...








Monday, January 31, 2011

photography: "Aperture"

Hari tu kita dah belajar serba sedikit pasal shutter speed kan. So hari ni kita belajar pula pasal Aperture. Apa kebendanya aperture ni. Dalam istilah saintifiknya.
Aperture ni adalah bukaan iris pada lensa ketika gambar diambil. Jika bukaan iris tu lebih luas, maka lagi banyak la cahaya boleh masuk. Kalau bukaan kecil. Sikit lah cahaya boleh masuk. Prinsip ni sama konsep dengan mata kita.
Aperture ni kalau kita tengok pada kamera, selalunya dia di labelkan dalam format "f-stops". Contohnya macam ni f/1.8, f/2.8, f/4, f/22.... dan banyak lagi lah. Cuba korang check range aperture kat lens korang. Mesti ada tulis.

jom tengok pula rupa bentuk aperture dan macam mana dia berfungsi...


Rupa Bentuk Aperture

Haa, ni la rupa bentuk dalam lens dan yang macam bunga tu la aperture.


Photobucket
Macam ni la rupanya bila aperture terbuka dan tertutup.

Di bawah ni adalah contoh yang amat jelas. Bila bukaan aperture luas ( f/1.4 ). Maka cahaya dapat masuk lebih banyak dan bila cahaya masuk terlalu banyak, kawasan fokus akan menjadi terhad. Tapi bila bukaan aperture kecil ( f/16 ), cahaya yang masuk akan kurang dan lensa boleh memfokus dengan lebih baik. Korang faham tak?

(gambar dari: shortcourses)

contoh lain
  1. f/4: Bukaan aperture besar dan banyak cahaya boleh masuk. Maka kawasan fokus akan terhad. kawasan yang berada di belakang objek akan menjadi kabur ( Bokeh )
  2. f/8: Bukaan aperture sederhana. Cahaya masuk tidak terlalu banyak. Maka objek dapat difokus dengan lebih baik. Tapi bahagian belakang masih lagi kabur/blur ( Bokeh )
  3. f/22: Bukaan aperture sangat kecil dan cahaya yang dapat masuk sedikit. So, objek dan belakang objek dapat di fokuskan dengan lebih baik.
Contoh gambar


Kesesuaian Aperture

Kalau dalam dunia fotografi, selalunya nombor aperture yang besar ( contoh: f/22 ) digunakan untuk menangkap gambar pemandangan atau apa2 jenis gambar yang memerlukan detail yang lebih. Contohnya macam gambar kat bawah ni.
(gambar dari koleksi national geographic)

Kalau nombor aperture yang kecil pula ( contoh: f/1.8 ), ia sangat sesuai digunakan untuk menangkap gambar portrait, wedding dan macro. Sebab dioa dapat mengasingkan gambar background dengan objek. So object akan nampak lebih menonjol. Contohnya macam gambar bawah ni
(gambar dari koleksi national geographic)

Rasanya tu je lah kot yang boleh di kongsikan. Nak kongsi lebih2, ilmu sendiri pon belum cukup banyak lagi. haha. Harap article ni sedikit sebanyak dapat la memberi input kat korang yang baru berjinak2 dengan DSLR ni ye. So, korang boleh la try explore2 fungsi aperture yang ada kat kamera korang tu ye.

blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin