...








photography artwork tutorial tips

Tuesday, February 8, 2011

Inspiration: Best Collection of Photo Manipulation

Hello2 rakan blogger dan bukan blogger sekalian. How are you guys doing? hihi. Hari ni nak tujukkan kat korang semua gambar2 yang sangat2 lah amazing nye. Gambar apa yang aku nak tunjuk ni? Sebenarnya gambar yang aku nak tunjukkan ni ialah koleksi photo yang dah di manipulasikan atau bahasa saintifiknya "photo manipulation".
Photo manipulation is the application of image editing techniques to photographs in order to create an illusion or deception (in contrast to mere enhancement or correction), through analog or digital means -wikipedia
Koleksi2 gambar ni adalah dari designer2 dari seluruh dunia. Diorang ni sangat2 lah berbakat. Aku kalau boleh nak sangat edit gambar macam diorang. Tapi malangnye still tak mampu lagi. Ok lah. apa kata korang layang karya2 diorang yang hebat ni.

jom tengok yang lain pulak...

Saturday, February 5, 2011

1st Time Makeover Template Orang

Semalam pada 4.2.2011 bersamaan hari Jumaat penghulu segala hari, aku dengan jaya nye telah berjaya membuat full template renovation kat blog fahmie ( skema gila ayat. haha). Ni 1st time aku renovate kan blog orang. Kalau nak diikutkan, aku takot gila nak me-renovate2 blog orang ni. Bukan apa, sekali silap fuhh, jenoh nak recover balik. Kalau blog sendiri takpe. Kalau tersilap salah sendiri la. Ni kalau blog orang. Haa, confirm kena kejar dengan parang la jawabnya.

Sebenarnya aku buat ni atas dasar nak mencuba je. Dah ramai sebenarnya mintak aku buatkan template. Tapi aku tak berani. Sebab tak nak tanggong risiko. Tapi orang selalu cakap "belum cuba belum tahu". So aku pon terima la job yang fahmie ni requst kat aku. Dia nak aku buatkan template baru untuk dia. Dah lama aku tak godek2 html ni. Serius banyak gila aku dah lupa. Lama jugak la nak fahamkan balik structure dalam html ni. Tapi atas berkat kesabaran dan usaha (cewahh) berjaya jugak la aku buat walaupun tak secanggih mana.

(Ni la template lama si fahmie ni. Sekarang ni tinggal kenangan je la. hihi)
Dan ni pula template baru dia....jeng...jeng...jenggg..

Monday, January 31, 2011

photography: "Aperture"

Hari tu kita dah belajar serba sedikit pasal shutter speed kan. So hari ni kita belajar pula pasal Aperture. Apa kebendanya aperture ni. Dalam istilah saintifiknya.
Aperture ni adalah bukaan iris pada lensa ketika gambar diambil. Jika bukaan iris tu lebih luas, maka lagi banyak la cahaya boleh masuk. Kalau bukaan kecil. Sikit lah cahaya boleh masuk. Prinsip ni sama konsep dengan mata kita.
Aperture ni kalau kita tengok pada kamera, selalunya dia di labelkan dalam format "f-stops". Contohnya macam ni f/1.8, f/2.8, f/4, f/22.... dan banyak lagi lah. Cuba korang check range aperture kat lens korang. Mesti ada tulis.

jom tengok pula rupa bentuk aperture dan macam mana dia berfungsi...

Thursday, January 27, 2011

Infographic: Evolution of BATMOBILE

Tadi waktu tengah syok2 surfing internet nak cari ilham, tiba2 terjumpa pulak 1 infographic yang sangat cool ni. Infographic ni berkaitan Batman. Woo, cakap pasal batman, aku minat gila cerita batman ni. Paling aku suka vehicle yg digunakan. Design dia superb dan canggih. Paling aku suka kereta "Thumbler" dalam cerita "Dark Knight". Rare gila la design dia. Dapat sebijik taruk kat rumah mesti semua orang pandang. haha. Ok lah. Infographic yang aku jumpa ni sebenarnya berkaitan Batmobile yang digunakan dalam animasi Batman dari tahun 1941 sampai lah 2010. Banyak gila rupanya design2 kereta batmobile ni. Baru aku tau bila tengok infographic ni.

Kalau korang pon nak tau ada banyak mana batmobile ni, jom tengok infographic ni...

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin