...








Friday, April 22, 2011

Artwork: Flaming Pan Project

(Flaming Pan Official Logo)

Salam semua. Pejam celik pejam celik rupanya dah masuk hari Sabtu pon. Kejap je masa berlalu kan. Hari ni juga la cuti study week aku mula. Fuhh, dah nak dekat habis semester 4 dah rupanya. Disebabkan minggu2 akhir semester ni jugak la aku agak sibuk nak menyiapkan semua report2, assignment, projek, design...macam2 lagi la. Memang letih gila la. Sampai blog ni pon tak sempat nak berupdate. Kesian siapa yang datang melawat blog ni kan. Masuk2 je tak update, masuk2 je tak update. Hahah. Mesti korang bosan dengan blog ni.

cehhh, panjang pulak aku beleter. Jom balik topik asal kita. Kalau ikutkan hari ni aku nak postkan tutorial baru untuk korang. Tapi sebab ada benda yang tak dapat dielakkan. Aku postpon esok ataupun lusa. Hari ni aku just nak sharekan kat korang antara projek design aku yang paling latest. Projek ni merupakan projek design untuk kedai makan. Jadi, design kali ni jugak memerlukan aku untuk pergi shoot gambar makanan untuk di masukkan dalam design. Keseluruhannya, aku berjaya menyiapkan 11 design yang berlainan. Banyakkan. Ni la merupakan Job design paling besar aku pernah dapat. Memang penat habis la nak menyiapkan....

Kalau korang nampak kat atas tu, tu merupakan official logo untuk Flaming Pan ( Nama Kedai ). Konsep di nampak berapi2 sebab kedai ni menyediakan makanan italian macam pasta semua tu.

(Business Card Design)

(Polo Shirt Design)

(Bunting Design - 5x2 kaki)

(Banner Design - 8x4 kaki)

(Menu Light Box Design - 8x3 kaki)

(Menu Design - A3 size)

(Brochure - Luar )

(Bochure - Dalam)

Tu la dia kesemua design yang dah aku siapkan. Boleh dikatakan mencabar gila la nak menyiapkan design ni sebab terpaksa cut satu2 gambar makanan tu. Lepas tu kena susun ikot jenis pulak. Fuhhh. Lagi tension bila client suruh tukar balik. Aduihhh, letih nak menyusun.

Tapi akhirnya dengan berkat kesabaran aku yang jitu ( ayat poyo lebih ). Dapat jugak aku menyiapkan semua design ni. Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati sebab aku rasa aku dah berikan yang terbaik. Antara banyak2 design ni, aku rasa brochure tu la design aku paling terbaik. Macam mana pulak korang rasa? Kalau korang tengok design2 ni kan, korang terasa tak macam nak pergi makan kat kedai tu ? hihi

Ok lah tu, kita stop kat sini dulu la ye. Nanti kita jumpa kat next post pulak. Adios~~

p/s: Yeay, cuti study week dah start....boleh la relax2 sikit

blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin