...








photography artwork tutorial tips

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Salam Syawal buat semua rakan2. Di bulan yang mulia ini, aku ingin mengambil sedikit kesempatan untuk menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada menyebabkan antara korang rakan2 blogger mahupun sesiapa je la yang mengenali diri hamba ini terguris perasaan dan menyebabkan korang menyampah dengan aku ni. Takde niat pon dalam hati aku ni nak sakit kan hati mana2 pihak.

Sekiranya ada mana2 penulisan aku dalam blog ni menyebabkan korang tidak senang. Harap dapatlah dimaafkan, sebab segala penulisan dalam blog ni adalah tulus dari lubuk sanubari hati ku ini cewahh. Kalau ada mana2 komen korang yang aku terlupa nak balas tu insyaAllah aku cuba balas secepat mungkin ye. Hihi Oklah, seperti biasa tiap2 tahun aku akan sajikan korang dengan e-card raya. So kat atas tu la kad raya dari aku. Nak hantar kat rumah korang, tak tahu alamat pulak. Hihi. Tahun ni aku nak bagi pantun sikit.

Lapar puasa terketar-ketar,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
E-card raya pun dah kira grand la ya!!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

p/s: Siapa ada mercun tu hulur2 la sikit, tahun ni tak sempat nak beli lah.. hihi

Thursday, August 18, 2011

Photoshop: Cara Membuat Gambar Transparent Background

Salam ramadhan semua. Lama rasanya kita tak bersua dalam dunia maya ni kan. hahah. Pejam celik pejam celik, dah masuk 19 ramadhan pon. Lagi beberapa hari je kita nak beraya. Tapi, korang dah gunakan bulan ramadhan ni sebaik mungkin ke? Yela, bulan ni kan bulan keampunan. Rugi lah sesiapa yang tak manfaatkan ramadhan ni sebaik mungkin la.

Ok back to the topic. Hari ni aku just nak bagi simple photoshop tips kan korang2 yang baru berjinak2 nak gunakan photoshop ni. Dulu aku ingat lagi waktu aku buat entry pasal "tips mendesign header", aku ada cakap buat header transparent lagi nampak cantik bila taruk dalam blog sebab boleh matching dengan background. Tapi masalahnya, ada lagi yang tak tahu macam mana nak buat background transparent ni. Haaa, sebab itu lah hari ni aku akan explain kan secara ringkas macam mana nak buat transparent background ni.

jom kita mulakan...

Wednesday, July 20, 2011

Tips Belajar Photoshop Bagi First Timer

Ramai kawan2 lama yang aku jumpa kat luar akan tanya pasal blog aku. Soalan paling fames sekali diorang suka tanya ialah " Wei, blog kau power gila la, bapak la hebat ko design. Ajar la aku wei Photoshop. Aku nak belajar jugak" ( Bahasa rempit ). haha. Soalan ni memang selalu la aku dapat. So, hari ni aku nak rungkaikan permasalahan yang dihadapi oleh first timer yang nak belajar photoshop ni.

Apa yang korang boleh buat. Kalau kita tengok sekarang ni, photoshop ni ada la satu software yang sangat2 bagus untuk korang masterkan. Sebab apa? Sebab korang boleh guna photoshop ni nak buat presentation, poster, layout kerja dan paling syok sekali boleh buat side income wooo. Korang tau tak, sampai la sekarang aku dah pernah collect beribu ringgit untuk design2 yang aku buat untuk client. Bukan nak menunjuk tapi nak tunjukkan bertapa beruntungnya kalau kita ada pengetahuan dalam penggunaan software Photoshop ni.

Antara method2 yang boleh korang gunakan untuk mula belajar ialah...


Wednesday, July 13, 2011

12 Jam Tangan Yang Canggih dan Unik

Salam semua. ye2 aku tau mesti ada antara korang tertanya2 kenapa lama blog ni tak berupdate kan. (elehh silap2 takde orang tanya pon). Sebenarnya sekarang ni aku sibuk bekerja. Haha, biasa lah nak menyara hidupkan. Maklumlah, duduk KL ni duit flow macam air. Kejap je habis. Sebab tu la blog ni tak sempat nak diupdate.

Ok lah, tu mukadimah aku. Haa, hari ni aku nak bercerita pasal jam. Sebab semenjak jam tangan aku habis bateri ni, aku asyik rasa nak beli jam baru je. Yela, jam tangan aku pun dah lama aku pakai. Jadi nak try tukar yang canggih2 sikit kan. Jadi, bersemperna aku nak cari jam baru ni, aku postkan entry "12 Jam Tangan yang Canggih dan Unik".

Apa lagi, jom la kita tengok jam tangan yang hebat2 ni.....

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin