...








photography artwork tutorial tips

Monday, April 27, 2009

MFI FET UNIKL


huuuuuu......tension sume orang dah citer pasal FET masing2 kat kampus diorang.....semua entri diorang best2....terutama SYEIKH ASRUL yang skarang ni berada di kampus unikl cawangan Perak"RCMP"....diorang siap bedah mayat lagi,pastu budak MIMET lak sibuk ngan perahu diorang & SURE HEBOH kt TLDM Lumut......mentang2 la dirang dekat dgn lumut,enjoy la diorang,malam2 pulak diorang boleh jadi nelayan tangkap ikan....PERGHHHH
Budak MIAT la skarg dah kt GERMAN.....tiap2 hari naik airbus pi MIAT (GMI to MIAT) jelous gile budak MFI...walaupun diorang kt GERMAN(GMI) dakwah tetap mantap...syabas MIAT
dalam banyak2 cerita tentang FOUNDATION aku rasa la budak MICET yang agak malang kerana berada di pedalaman dengan tahap kebosanan yang melampau....kesian....
tapi diorang punye campus besar.....mesti best....awek pun ramai....hehehe

cukup la tu ..asyik citer pasal campus orang lain je
skarang kami dari MFI akan membongkar segala rahsia kami.....
bermula dgn kenapa aku lambat sangat nak citer pasal MFI ni.Bukan ape cume internet kt sini slow gile(sedih).PUN BAGAIMANA WALAU kami (aku n amir rasyadan)tetap menggagahkan kudrat menulis blog ni.....bermula dengan minggu pertama.....kami diceraikn kepada 3 kump.
Kami ni lain dr campus lain orang lain blaja pagi ....tapi kami blaja malam(ibarat kelawar yg busy waktu malam).stakat ni kami dah blaja subjek PNEUMATIC(angin)...best gile sebab banyak practical.....



yang paling best kat sini adalah mengenai lawatan yang diatur oleh alumni FET MFI.
setakat ni kami dah pergi 2 lawatan....1st(city campus)...2nd(mimet).... dapat la jumpe member seperjuangan kt sana...

rasanya citer banyak ni dulu la...
kalau citer banyak2 karang orang boring pulak

Sunday, April 5, 2009

Kalau Bosan Cuba La....

Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..


hilangkan semua stress..


pusingkan kepala...


tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...


akhir sekali
buat joget kucing...

SELAMAT MENCUBA.... =)

Friday, April 3, 2009

Asal usul solat


Antara beberapa fakta asal usul solat dan bacaan dalam solat yang mungkin ustazah korang terlupa nak kasitahu masa korang sekolah dulu. Meh sini Ezhan-Artwork kasi tahu. Dan jangan lupa share kan pada yang lain yer. Besar keberkatannya ni.

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Tahniah kalau korang dah baca sehingga ke ayat ini. Hehehee

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin