...








Saturday, April 30, 2011

4 Infographics-The Royal Wedding (Prince William dan Kate Middleton)

Salam guys and girls. How are you today? Fine? or not fine? (Macam cikgu english la pulak). Petang tadi korang tengok tak The Royal Wedding antara Prince William dengan Catherine Middleton? Aku tengok. Hahah. Semangat gila kan aku. Sebenarnya aku saje je suka2 tengok. Yelah, benda ni bukan selalu ada kan. Orang kata, Wedding Of a Century. Memang penuh adat la wedding diorang ni. Yang paling aku kagum ialah bertapa bersemangatnya rakyat2 Britain ni sambut wedding diorang. Memang cukup supportive la. Hampir 30 juta lebih manusia2 yang tengok wedding ni kat seluruh dunia tau, termasuk aku. haha. Gila ramai kan.

Kat sini aku just nak share 4 infographic yang cukup best pasal Royal Wedding ni. Bila aku tengok fakta2 ni. Terkejut gila la. Mana taknya. Bertapa mahalnya kos2 yang diorang laburkan nak buat wedding ni. Fuhhh. Aku malas nak cerita panjang2. Apa kata korang tengok sendiri. Tengok betul2 tau. 

Royal Wedding

Monday, April 25, 2011

Photoshop: Cara Penggunaan Photoshop Actions

Assalamualaikum . Hai geng2 blogger semua. Ingat tak hari tu aku ada post pasal Tips Membuat Design Yang Cantik ? Tak ingat ke ? Cuba korang try tengok balik post tu. Dalam post tu aku ada bagi tau yang penggunaan Photoshop action script boleh membantu korang untuk menghasilkan design yang cantik. Tapi masalahnya ramai lagi yang tak tau apa bendanya Photoshop Action Script ni ?
Ok, ni aku nak jelaskan kat korang. Photoshop Actions ni merupakan benda yang boleh merekod setiap effect yang korang buat pada photoshop. Maknanya bila korang nak menggunakan lagi effect yang korang buat tadi. Korang just tekan 1 button je dan automatik effect tu akan jadi. Dalam bahasa mudahnya "Effect Segera". Tapi sekarang ni, dah banyak effect segera yang kita boleh download je kat internet dan kebanyakkan effect2 tu sangat lah cantiknya. So dah fahamkan apa tu Photoshop Actions ni.
Kalau dah faham sekarang ni aku nak terangkan step-by-step macam mana nak menggunankan Photoshop Actions ni. Jom kita mulakan...

Friday, April 22, 2011

Artwork: Flaming Pan Project

(Flaming Pan Official Logo)

Salam semua. Pejam celik pejam celik rupanya dah masuk hari Sabtu pon. Kejap je masa berlalu kan. Hari ni juga la cuti study week aku mula. Fuhh, dah nak dekat habis semester 4 dah rupanya. Disebabkan minggu2 akhir semester ni jugak la aku agak sibuk nak menyiapkan semua report2, assignment, projek, design...macam2 lagi la. Memang letih gila la. Sampai blog ni pon tak sempat nak berupdate. Kesian siapa yang datang melawat blog ni kan. Masuk2 je tak update, masuk2 je tak update. Hahah. Mesti korang bosan dengan blog ni.

cehhh, panjang pulak aku beleter. Jom balik topik asal kita. Kalau ikutkan hari ni aku nak postkan tutorial baru untuk korang. Tapi sebab ada benda yang tak dapat dielakkan. Aku postpon esok ataupun lusa. Hari ni aku just nak sharekan kat korang antara projek design aku yang paling latest. Projek ni merupakan projek design untuk kedai makan. Jadi, design kali ni jugak memerlukan aku untuk pergi shoot gambar makanan untuk di masukkan dalam design. Keseluruhannya, aku berjaya menyiapkan 11 design yang berlainan. Banyakkan. Ni la merupakan Job design paling besar aku pernah dapat. Memang penat habis la nak menyiapkan....

Tuesday, April 12, 2011

Photoshop: Stereographic Image / Small Planet

Salam semua. Haa! seperti yang telah dijanjikan, hari ni aku akan berikan korang tutorial pasal Stereographic Image atau Small Planet. Kesian korang kan dah lama sangat tunggu tutorial ni. Tapi takpe, hari ni korang akan belajar macam mana nak buat gambar stereographic ni. Benda ni nampak macam susah tapi sebenarnya senang sangat. Tak sampai 10 minit pon korang dah boleh siapkan.

Tapi ada pantang larang nak buat gambar stereographic ni. Haha! dah macam bomoh pulak kan. Sebenarnya untuk buat stereographic image ni, gambar panorama adalah yang paling sesuai. Kalau korang guna gambar biasa. Korang kena crop dulu gambar tu supaya jadi ala2 panorama. Contoh gambar yang sesuai adalah macam kat bawah ni yang aku dapat dari sini. Gambar ni jugak la yang akan aku gunakan untuk tutorial kali ni.

Ok, jom kita mulakan...

Thursday, April 7, 2011

Tips Membuat Design Yang Cantik

Salam semua. Bertemu kita lagi dalam ruangan tips pilihan. hahah! Macam rancangan bual bicara pulak. Ok lah. Sebenarnya dah ramai yang tanya aku macam mana setiap kali aku buat sebarang design, boleh nampak cantik? Cantik sangat ke design yang aku buat? Rasanya tak la secantik mana sebab setiap kali aku tengok design orang lain, aku mesti jeles sebab design diorang lagi cantik.

Sebenarnya lah kan, nak menghasilkan sesuatu design tu taklah semudah yang disangkakan. Kadang2 walaupun design tu nampak macam simple je nak buat (cth: header dan logo) Tapi nak perah idea tu bukan la sesenang mana. Silap2 boleh pecah otak tau. haha. Tapi jangan risau, aku akan bagi tips macam mana cara aku mendesign supaya lepas ni korang boleh buat design yang lagi cantik daripada aku ( wahh! ni lawan tokey ni. hihi ). Ok, jom kita baca tips2 ni.

Blog Widget by LinkWithin