...








photography artwork tutorial tips

Friday, March 5, 2010

Mini Workshop Outdoor Potraiture In CS way # part1

Hari tu 20.2....aku dengan jayanya telah menghadiri 1 mini workshop yg dijayakan oleh Khairul Hazwan " kacuk" ( Candidsyndrome). Kalau korang ni terjerumus dalam bidang photography ni, korang mesti tau kan Candidsyndrome ni antara photo team yg Gempak kat Malaysia, malah kat oversea pon boleh dikatakan top jugak la. Dengan hanya RM 50 untuk Mini Workshop ni. Aku rasa perlaburan aku tersangat la berbaloinya. Memang banyak la benda yang aku tak tau jadi tau.

cuma cuaca yang panas melambatkan pergerakan para peserta sebab rata-rata semua dehidrate sebab panas sangat. HAHA. Rasanya bila balik tu semua kulit jadi merah @ hitam.

Ok lah, seperti biasa la setiap workshop biasanya akan diselitkan denga praktikal kan. So ini juga pengalaman pertama aku meng-Shoot gambar model secara professional.( cewah) . Tapi mungkin kualiti tak sehebat mana lagi la kan pasal banyak lagi nak kena study ni.

Kat sini aku banayk practice guna tone colour dalam PHOTOSHOP pasal aku tengok sekarang macam menjadi 1 trend kalau main tone ni. So aku pon try la.
Apa lagi enjoy la gambar2 aku ni......

Wednesday, February 17, 2010

Artwork musim cuti...

Lama rasanya tak publish artwork baru, so inilah dia yang sempat dibuat. Tapi artwork ni tak la sehebat mana pon.....comment ye...

Title: Saya Cinta RETRO TYPOGRAPHY
Medium: Photoshop cs3
Font use: Britannic Bold
Technique: Try and Error
Duration: 2 hour

Thursday, February 4, 2010

Lompat si Katak Lompat

Huuu!!!, sudah lama rasanya tidak menjejakkan diri dalam dunia BLOG yg fana ini. Rindu rasanya tidak menaip untuk sekian lama. Habis berselerak blog ni di buatnya. Lebih 2 minggu jugak la blog ni terbengkalai.Tapi kini, Ezhan-artwork kembali beraksi (haha). Setelah masalah laptopku selesai, kerja pon dah kurang. Boleh la nak bagi masa kat dunia ke-2 aku ni.

Orite2...tanpa melengahkan "time". Jom kita usha agenda kali ni (cewah). Haha, kali ini aku nak bagi korang tengok koleksi "Lompat Sepanjang Zaman" (nama album yang aku bagi). Gambar2 ni semua aku tak pernah show lagi kat mana2 link yang aku ada. So ni khas untuk pembaca blog ni.( ala, poyo je mamat ni....gambar bukan lawa mana pon). Tak kesah la lawa ke tak gambar ni, yang penting korang bagi la sikit panduan aka. comment untuk aku memantapkan lagi usha seni yang murni ini (ayat berbunga pulak). So apa lagi.....Usha la.

(lompatan ulung sepanjang zaman...Jet li style)

Sunday, January 17, 2010

Im Busy!!!

Mintak maaf sebab tak boleh nak update buat masa terdekat ni sebab terlalu Busy dengan:

  • tutorial photoshop untuk blog ni
  • tutorial dari lecturer
  • assignment berlambak
  • jadual yang sangat pack
sebab2 lain:
  • internet kat kampus rosak
  • laptop pon rosak jugak
  • kena format balik
  • busy main game (hihi)
  • ada lagi la sebab2 yang tak boleh dikenal pasti

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin