...








Thursday, March 31, 2011

"The Paper Office" Seni Kertas Yang Kreatif

Hye geng2 semua. Cuba korang tengok ni. Karya yang dibuat dengan hanya menggunakan kertas. Sangat menarik dan teliti kan ? Tak sangka dengan menggunakan kertas je boleh hasilkan karya yang sangat cantik macam ni. Dulu waktu kecik2 nak buat origami pon dah terkial2. Kalau buat macam ni, silap2 sebulan belum tentu siap lagi. Hahah! Dah puas aku cari owner dia tapi still aku tak dapat kenal pasti siapa yang buat karya ni. Apa2 pon aku memang salute la hasil kerja dia.

Cuba la korang hayati sendiri, penuh berseni kan. Dah macam suasana kat office sebenar pulak....



Jom tengok yang lain pulak...

Thursday, March 24, 2011

30 Gambar Stereographic Yang Super Cool

Salam semua, hari ni ada gambar2 menarik aku nak share kan kat korang. Korang tau tak apa tu gambar Stereographic Planet? Tak tau ke?

The stereographic projection, in geometry, is a particular mapping (function) that projects a sphere onto a plane.The stereographic projection is a way of picturing the sphere as the plane, with some inevitable compromises. Because the sphere and the plane appear in many areas of mathematics and its applications, so does the stereographic projection; it finds use in diverse fields including complex analysis, cartography, geology, and photography - (WIKIPEDIA )

Dalam bahasa mudahnya stereographic adalah gambar yang dijadikan sfera pada canvas atau kertas. Haa, faham tak? Gambar macam ni tak boleh jadi terus dari kamera. Mesti kena edit dulu baru boleh. Nak edit tu pulak yang aku tau boleh guna software adobe photoshop. Yang lain tak tau la pulak. Korang tak faham lagi ke gambar stereographic ni apa?

Cuba korang tengok gambar2 ni mesti korang faham.....

Monday, March 21, 2011

Ezhan Artwork Official Facebook Page

Hai hai hai semua. Hari ni merupakan satu hari yang bersejarah buat blog ni sebab baru je beberapa minit lepas ezhan artwork dah pon melancarkan Official Facebook Page. Yahooo! haha. Mesti ada yang pelik kan, blog ni dah 3 tahun lebih tapi baru nak buat fan page sendiri. Ye, memang dulu aku tak nak pon nak buat fan page sendiri ni sebab malas nak manage. Tapi atas desakkan ramai, aku pun decide la nak buat fan page ni.

Pada mulanya aku buat page ni sebab aku nak delete formspring aku. Kat formspring tu dah banyak sangat spam sampaikan aku nak baca soalan2 kat situ pun dah malas. Di sebabkan spam2 ni la ramai yang betul2 nak bertanyakan soalan aku buat dek je. Minta maaf ye kepada yang bertanyakan soalan kat formspring tu. Sebab tu la lahirnya Ezhan Artwork Facebook page ni.

Facebook page ni pada aku akan meningkatkan lagi komunikasi 2 hala antara aku dan juga reader. Kenapa aku cakap macam tu, sebab:-

Tuesday, March 15, 2011

Artwork: Book Cover Design

(klik untuk tumbesaran yang sihat)

Design type: Book Cover
Title: Manusia dan kebenaran
Medium: Adobe Photoshop CS3
Duration: Tak ingat lah

Hari ni tak banyak yang nak di bicarakan. Just nak tunjukkan antara hasil karya terbaru yang aku design. Ni merupakan cover buku ke-3 yang aku dah hasil kan. 2 untuk buku dan 1 untuk al-quran. Klik sini untuk tengok design lain ( sini, sini )

Perkara paling mencabar untuk design kali ni bila aku terpaksa selitkan tulisan jawi dalam design. Memang pening lah nak memikirkan mana nak cari tulisan jawi ni. Tapi akhirnya aku berjaya jugak selesaikan masalah ni. Caranya simple je. Tulis guna marker atas kertas, tangkap gambar dan masukkan dalam photoshop. Hahaha! Sebab tu la kalau korang tengok betul2 tulisan tu, nampak agak kurang kemas sebab tu tulisan tangan aku. Hihi. So apa pandangan korang untuk design kali ni. Berapa bintang agak2nya boleh dapat? hihi.

Ok lah tu, see you nest time

p/s: sekarang ni tengah sibuk menyiapkan design untuk kedai makan pulak. fuhhh, due date dah nak dekat ni.

Tuesday, March 8, 2011

Photoshop: Cara Menukar Warna

Salam semua. Rasanya dah lama blog ni tak di serikan dengan tutorial photoshop kan. Mesti dah ramai yang rindu ( konon2 la ). Ok lah, untuk memulakan balik sesi tutorial photoshop aku yang dah lama tak muncul2 kat blog ni. Hari ni aku akan ajar korang macam mana cara kita nak merubah warna sesuatu objek atau benda2 lain dalam photoshop.

Tuorial kali ni memang di khaskan untuk mereka yang baru nak mula menggunakan photoshop. Kalau yang dah expert tu mesti lah dah tau kan. hihi. Ok la, jom kita mulakan kelas kita...

Thursday, March 3, 2011

10 You Tube Vlogger Pilihan Ezhan Artwork

Yo wassup2 blogger2 sekalian. ( 1st time ber-rapping dalam blog ni ). Hari ini aku nak utara kan topik yang boleh ditakatan menarik masa kini. Topik apa tu? Haaa, pasal Vlog. Rata2 sekarang ni dah ramai blogger2 mula berjinak2 dalam dunia vlogging ni. Bagus jugak tu sebab kat Malaysia ni tak ramai vlogger. Yang ramai pon Blogger je.

Tapi sebenarnya apa benda Vlog ni ? Kalau korang nak tahu, Vlog ni adalah singkatan untuk "Video Blogging". Maknanya, kita berblogging dengan menggunakan medium video. Cara ni sebenarnya sangat2 interaktif sebab penonton lagi terhibur dan mesej yang disampaikan lebih straight to the point. Tapi untuk beraksi depan kamera bukan lah mudah. Kalau tak kena cara, silap2 takde siapa pon nak tengok video kita. hahah!

Kalau korang nak tau aku sebenarnya dah lama suka tengok video2 dari vlogger2 hebat ni. Boleh dikatakan setiap kali aku bukak internet, confirm aku bukak You Tube tengok gelagat diorang ni. Lawak gila la cakap lu. Kat sini aku senaraikan 10 Youtube Vlogger yang paling aku suka. Kalau diorang buat video baru, confirm aku cepat2 tengok la.

Haa, meh tengok siapa pilihan aku...

Blog Widget by LinkWithin