
Walaupun pelukis asalnya dah mati tanpa sempat nak habiskan cerita ni, tapi cerita ni terus maju ke depan dan sehingga kini masih lagi dikenali ramai dan masih disiarkan kat NTV7. Silap2, atuk kita pon tengok jugak doraemon ni. haha! Ok lah, tanpa melengahkan masa hari ni aku nak bagi tau beberapa faktar yang best pasal doraemon ni.
ok first aku start dengan yang ni dulu.
SINOPSIS

Nama Doraemon
Dari mana datangnya nama ni kan. So sebenarnya nama ni merupakan gabungan dua nama iaitu "DORA" dan juga "EMON". Maka jadi la equation macam ni ( Dora + Emon = Doraemon). Makksudnya ialah "Kucing Jantan Liar". Haha, macam pelik je kan. Tapi tu la maksudnya
Teknologi pada Doraemon
Tarikh dibuat : 3 September 2112
Kod nombor : MS-903
Berat : 129.3 kg
Tinggi : 129.3 cm
Kelajuan berlari : 129,3 km / jam (80,3 mph)
Kekuatan melompat : 129.3 cm (424,2 kaki)
kekuatan Maksimum : 129.3 bhp
Diameter pergelangan tangan : 129.3 mm
Diameter kepala dan dada : 129.3 cm
Warna Asal : Kuning
Tempat lahir : Pabrik Robot Matsushiba
Makanan kegemaran : Dorayaki
Kelemahan : Apabila ditarik ekor, Doraemon akan shut-down.

Watak-Watak Dalam Animasi Doraemon

Ending Doraemon.
Macam yang korang tahu. Pelukis cerita ni ( Fujiko F. Fujio) meninggal sebelum sempat nak tamatkan komik doraemon ni. Oleh sebab tu ramai yang hampa dan melalak tak tentu pasal. Maka atas inisiatif sendiri, ramai fan2 doraemon telah reka sendiri ending cerita doraemon ni. Dan yang aku tunjukkan kat bawah ni merupakan salah satu dari berpuluh2 ending cerita ni. Bagi aku ni la ending paling sempurna kerana ending dia sangat menyentuh hati dan bertepatan dengan tagline 'happy ending' dan ramai juga yang bagi komen yang memuaskan. Cuba lah korang layan...
Poket Doraemon.
Sepanjang cerita doraemon ni ditayangkan, lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket 4 demensi doraemon. Wow!!! banyak tu. Antara alat paling kerap dikeluarkan ialah helikopter buluh, Pintu kemana sahaja, Meriam angin dan Mesin Masa.
Doraemon Dalam Watak lain -Bonus-
haa. Ni ada bonus aku bagi kat korang. Gambar2 doraemon yang sangat stylo dan comel ni. haha. Tak sangka doraemon ni boleh pegang macam2 watak. tak percaya tengok sendiri...


















p/s: harap korang semua terhibur dengan entry santai ni. Maklum lah, aku ni tak reti sangat nak tulis entry best2 ni. Kalau korang ada info best2 pasal doraemon ni jom lah kongsi, hihi. jumpa anda di post seterusnya.