...








Sunday, February 5, 2012

25 Kek Hari Jadi yang Super Kreatif!!!

Salam semua!!! Mesti korang suka makan Kek kan. Selalunya kalau waktu hari jadi kalau takde kek kira macam tak lengkap la kan. Ni nak tunjuk sikit kat korang antara design2 kek yang super kreatif. So enjoy...

Kek alat menjahit


Hand bag


Monday, January 9, 2012

10 Perkara yang Kita Boleh Belajar Dari Kucing

Rasanya kat sini mesti ramai yang suka dengan kucing kan. Hari ni ada post istimewa pasal kucing. Jadi pada penggemar2 kucing korang mesti suka ni. Hahah.

Apa yang aku nak tunjukkan ni adalah 10 perkara yang kita boleh belajar daripada kucing. Haaa, kucing ni walaupun dia tiada akal, tak semestinya kita tak boleh ambil contoh dari dia kan. Haa, jom tengok ni.



Jom tengok lagi...

Wednesday, January 4, 2012

Update Pertama Untuk Tahun 2012

Photobucket
2012 Photo manipulation

Salam semua, rasanya dah sebulan lebih tak bukak blog ni. Tahu2 je dah masuk tahun 2012. Sekejap je kan masa dah berlalu. Memandangkan hari ni hari pertama persekolahan, jadi aku tekadkan diri untuk aktif balik berblogging. hihi. Jadi ini lah post pertama aku untuk tahun 2012 ni. Yahoo!!!

Macam biasa lah kan, dah masuk tahun baru ni mesti kena ada azam baru. Jadi untuk blog ni aku dah ada azam yang khusus untuk blog je. Ini azam aku.

  1. Nak tukar template blog ni. Sepatutnya hari tu lagi dah tukar dengan yang baru. Tapi sebab ada masalah coding yang aku sendiri pon tak tahu macam mana nak selesaikan, aku tangguh kan dulu hajat ni.
  2. Nak buat lebih banyak tutorial photoshop. Aku tengok banyak yang bagi respon yang sangat menggembirakan hati aku berkaitan dengan tutorial photoshop ni. Jadi aku akan cuba perbanyak kan lagi untuk tahun ni.
  3. Nak update sekerap yang mungkin. Kalau nak ikutkan sepatutnya tahun ni merupakan tahun yang agak sibuk bagi aku sebagai seorang student. Tapi aku akan cuba gagahkan diri untuk update sekerap mungkin.
  4. Nak berinteraksi lebih banyak ni facebook page Ezhan Artwork. Rasanya korang tahu aku ada page sendiri dekat facebook, tapi masalahnya aku tak banyak berinteraksi dengan kawan2 page aku, jadi tahun ni aku nak menceriakan lagi page tersebut.

Rasanya itulah dia azam aku untuk blog ni. Jadi aku harapkan korang semua dapatlah bagi moral support untuk aku teruskan berblogging. Sebab aku masih lagi sayangkan blog ni. Walaupun blog tak seberapa kan. Tapi blog ni sedikit sebanyak mencerminkan siapa sebenarnya diri aku ni.

Ok lah, tak nak cerita panjang2 sangat. Nanti korang bosan pulak. Kat atas tu adalah gambar poster 2012 yang aku buat. Kalau macam tahun lepas aku gunakan tema pulau kan. Tengok sini. Tahun ni ala2 bukit pulak. hihi. Tapi ni bukanlah totally idea aku. Aku dapat konsep ni dari sini. Jadi nikmati lah gambar tu puas2 ye.

p/s: Eh apasal shoutmix hari ni tak boleh guna ni ? Korang punya pon macam ni ke?

Blog Widget by LinkWithin