...








photography artwork tutorial tips

Saturday, February 5, 2011

1st Time Makeover Template Orang

Semalam pada 4.2.2011 bersamaan hari Jumaat penghulu segala hari, aku dengan jaya nye telah berjaya membuat full template renovation kat blog fahmie ( skema gila ayat. haha). Ni 1st time aku renovate kan blog orang. Kalau nak diikutkan, aku takot gila nak me-renovate2 blog orang ni. Bukan apa, sekali silap fuhh, jenoh nak recover balik. Kalau blog sendiri takpe. Kalau tersilap salah sendiri la. Ni kalau blog orang. Haa, confirm kena kejar dengan parang la jawabnya.

Sebenarnya aku buat ni atas dasar nak mencuba je. Dah ramai sebenarnya mintak aku buatkan template. Tapi aku tak berani. Sebab tak nak tanggong risiko. Tapi orang selalu cakap "belum cuba belum tahu". So aku pon terima la job yang fahmie ni requst kat aku. Dia nak aku buatkan template baru untuk dia. Dah lama aku tak godek2 html ni. Serius banyak gila aku dah lupa. Lama jugak la nak fahamkan balik structure dalam html ni. Tapi atas berkat kesabaran dan usaha (cewahh) berjaya jugak la aku buat walaupun tak secanggih mana.

(Ni la template lama si fahmie ni. Sekarang ni tinggal kenangan je la. hihi)
Dan ni pula template baru dia....jeng...jeng...jenggg..

TADAAAA!!!!....haa, ni la dia hasil kepantasan aku menggerakkan mouse dan menekan keyboard. Maybe taklah secanggih blog orang lain kan. Takpe, nanti kalau ada second attempt, aku cuba buat lagi canggih. haha. Untuk template ni aku modify dari template "minima". Memang ni la template faveret aku kalau nak renovate. Sebab structure dia memang sangat basic dan mudah nak faham. Dalam design ni aku cuba gunakan konsep minimalist dan simple design. Aku ni jenis tak suka sangat design yang crowded. Aku lebih suka design yang nampak teraturOrang putih kata "the simple is the better". haha


Berbanyak2 terima kasih aku nak ucapkan kat blog cap ayam sebab tutorial dia banyak membantu aku dan juga blog2 ni (blogger buster, tips 4 new blogger)yang banyak aku refer untuk faham kan balik HTML2 dalam blog ni . Kalau tak jenoh la nak buat template ni. Last skali thanks kat si fahmie ni sebab beri kepercayaan kat aku nak makeover template dia. Sorry bro kalau tak puas hati yek. Dah la aku bagi lambat. Ni semua sebab terpaksa setelkan assignment yang berlunggun2 tu. haha (kesian assignment di persalahkan). Nak tengok live, pergi la kat blog si fahmie tu.


So korang punya pendapat macam mana pulak. Lulus tak aku merenovate blog orang ni? hihi

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin