...








photography artwork tutorial tips
Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Apa Itu Cinemagraphs dan 20 Gambar Cinemagraphs Terbaik

Cinemagraphs adalah term baru dalam dunia photography. Cinemagraphs adalah gambar yang secara umumnya hampir sama dengan gambar animated.gif. Tapi kualiti gambarnya jauh berbeza dari gambar animasi gif yang biasa. Cinemagraphs ni dihasilkan dengan mengambil satu siri gambar atau video dan gambar2 tersebut akan diedit menggunakan editing sofware dan di simpan dalam format gif. Mengikut pakcik Wiki pulak.

Cinemagraphs are still photographs in which a minor and repeated movement action occurs. They are produced by taking a series of photographs or a video recording, and, using image editing software, compositing the photographs or the video frames into an animated gif file in such a manner that motion in part of the subject between exposures (for example, a person's dangling leg) is perceived as a repeating or continued motion. ~Wikipedia

Term Cinemagraph ni diilhamkan oleh 2 orang photographer dari US iaitu Kevin Burg dan Jamie Beck yang mana diorang ni menggunakan teknik ni untuk menganimasikan gambar fashion dan gambar2 sekeliling sejak dari awal tahun 2011. Dari situ la munculnya kategori baru dalam dunia photography. Kalau nak tau lebih lagi hasil kerja diorang, boleh tengok website diorang .
http://cinemagraphs.com/ .

Kat bawah ni pulak adalah antara 20 contoh gambar cinemagraphs yang menarik. Jadi korang hayati lah baik2 kehalusan seni dari cinemagraph ni





Thursday, October 27, 2011

Photography: Jenis-jenis Lens DSLR

Salam semua reader, lama rasanya tak mencurahkan idea kat blog ni. Setiap kali nak update je mesti ada halangan yang datang. Haishh. Tapi hari ni, berjaya jugak aku update. Hari ni aku akan berkongsi serba sedikit ilmu berkaitan photography. Kalau dulu kita dah belajar mengenai Aperture, ISO dan juga Shutter Speed. Hari ni kita nak belajar mengenai lensa2 yang boleh diguna pakai pada DSLR.

Rasanya kita semua tahukan yang lens ni merupakan salah 1 aksesori utama dan terpenting untuk pengguna DSLR. Takde lens memang tak boleh nak tangkap gambar la kan. Kalau kita tengok kat pasaran sekarang. Ada bermacam2 jenis lensa ditawarkan dan setiap lensa mempunyai specialty nya masing2. Kalau dari segi harga pula, kita boleh jumpa dipasaran lensa yang harganya serendah RM300 sehinggalah ada yang mencecah Ratusan ribu ringgit. Gila mahalkan. Dah boleh beli kereta sebijik. Tapi hari ni kita taknak bincangkan pasal harga, tapi kita nak tengok apa kegunaan setiap jenis lensa ni...

Thursday, September 15, 2011

Apa itu iPhoneography ?

Apa bendanya iPhoneography ni? Makanan ke, ubat ke? Haha. Rasanya dengan dengar nama ni je mesti dah ada yang boleh agak kan. Sebenarnya "iPhoneography" ni adalah 1 term baru yang digunakan dalam seni photography. Buat pengetahuan korang, Iphoneography adalah salah 1 seni menangkap gambar menggunakan telefon pintar "Apple iPhone".

Kalau nak diikutkan benda ni menjadi 1 trend yang sangat hebat kat belah Europe dan US. Tapi kat Malaysia ni masih kurang lagi yang berjinak2 dengan iPhonegraphy ni. Mungkin disebabkan kos nak beli phone tu sendiri agak tinggi, sebab tu tak ramai yang cuba tu.

Best sangat ke tangkap gambar guna iPhone ni ?

Wednesday, June 8, 2011

Photography: Story of Kebaya

Lama rasanya aku tak upload gambar yang aku tangkap. Dalam hard disk ni pon dah berpuluh2 GB (gigabyte) gambar yang tak edit lagi. Fuhh punya la banyakkan. Hari ni pon aku sempat edit 4 gambar je. Tu pon dah makan masa 3 jam. Tapi 3 jam tu sebab aku buat sambil tengok cerita. hahah. So memang tak fokus la. haha.

Gambar yang aku tunjuk hari ni sebenarnya aku tangkap sebelum aku final exam hari tu. Punya la lamakan. Kalau korang nak tau model dalam gambar ni blogger jugak . Tak percaya. Ni blog dia. Haaa. Ni 1st time aku shoot blogger. hihi. Ok2, ni nak cerita pasal style editing aku pulak. Untuk gambar 1st, aku edit style yang aku selalu gunakan iaitu cross process effect. Lepas tu aku touchup2 sikit kasi makeup cun2 dan hasilnya macam korang boleh tengok.

