...








photography artwork tutorial tips

Sunday, December 26, 2010

Tips Men-Design Header

Hye semua, Apa korang buat hujung minggu ni haa? mesti keluar jalan2 kan. Maklum lah sekarang kan macam2 sale ada. Sale balik sekolah la, sale hujung tahun la. Fuhhh, rambang mata tu. Rasa macam banyak je benda nak sambar. Tapi malangnya, check dompet. Duit pulak tak cukup. Cisss.

Ok lah, berbalik pada tajuk kat atas tu hari ni aku nak bagi korang sedikit tips yang mungkin boleh membantu korang dalam mendesign header korang sendiri. Kalau nak diikutkan, dah ramai yang tanya aku macam mana aku design header aku tu. Ada yang suruh buat tutorial lagi tu. Sekarang ni aku tak nak lagi bagi tutorial. Aku nak bagi tips dulu. Sebab apa aku tak nak bagi tutorial lagi? Sebab header ni merupakan satu benda yang subjektif. Ada suka colourfull, ada suka simple, ada yang suka serabut2 sikit kan. So sebab tu aku tak nak bagi lagi tutorial. Tapi bukan lah makna aku takkan bagi terus. Aku memang akan bagi. So stay tune ya.

Jom kita tengok tips2 dari aku.

1. Pemilihan font
- Jangan gunakan font yang terlalu berserabut. Pilih font yang senang dibaca.
- Pemilihan font yang unik juga boleh menaikkan seri blog korang.
- Susun atur font jangan terlalu berterabur. Jangan terlalu ada jarak yang jauh ( Paham ke ni?)
- Kat mana nak cari font yang best2? Korang boleh pilih kat sini

(contoh pemilihan font)


2. Pemilihan Warna
- Warna pon sangat penting untuk header. Pemilihan warna yang kurang tepat boleh tenggelamkan seri header korang.
- So, cara nak selesaikan masalah ni, korang boleh check kombinasi color kat website yang aku rekemen ni
- Untuk background ni, aku lebih prefer transparent background sebab senang untuk di matchingkan.
- Sekiranya korang tak suka buat transparent background. Korang boleh cuba buat boarder kat sekeliling header tu.

(contoh header yang menggunakan background transparent )


4. Pemilihan Size
Pemilihan size ni bergantung pada tuan blog tu sendiri. Kalau nak besar buat lah besar, nak kecil buatlah kecil. Tapi apa yang nak dijelaskan kat sini ialah. Cuba memanfaatkan ruang yang ada. Maknanya, jangan terlalu plain dan jangan terlalu full. Tapi kalau kena dengan susun atur. Full pon akan nampak cantik.



5. Theme
- Lebih cun kalau korang ada theme dalam header korang.
- Cuba buat theme yang matching dengan blog korang. Contohnya macam , Kalau theme tu pink. Header pon mesti ada elemen pink dan objek2 yang comel.
- Kalau blog korang pasal teknologi, cuba pula selitkan elemen2 technologi



6. Lain-lain perkara
- Jika korang meletakkan apa2 gambar dalam header korang. Cut gambar tu sekemas yang mungkin.
- Cuba berfikir di luar kotak. Buat satu design header yang ada ciri2 unik tersendiri.
- Pastikan header korang tak lambat loading. Kalau lambat cuba compress kan gambar header tu kat sini ( http://www.imageoptimizer.net )
- Cuba korang cari inspirasi kat website2 yang memaparkan header2 menarik. Dari situ korang boleh la dapat idea. Kat sini aku senaraikan dua website yang boleh dirujuk. (sixrevisions) (vandelaydesign)

-------------------------------------------------


Rasanya ni je la yang aku mampu senaraikan. Ni semua hanyalah tips, bukan beerti korang perlu ikot 100%. Terpulang pada korang sendiri. Kalau korang rasa header yang korang design dah menepati citarasa sendiri. Pakai je. Sebab header ni pon melambangkan siapa sebenarnya diri kita.

Header ni pon sebenarnya merupakan antara elemen terpenting dalam blog. Sebab header ni merupakan first impression. So, kalau first impression kurang cemerlang. Macam mana nak tarik lagi ramai orang datang kan. ( Tu pendapat aku la )

Ok lah, cukup la tu aku merepek. hihi. Kalau korang rasa ada tips yang boleh ditambah jom la kongsikan. Kita belajar sama2. See, you next time ye.

p/s: thanks untuk huda sebab review blog ni. hihi. Siapa lagi nak review silakan ( Ceh tak malu betol budak ni)

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin