...








Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Salam Syawal buat semua rakan2. Di bulan yang mulia ini, aku ingin mengambil sedikit kesempatan untuk menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada menyebabkan antara korang rakan2 blogger mahupun sesiapa je la yang mengenali diri hamba ini terguris perasaan dan menyebabkan korang menyampah dengan aku ni. Takde niat pon dalam hati aku ni nak sakit kan hati mana2 pihak.

Sekiranya ada mana2 penulisan aku dalam blog ni menyebabkan korang tidak senang. Harap dapatlah dimaafkan, sebab segala penulisan dalam blog ni adalah tulus dari lubuk sanubari hati ku ini cewahh. Kalau ada mana2 komen korang yang aku terlupa nak balas tu insyaAllah aku cuba balas secepat mungkin ye. Hihi Oklah, seperti biasa tiap2 tahun aku akan sajikan korang dengan e-card raya. So kat atas tu la kad raya dari aku. Nak hantar kat rumah korang, tak tahu alamat pulak. Hihi. Tahun ni aku nak bagi pantun sikit.

Lapar puasa terketar-ketar,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
E-card raya pun dah kira grand la ya!!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

p/s: Siapa ada mercun tu hulur2 la sikit, tahun ni tak sempat nak beli lah.. hihi

Thursday, August 18, 2011

Photoshop: Cara Membuat Gambar Transparent Background

Salam ramadhan semua. Lama rasanya kita tak bersua dalam dunia maya ni kan. hahah. Pejam celik pejam celik, dah masuk 19 ramadhan pon. Lagi beberapa hari je kita nak beraya. Tapi, korang dah gunakan bulan ramadhan ni sebaik mungkin ke? Yela, bulan ni kan bulan keampunan. Rugi lah sesiapa yang tak manfaatkan ramadhan ni sebaik mungkin la.

Ok back to the topic. Hari ni aku just nak bagi simple photoshop tips kan korang2 yang baru berjinak2 nak gunakan photoshop ni. Dulu aku ingat lagi waktu aku buat entry pasal "tips mendesign header", aku ada cakap buat header transparent lagi nampak cantik bila taruk dalam blog sebab boleh matching dengan background. Tapi masalahnya, ada lagi yang tak tahu macam mana nak buat background transparent ni. Haaa, sebab itu lah hari ni aku akan explain kan secara ringkas macam mana nak buat transparent background ni.

jom kita mulakan...

Blog Widget by LinkWithin