Gambar2 lain...

Sunday, May 15, 2011

Bukan Mudah Nak jadi Photographer.

Salam guys, lama rasanya tak masuk blog ni menulis. hihi. Sebab exam la katakan. Tapi sekarang aku dah bebas. Wohoo. Exam dah habis. Boleh mula balik fokus pada kerja2 yang tertangguh. Kesian client2 aku tunggu design diorang. Mesti semua tengah maki hamun kat aku tu sebab lambat submit. haha. Sorry la ye.

Berbalik pada tajuk asal kita. Bila kita bercakap pasal photography ni mesti orang akan terbayangkan DSLR kan. Secara lumrahnya orang akan pandang macam tu la. Kalau ada DSLR je baru di gelar photographer. Sebenarnya tak jugak. Kalau korang pakai kamera digital biasa sekali pon. Korang tetap akan dipanggil photographer. Betul tak. Haha. Cuma bezanya skill korang tu la.

Apa yang paling penting dalam photography ni ada la teknik dan jugak "art of seeing" korang. Kalau korang berjaya mencari moment yang betul2 best. Confirm gambar korang tangkap cantik. Sebenarnya hari ni aku just nak sharekan gambar2 photographer yang pada aku mereka ni sangat luar biasa. Sukar lah kalau nak diungkapkan dengan kata2. haha. lidah terkelu bila tengok diorang ni. Tak percaya, korang tengok lah sendiri.

Jom tengok....

Thursday, March 24, 2011

30 Gambar Stereographic Yang Super Cool

Salam semua, hari ni ada gambar2 menarik aku nak share kan kat korang. Korang tau tak apa tu gambar Stereographic Planet? Tak tau ke?

The stereographic projection, in geometry, is a particular mapping (function) that projects a sphere onto a plane.The stereographic projection is a way of picturing the sphere as the plane, with some inevitable compromises. Because the sphere and the plane appear in many areas of mathematics and its applications, so does the stereographic projection; it finds use in diverse fields including complex analysis, cartography, geology, and photography - (WIKIPEDIA )

Dalam bahasa mudahnya stereographic adalah gambar yang dijadikan sfera pada canvas atau kertas. Haa, faham tak? Gambar macam ni tak boleh jadi terus dari kamera. Mesti kena edit dulu baru boleh. Nak edit tu pulak yang aku tau boleh guna software adobe photoshop. Yang lain tak tau la pulak. Korang tak faham lagi ke gambar stereographic ni apa?

Cuba korang tengok gambar2 ni mesti korang faham.....

Monday, February 21, 2011

Photography: "ISO Sensitivity"

Salam semua. Hari ni aku nak sambung balik pelajaran kira pasal perkara2 asas yang korang perlu tahu bila menggunakan DSLR. Ingat tak dulu aku dah terangkan pasal Aperture dan juga Shutter Speed. Kalau tak ingat boleh klik sini dan sini untuk revise balik.

Hari ni aku nak bercerita pulak mengenai ISO. Kalau korang perhatikan dekat kamera DSLR korang tu, mesti korang akan nampak tulisan ISO kan. So, apa bendanya ISO tu ? ISO9001 tu ke? Bukan2! tu iso lain. Dalam term photography,
ISO atau ASA ( American Standard Assosiation ) adalah satu cara pengiraan untuk kelajuan film (kodak) dan juga tahap sensitiviti /kepekaan pada cahaya.
Jom sambung baca lagi...

Monday, January 31, 2011

photography: "Aperture"

Hari tu kita dah belajar serba sedikit pasal shutter speed kan. So hari ni kita belajar pula pasal Aperture. Apa kebendanya aperture ni. Dalam istilah saintifiknya.
Aperture ni adalah bukaan iris pada lensa ketika gambar diambil. Jika bukaan iris tu lebih luas, maka lagi banyak la cahaya boleh masuk. Kalau bukaan kecil. Sikit lah cahaya boleh masuk. Prinsip ni sama konsep dengan mata kita.
Aperture ni kalau kita tengok pada kamera, selalunya dia di labelkan dalam format "f-stops". Contohnya macam ni f/1.8, f/2.8, f/4, f/22.... dan banyak lagi lah. Cuba korang check range aperture kat lens korang. Mesti ada tulis.

jom tengok pula rupa bentuk aperture dan macam mana dia berfungsi...

Tuesday, January 18, 2011

Photography: "Shutter Speed"

Salam semua, korang sihat tak? Sekarang ni ramai betul orang demam. Aku pon sekarang ni hampir2 nak demam. Silap2 esok demam la ni. Aduihhh. Hari ni aku nak ceritakan sedikit perkara asas pasal DSLR. Aku tengok sekarang, DSLR ni dah jadi macam 1 trend. Tapi malangnya ramai tak reti nak gunakan dengan sepenuhnya. Semua snap guna auto je. Rugi la macam tu kan, beli mahal2 tapi guna auto je. Tak menarik la. Baik pakai digital kamera je. Lagi bagus. Gambar pon cantik. So hari ni aku nak terangkan serba sedikit salah 1 "fungsi" yang terdapat pada DSLR.

Apa yang aku akan terangkan ialah SHUTTER SPEED. Apa benda shutter speed ni...

Friday, December 17, 2010

Photography: Black and White Sensation

Salam semua, sihat tak? Kalau tak sihat sila lah makan ubat ye. Hari ni aku nak "show off" kan koleksi gambar2 aku yang dah lama terperap dalam hard disk aku. Dah lama rasanya aku tak post gambar2 yang aku shoot. Gambar2 ni aku shoot waktu mengikuti kursus fotografi kat Unikl MIAT sebelum aku final hari tu. Lama la jugak tu kan. Dekat 3 bulan jugak la gambar2 ni tak berusik. Hari ni baru terasa nak godek2 gambar ni. haha!

Sekarang ni aku dah mula kurang minat gambar2 original yang terhasil dari kamera. Aku mesti nak edit dulu gambar tu sebelum publish kat mana2. Tak tau lah kenapa. Mungkin dah jadi habit kot. Aku edit bukan bermakna gambar yang aku tangkap tak jadi atau tak cantik (erkk..cantik ke aku tangkap?), cuma nak naikkan lagi seri gambar tu je. Kasi ada mood tersendiri pada gambar tu.

Aku tengok kebanyakan photographer professional kat luar sana pun dah jarang tunjukkan gambar original. Mostly diorang edit dulu gambar tu walaupun sikit je yang diorang touch up. Korang perasan tak semua tu? ke korang ni just tengok2 camtu je? Disebab benda ni lah aku pon terikot2 nak edit dulu gambar sebelum dipublishkan. hihi.

Untuk gambar kali ni. Aku sebenarnya main hentam je edit. Saja nak cuba black and white pada gambar. Sebab aku jarang gunakan black and white ni. So apa kata korang tengok lagi gambar2 lain yang aku edit...

Wednesday, December 8, 2010

Apa Itu Stereo Camera ?

Apa benda nya Stereo Camera ni? Haa, ni yang nak bagi tau ni. Menurut wikipedia, Stereo Camera ni ada la sejenis kamera yang memilik 2 atau lebih lensa dengan sensor gambar yang berasingan. Ini membolehkan kamera tu berfungsi macam mata manusia dan menjadikan gambar2 kelihatan ala2 3D gitu. Jarak antara 2 lensa tu sama dengan jarak mata manusia ( lebih kurang 6.35cm). Kalau untuk 3D movie. Diorang pon akan pakai "video cam" yang ada 2 lensa juga untuk dapatkan effect 3D tu. Cool kan.

Macam mana pulak lah bentuk stereo camera tu pulak kan...

Friday, October 15, 2010

Before & After

Halooooo. Salam buat semua. Aku masih lagi terasa aura kemenangan untuk pertandingan banner hari tu (ceh.. macam nak menunjuk pulakkan). Haha. Sebenarnya kemenangan hari tu bukan lah beerti aku ni dah cukup hebat dalam bidang graphic ni. Cuma tulah merupakan titik permulaan aku dalam dunia design men-design ni. Yelah, macam korang tahu aku ni bukannye budak multimedia. Aku ni just seorang student engineering. So, segala yang berkaitan design aku just belajar sendiri dari blog2 dan kawan2 yang lagi terer dari aku. Banyak lagi benda aku kena kaji dan aku juga harap korang selalu la support aku ye.

Dah. Membebel pulak aku ni. Ok lah, straight to the point. Hari ni sebenarnya aku just nak buat Teaser la pasal macam mana nak buat tone pada gambar korang. Kan hari tu aku ada kata nak ajar kan. Tapi bukan untuk post kali ni ye. hihi. Harap bersabar ye. Sebenarnya aku pun kurang arif juga pasal tone colour ni. Sebab setiap gambar yang kita edit, kita kena check tone apa yang sesuai dengan gambar tersebut. Tak boleh la main hentam je. Gambar jadi pelik la nanti.

So post kali ni aku tunjukkan gambaran awal macam mana aku edit gambar-gambar aku sebelum dan selepas di edit. Nanti baru aku ajarkan macam mana cara korang boleh aplikasikan tone color pada gambar korang ok. Arr, lupa nak kasi tahu. Semua gambar2 ni aku edit secara manual. Tiada photoshop action digunakan.

Layan......

Sunday, September 26, 2010

Tutorial 'Light Trail'

Hye guys. Seperti yang telah dijanjikan. Hari ni aku akan tunaikan janji aku yang lepas iaitu nak buat tutorial pasal light trail. Haaaa! Mesti dah ada yang menantikan. Ok la, dah tak sabar2 aku nak ceritakan ni.

Pertama sekali korang perlu la tahu apa itu 'light trail'. Light trail ni merupakan lukisan daripada cahaya. So bila kata cahaya tu, maknanya daripada lampu, laser, LED, dan apa2 lagi yang boleh mengeluarkan cahaya. Untuk buat 'light trail' ni, korang memerlukan peralatan yang betul. Mana boleh guna PS3 ke X Box ke atau watercolor nak buat light trail ni.Haha

Antara Peralatan yang diperlukan...

Thursday, September 23, 2010

Light Trail Raya (pt.2)

(siapa boleh teka ni mercun apa, Haha)

Waa! dah 4 hari tak dapat nak buka blog. Ni semua sebab streamyx rosak la ni. Nasib baik tak rosak sampai seminggu. Kalau tak memang bosan gila la kalau tak boleh buka internet. Haa! berbalik kepada topik asal. Haaa! tengok, aku dah pon upload part 2 light trail raya ni. haha!. Macam yang aku bagi tau jugak. Gambar2 kali i lagi DaBOOM la. tak percaya? korang tengok je la nanti. Aku rasa gambar2 kali ni lebih cemerlag, gemilang dan terbilang dari tahun2 lepas. Ni semua atas jasa lens 10-20mm 'wide angle'. Ni la 1st time aku gunakan utuk raya (cehh, sebenarya nak bagi tau ada lens baru je tu. haha).

Arr, kan hari tu aku ada bagi tau nak ajar macam mana nak buat light trail ni kan. Aku dah tukar fikiran yang aku akan buat 1 post khas mengenai light trail ni. rasa lagi best. Banyak sikit boleh cerita. Harap korang tak mengamuk la ye aku tak cerita taruk cara buat light trail tu kat post ni. hihi. Apa-apa pon aku nak korag hayati je dulu gambar2 BooM!!! Bastik dari aku ni. Cewahh.

Jom layan, Zasss...

Saturday, September 18, 2010

Light Trail Raya (pt.1)

Hello semua. Hihi. Baru sempat nak post pasal raya. Kalau tengok je gambar kat atas ni confirm aku rasa korang tau gambar apa tu. Haha! Gambar bunga api la kan. Kalau raya takde bunga api dengan mercun memang hambar la raya tu. Bosan gila. Bila dengar bunyi doom daam baru syok. Walaupun bingit telinga dengar, tapi perasaan puas tu tetap ada. haha

So, setap kali raya aku mesti nak buat light trail bunga api ni. Aku rasa mejoriti yg ada DSLR mesti buat gambar macam ni. Sebab benda ni senang je nak buat.Tapi ada juga yang tanya aku macam mana nak buat. Takpe aku akan ajarkan dalam (part 2) post pasal light trail ni ok. Untuk post kali ni korang just enjoy je semua gambar ni. Jangan lupa komen sekali ye.

Jom enjoy....

Wednesday, August 4, 2010

Workshop 'Cakap Serupa Bikin'

(antara gambar yang paling cemerlang aku tangkap.hihi)
Pada 31.7 yang lepas, aku telah berpeluang untuk pergi ke bengkel photography 'cakap serupa bikin'yang mengkhususkan tentag macam mana nak shoot portrait picture. Kalau masuk yang ni, dah 2 bengkel photography aku attend. Banyak knowledge2 yang baru aku dapat. Sangat seronok sebab dapat kenal dengan photographer lain dan juga terima kasih kepada akram sebab teman kan aku pergi.(hihi). Bengkel ni dianjurka oleh ijam dan special guest untuk hari tu ialah abg Affendi (seorag jurugambar professional M'sia) Tips yag diberi memang sangat2 praktikal dan senang gila la nak faham. Hope lepas ni boleh attend lagi banyak photography workshop. Nak mantapkan lagi technique .(hihi). Pastu baru orang respect.

Ini ramai orang sekarang beli DSLR baru sebulan dah nak tangkap wedding picture. Memang gambar hancur la. Cuba la pergi belajar dengan sifu2 dulu. Baru la betul (dah macam guru disiplin pulak)Lepas ni siapa2 nak jadi my model. Boleh la bagi tau ye. (sambil buat muka serius). Nak kena banyak praktis lagi ni. Bak kata orang kulit putih ' practice make perfect' (hihi)

Jom tengok gambar lain...

Wednesday, July 28, 2010

For Sale! Nikon 18-105mm

Hye guys, hari ni aku nak jadi salesman kejap. Aku nak iklan kan lens kamera 'Nikon 18-105mm f/3.5-5.6G ED AF-S DX (VR)'. Second hand dengan condition 8.5/10. Masih elok dan jarang digunakan.


Price: Rm800(Nego)
Include: 67mm Front Lens Cap, Rear Lens Cap, UV filter (unbox, waranty habis)
Condition: masih dalam keadaan baik. Tiada kulat(fungus), 8.5/10
COD: Bangi, Kajang, KL
Contact: ezhan_09@yahoo.com

Kualiti sama seperti dalam gambar. Sila tengok gambar lain di bawah ini...


Tuesday, July 27, 2010

Broga Hill

Salam semua, rasanya dah lama sangat tak upload gambar-gambar dari kamera kesayangan ku canon 450D. So kali ni aku nak upload gambar2 pemandangan yang aku ambil waktu hiking kat Broga Hill Ahad lepas 25 july.

Ini 1st time aku pergi ke Broga Hill ni. Memang 1 pengalaman yang tak boleh dilupakan sebab kitorang start panjat pada pukul 4 pagi. huuu~ dengan gelap gelitanya. Track yang agak lembab (jalan licin). Dah la pakai selipar je waktu tu, dengan pakai jeansnya lagi, bawak kamera dengan tripod. Memang 1 cabaran yang hebat lah.( haha).Kitorang pon tak prepare betul2. Sebab ingatkan Broga Hill ni takde la tinggi mana pon.Waktu tu aku pergi dengan rakan rumah sewa aku. Lebih kurang dalam 11 orang la.

Bagi sesiapa yang tak tahu Broga Hill ni kat mana. Broga Hill ni terletak dekat Semenyih, berhampiran dengan Nottingham University. 30 minit je dari Bandar Kajang. Tempat yang agak menarik kalau nak tengok matahari terbit dan matahari terbenam


Faktar Broga Hill:
  1. Berketinggian lebih kurang 400m (nampak macam pendek, tapi cuba korang test naik. Baru korang tahu betapa letih yag amatnya)
  2. Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga.
  3. Mempunyai 4 pucak.
  4. Anggaran masa untuk sampai ke puncak ke-4 lebih kurang 1 jam 15 minit
  5. Kalau nak pergi tu bawak air banyak2 sikit. sebab kat atas tu takde jual air.
Ini antara pic2 permadangan yag sempat di tangkap. So sila la komen2 sikit ye.


ada lagi ni....jom tengok

Tuesday, June 29, 2010

Perang POSTER HALUAN KIRI


Atas Tanda sokongan terhadap industi Photography di Malaysia. Aku dengan berbesar hati memasuki Pertandingan 'perang Poster Haluan Kiri' yang dianjurkan oleh KUKUBESI dan CHOTTOUCH kat facebook.

Bagi pengadilan poster ni. Ia akan dinilai melalui undi pengunjung yang datang pada 4 Julai nanti. Jadi walaupun poster tak lawa mana, tapi kalau korang bawak ramai2 kawan. Korang pon boleh menang.So kepada sesiapa yang berbakat tu jom la join Perang Poster ni. Boleh juga tunjukkan bakat korang tu. Tak lupa juga kepada sesiapa yang 'confirm' akan pergi, jangan lupa vote poster aku ye. (hihi)

Sedikit info pasal event Haluan Kiri ni.....

Wednesday, June 9, 2010

Photo of The Day

Gambar sewaktu percutian ke Qatar tahun 2009. Nantikan post2 aku yang lain ye. Sibuk skit sekarang ni dengan business. Kumpul duit nak beli kamera baru....hihihi!!!~

click gambar untuk tumbesaran yang sihat

title: State of Qatar
photo by: Ezhan
apature: f4
iso: 200
focal length: 18mm
shutter speed: 1/2000

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin