...








photography artwork tutorial tips

Thursday, July 30, 2009

Outing di PUTRAJAYA

HUUU.... lama sunguh tak udate blog ni.Rindu gila la kat blog ni setelah lama tak bukan.Maklum la internet kat Malaysia France Institute ni lembab nak mampos.Aku rasa la kan, kalau speed internet kat sini VS siput. Comfirm la siput yang menang. Leceh gila bila internet lembab, semua assignment tergendala. Ni pun nasib baik la ada kawan yang caring pasal masalah aku. So,dia pun bagi la pinjam Berukband dia (sebenarnya aku tak mintak izin pun dengan dia aku nak pinjam, main ambik je...hihihi).....

So, memandangkan aku takde topik yang hangat nak diceritakan, aku just upload gambar yang aku ambil waktu bersiar2 dekat putrajaya hari tu. Tapi aku pergi pun dah petang waktu tu so takde la lama sangat kat sana. Just around setengah jam je. Gambar yang aku sempat snap pun sikit je. Tapi tak pe, aku still happy pasal dapat practise shoot gambar.....

Dan inilah dia hasilnya. Taklah sehebat sifu2 fotographer yang lain. Tapi boleh la kalau nak dijadikan hiasan kat bilik darjah ke hostelke (ape pulak aku merepek ni)...So aku harap korang boleh la bagi sikit komen untuk memantapkan lagi proses pembelajaran aku dalam bidang fotography.

(klik gambar untuk lebih jelas)


so ape pendapat korang......

Saturday, July 25, 2009

my TYPOGRAPHY artwork

setelah lama tak publish artwork kat blog ni ....
Akhirnya aku dapat gak fikirkan artwork baru aku untuk blog ni. So aku decide nak buat TYPOGRAPHY.
apa bendanya typography tu...... arrr ni nak bagi info serba sedikit pasal typography yang diambil bulat2 dari wikipedia :

Tipografi
atau bahasa Inggeris Typography (berasal dari kata bahasa Greek typos = bentuk dan graphein = menulis) merupakan teknik dan seni mengatur huruf menggunakan gabungan bentuk huruf cetak, saiz fon, ketebalan garis, garis pandu (line leading), jarak aksara, dan ruang huruf untuk menghasilkan hasil seni aturan huruf dalam bentuk fizikal atau digital. Matlamat utama tipografi adalah mengatur teks (isi) dalam bentuk yang mudah dibaca dan menarik dipandang.

Tipografi dihasilkan melalui pengatur huruf, jurutipografi, artis grafik, pengarah seni dan pekerja perkeranian. Ia pernah merupakan pekerjaan khusus, tetapi penggunaan komputer telah membuka ruang bagi pengguna biasa dan pereka visual generasi baru.

ok....so itu la serba sedikit pasal typography ni.

Dan ni la dia karya yang aku berjaya buat setakat ni. (klik gambar untuk lebih macho)

ok la setakat ni dulu la untuk post kali ni ye.....jangan lupa komen oK

p/s:nantikan karya ku yang seterusnya

Wednesday, July 22, 2009

Solar ECLIPSE 2009

Hari in satu fenomena luar biasa yang jarang dinikmati dapat dilihat oleh seluruh masyarakat dekat ASIA ni(termasuk la Malaysia)...

tau tak apa dia HAAAA....tu la dia Gerhana Matahari.
Siapa yang dapat tengok tu kira antara orang yang paling bertuah la, pasal gerhana MATAHARI ni antara paling lama pernah berlaku dari yang sebelum2 ni. Kat Malaysia pun dapat tengok jugak antara pukul 8.23 hingga 9.00 lebih. Tapi aku tak dapat tengok pasal kat sini hujan(aduhhh). Tapi tak pe, dapat tengok gambar pun jadi la.

haaa...ni ada la gampar gerhana matahari bagi sesiapa yang terlepas nak tengok atau terlajak tidor sampai terlepas nak tengok....

gerhana yang dilihat dari india

ni pulak gelagat mereka2 yang sempat tengok gerhana tu......

bile sami india dah terpengaruh dengan watak cyclope dalam X-man

ni siap terjelir lidah lagi.Boleh lapar ke bile tengok gerhana??

siapa yang tak tengok gerhana hari ni memamg malu la.Tengok,anjing laut pun sempat tengok.

haaa,adik ni pun satu...orang dah bagi peluang bagi tengok gerhana...dia pergi tidur pulak

ok la.....itu sahaja untuk hari ini....
sorry la lambat sikit update pasal tadi blackout,so internet tak boleh pakai ~~~hihihi~~~
~~~so kita enjoy~~~

Monday, July 20, 2009

impianku menjadi seorang PHOTOGRAPHER

photoku lagi....

ni lagi 3 gambar aku upload untuk tatapan korang. semakin hari minat aku dalam bidang photographer semakin mendalam. Kalau nak diikutkan, nak je bawak kamera aku tu ke hulu ke hilir. Tapi apakan daya, perkara tu tak mungkin akan berlaku dalam jangka masa sekarang ni.Pasal sekarang ni sibuk dengan study.Kalau adalah DSLR tu dengan aku sekarang ni, jawabnya bila ada time free je merayau la aku pegi photoshoot kat mana2.Tapi tak kesah la. Janji bila hujung minggu boleh buat photoshoot. Lagi pun sekarang ni masih lagi sedang belajar teknik2 photography yang betul....nak blaja macam mana nak dapatkan shoot yang terbaik.
harap2 satu hari nanti boleh bukak studio sendiri(hihihi)

dah la tu asyik membebel je aku ni, bukan ada orang nak dengar pun...

so ni la antara photo2 yang terpilih untuk post ni(sebenarnya ada banyak lagi,tapi aku just pick random je)






Photo kat atas ni paling aku suka...sebenarnya photo ni aku tangkap saje2 je.Lepas tu tak semena-mena aku dapat idea untuk buat wallpaper guna gambar ni. So aku un gunakan la kepakarannku yang tak seberapa dalam photoshop. Dan HASILNYA.....tu la dia....hihihihi OK tak...

so apa lagi bagi la komen korang sikit kat aku .....

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin