...








photography artwork tutorial tips

Sunday, April 5, 2009

Kalau Bosan Cuba La....

Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..


hilangkan semua stress..


pusingkan kepala...


tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...


akhir sekali
buat joget kucing...

SELAMAT MENCUBA.... =)

Friday, April 3, 2009

Asal usul solat


Antara beberapa fakta asal usul solat dan bacaan dalam solat yang mungkin ustazah korang terlupa nak kasitahu masa korang sekolah dulu. Meh sini Ezhan-Artwork kasi tahu. Dan jangan lupa share kan pada yang lain yer. Besar keberkatannya ni.

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Tahniah kalau korang dah baca sehingga ke ayat ini. Hehehee

Monday, March 30, 2009

Kuala Lumpur Bergelap

gambar Kuala Lumpur ketika bergelap bagi menjayakan Earth Hour
Syabas Malaysia

Sunday, March 29, 2009

Main Bowling Dalam Gelap

semalam mase tengah main bowling,tiba-tiba satu pengumuman yang tak diduga diumukan. "Perhatian kepada semua pengunjung mines bowling,bagi menyokong usaha Earth Hour pihak kami akan menutup lampu selama 1 jam bermula sekarang(8.30pm)-9.30pm bagi menyokong program ini".

So lampu pun padam la.........
Terpaksa la main bowling dalam gelap......lawak la jugak sebab yang nampaknya pin bowling je.. hahaha.Tapi atas semangat kesukanan yang tinggi,main je la. tapi dapat jugak 168 walaupun bergelap,cuba kalau bukak lampu mesti dapat 200 lebih punye.

tapi best jugak la main dalam gelap.Dapat test accuracy kite betul tak.. hahaha. walau apa pun



vote for earth

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin