...








Wednesday, July 13, 2011

12 Jam Tangan Yang Canggih dan Unik

Salam semua. ye2 aku tau mesti ada antara korang tertanya2 kenapa lama blog ni tak berupdate kan. (elehh silap2 takde orang tanya pon). Sebenarnya sekarang ni aku sibuk bekerja. Haha, biasa lah nak menyara hidupkan. Maklumlah, duduk KL ni duit flow macam air. Kejap je habis. Sebab tu la blog ni tak sempat nak diupdate.

Ok lah, tu mukadimah aku. Haa, hari ni aku nak bercerita pasal jam. Sebab semenjak jam tangan aku habis bateri ni, aku asyik rasa nak beli jam baru je. Yela, jam tangan aku pun dah lama aku pakai. Jadi nak try tukar yang canggih2 sikit kan. Jadi, bersemperna aku nak cari jam baru ni, aku postkan entry "12 Jam Tangan yang Canggih dan Unik".

Apa lagi, jom la kita tengok jam tangan yang hebat2 ni.....

1. Jam Tangan Gari
Kalau sebelum ni kita tau gari ni untuk orang jahat je. Tapi ni gari untuk orang kaya sebab jam tangan ni direka dengan bentuk gari. Cool kan. Harga jam ni mungkin mencecah ribuan ringgit. fuhh, tengok je la, tak mampu nak pakai.

2. Jam Tangan Radar
Jam tangan yang simple tapi mempunyai keunikan tersendiri. Kalau kita tengok jarum jam tangan ni ditukar kepada bentuk radar. Serius stylo. Kalau kita perhatikan lengkungan hitam luar tu untuk saat. Yang dalam tu untuk jam. Tapi sebenarnya aku tak paham pon macam mana nak baca jam ni. hahah

3.Jam Tangan Transformer
Haaa, ini jam khusus untuk penggemar movie transformers. Kalau siapa yang tengok Transformers 3 Dark Of The Moon, mesti korang perasan ada desepticon yang boleh jadi jam. Haa, dalam dunia realiti, ni la jam tu. hihi

4. Jam Tangan Abacus Magnetic
Jam tangan ni tidak mempunyai jarum jam, tapi yang ada hanyalah bola besi kecik yang macam korang boleh nampak dalam jam tu. Bola tu digerakkan oleh magnet yang ada dalam jam tu. Kalau kita nak tengok masa, kita kena pastikan yang jam berada dalam kedudukan mendatar. kalau tak korang nampak bola tu bergolek2 je la.

5. Jam Tangan Retro Icon
Jam tangan yang simple tapi nampak elegen. Jam ni diinspirasikan dari classic 8-bit. Kalau jumpa jam ni kat Malaysia rasa macam nak beli je.

6. Jam Tangan Diesel Multi Display
Jam tangan dari Diesel yang mempunyai 5 display. Taktau la kenapa dia buat sampai 5. Agaknya mungkin dia tak nak kasi orang lupa kot. haha. Jam tangan yang sebelah kanan tu mempunyai kod lapangan terbang. Antaranya JFK, LAX, LHR, CDX dan NFG.

7. Jam Tangan Swatch Infinity
Jam ni lebih kurang macam ipod nano juga sebab mempunyai MP3, pemain video dan Photo Viewer. Nampak unikkan jam ni

8. Jam Tangan F1 Carbon
Jam yang diinspirasikan dari perlumbaan Formula 1. Sebab tu la jam ni dibuat dengan menggunakan Carbon Fiber. Maknanya, jam ni jatuh longkang 100 kali pon confirm tak rosak la.

9. The MB&F HM2
MB&F tu bermaksud Max Busser & Friend. Diorang la yang reka jam ni. Ada lebih dari 450 komponen terdapat dalam jam ni. Fuhh banyak tu kan. Rekaan jam yang kompleks ni membuatkan dia nampak sangat sexy kepada si pemakainya. haha. Awek confirm usha punya la.

10. Jam Tangan Konsep Tiwe Oled
Kalau kita tengok, titik2 putih tu akan sentiasa bergerak secara random. Tapi bila kita nak tengok waktu kita hanya perlu goncangkan atau ketuk sedikit screen jam tu. So, korang dapat la tengok waktu. Hebat kan. Betul2 unik la jam ni


11. Jam dari Denis Guidone
Jam tangan ni simple je, tapi menggunakan unsur futuristik dan minimalis. Nampak agak bergaya bila pakai.

12. Jam Cabestan Winch Tourbillion Vertical
Inilah yang dipanggil sebagai Engineering Masterpiece. Mana taknye, jam ni dibuat dengan mencantumkan lebih kurang 1352 komponen dan digerakkan oleh 450 rantai yang dah disambungkan. Fuhh, gilakan. Dah macam enjin kereta pulak. Dan harga dia pon dah macam sebijik kereta mewah, 275000 USD. Pengsan tengok harga.

Jadi tu je la jam2 yang sempat direview. Semua nya canggih2 kan. Kalau boleh nak sangat dapat mana2 jam kat atas ni sebab jam tangan aku sekarang dah habis bateri. Alang2 tukar bateri baik tukar jam baru kan. hahah.

Ok lah, harap anda2 semua terhibur la ye. See, you next post

p/s: Yeay yeay....Akhirnya Ipad 2 sudah menjadi milik aku. haha

blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin