku. Agak mencabar jugak sebab aku terpaksa memikirkan susun atur dan macam mana nak buatkan flyers ni nampak lebih attractive. Kalau nak ikutkan color la yang memainkan peranan penting dalam satu2 design flyers tu. So aku cuba gunakan warna yang terang supaya dari jauh dah boleh nampak. Bila dah penat berhempas pulas memerah idea tu. Ni la yang terhasil.

Jom tengok pulak macam mana design dalam dia...

Thursday, January 6, 2011

ShoutBox Ibarat Nadi pada Blog ?

Haaa, hari ni tiba2 aku terasa nak cerita pasal shout box la. Kenapa pulak dengan shout box? Takde apa2 pon saja nak buat ulasan sikit. Sebab aku terfikir, kenapa ada blogger yang tak taruk shoutbox. Mesti ada sebab. Ingat tak dulu aku pernah buat ulasan pasal lagu dalam blog. Haa, kali ni aku nak ulas pasal shoutbox pulak. Apa kebaikan yang korang boleh dapat dari shoutbox ni. Sebab ada orang kata shoutbox ni banyak datangkan keburukan dari kebaikan. betul ke?

Ok lah, sebelum aku buat ulasan aku sendiri kan. Kat sini aku tunjukkan jugak apa kebaikan dan keburukan yang aku nampak dari kaca mata aku sendiri bila korang tarok widget shoutbox ni. Haa, ingat takde keburukan ke. Setiap benda yang baik mesti ada buruknya jugak.

jom kita tengok sikit kebaikan dan keburukan...

Tuesday, January 4, 2011

20 Website Tutorial Photoshop Terbaik

Hello guys, sihat tak semua. Macam mana dengan permulaan tahun baru korang. Baik ke tak? Harap2 baik la ye. Ok lah, hari ni aku nak kongsikan dengan korang satu benda yang mesti korang suka punya kan. Aku tengok sekarang ni dah makin ramai orang yang dah menggunakan photoshop. Ramai yang suka mendesign kan. Tapi masih ada lagi yang kurang mahir nak gunakan photoshop ni. So, hari ni aku nak bantu korang belajar photoshop dengan lebih cepat. Aku dah berjaya menyenarai pendekkan "20 Website Tutorial Photoshop Terbaik".

Haa, dengan ni, lebih mudah la korang nak belajar kan. Aku pon banyak belajar dari website2 ni. Aku tak pernah pon ada cikgu khas untuk blaja photoshop. Semuanya self taught. Maknanya kalau selama ni korang anggap aku terer kan. Sebenarnya korang silap, sebab korang pon boleh jadi lagi hebat daripada aku. Janji kena rajin je. hihi.

Ok lah, apa kata korang pergi terjah sendiri website2 yang superb ni...

Saturday, January 1, 2011

Photo Manipulation: 2011 Island

Title: 2011 Island Wallpaper
Medium: Photoshop CS3
Duration: 2 hours
Size: 1280 x 1024

Hari ni aku berjaya membuat satu desktop wallpaper untuk gantikan wallpaper lama aku. Tahun baru kan. So kena la yang baru kan. hihi. Kali ni aku try buat satu photo manipulation yang berkonsepkan pulau yang sangat indah dalam bentuk 2011. haha. Tapi aku rasa agak kurang menjadi la sebab ada part2 yang susah nak buat. Contohnya macam bahagian shadow tu. Gila susah nak matching kan. Fuhh. Tapi aku tetap berpuas hati dengan hasilnya. Apa pendapat korang pulak? Jadi ke pulau buatan ni? Kalau korang nak ambil wallpaper ni, silakan. Jangan malu2 kucing pulak ye.

p/s: Ni 1st post aku untuk 2011. wohooo

Blog Widget by LinkWithin