...








Thursday, June 18, 2009

Keriangan di KOTA KERIANGAN

(17.6.09)waa seronoknya.......itulah ayat pertama bile dapat menjejakkan kaki di kota keriangan.Maklumla,tempat ni bukan boleh pergi selalu kan.Walaupun tempat ni dah pernah pergi dua tiga kali,tapi feeling still sama.excited gile(hehehe).aku pergi bertiga je dengan member2 ku(amir & naim).sebenarnya mula2 planning ramai yang nak pergi,tapi last-last mmmmm.tinggal 3 orang je(siot betul la member yang lain ni,janji hanya tinggal kenangan). Takpe la,bende dah jadi.Kami bertolak dari mfi pukul6(rasenye sebab awal sangat la, 2 yg ramai tak pi)

tolak jer dari mfi, kiteorg naik train pi melaka sentral..eh?! salah ni.. kl sentral.. giler ramai la orang naik train, termasuk awek2 yg "chanteq"..WOW!!! ^_^. ikut ati, nak jer kami mengacau awek2 ni, nasib baik la iman kuat, kus semangat. sampai kl sentral dlm pukul 7.30 gak aaa. awal lagi, so kiteorg pi mkn mc'd. lapar sgt la katekan. Next, naik putra sampai gombak, then follow by shuttle bas ke genting. ingakan pakej genting untuk outdoor atau indoor jer, tapi untuk semua.Best gila arr Naik2 ja bas shuttle tu, hati mula dapat merasakan badi keriangan peninggalan bekas pnumpang bas tu. Tengah2 bes melayan feeling memasing, tiba2 datang sekumpulan mamat berkulit kicap pekat memenuhi ruang belakang bas. Bukan nak kutuk kulit diorang tapi pera ngai diorang tuh, excited overdose. Tapi kami bertiga maintain ja aura kami, ikut kan hati naim dah nak melepaskan 'SUPER SLIPPER KICK' kat diorang tu tapi iman kata jgn. Pejam celik tidur sedar duduk berdiri tup tup, smpai la tempat yg dituju.

Setibanya kami di sana, dapat dirasakan nikmat kedinginan angin yg mnghembus ke tubuh kami. "Wow inilah nikmat Allah" terdetik dlam hati kami. Nak dipendekkan cerita, dengan kudrat maksima, kami mengatur langkah menyerang stok permainan yg disdiakan...Macam2la aksi yang terkeluar dari kami.Memang lawak tahap "DEWA" la kalau tengok(haha).Setelah puas bermain kami ketempat yang menjadi mercu tanda kota keriangan(kalau takde bende ni tak tau la genting sekarang ni mcm mane)"SPACE SHOT".Tapi alangkah terkejut beruk,cimpanzi,mawas,gorilla dan segala jenis b inatang yang berbulu sebab space shot tak bukak....(isyk3).Last2 kitorang just tangkap gambar je kat situ.... Tapi,secara tak disangka,ade seorang abang yang tersangat hensem pada hari itu(saje nak puji dia)bukak space shot...kami dengan langkah 200 terus je naik space shot tu....terasa sangatlah bertuah pasal kami la yang 1st naik hari tu....(yahooo).Ape lagi dah naik benda tu,segala jenis perkataan yang tak pernah keluar dari mulut senang2 je berenang keluar(korang paham2 je la sendiri)..

ok la,kesimpulannya,segala jenis mainan yang dihidangkan kami tibai(main).lama jugak la kitorang kat genting tu lebih kurang 12 jam... macam2 suka duka,asam garam kehidupan kami tempoh sepanjang berada di kota keriangan....ape2 hal pun ni ade sedikit gamba yang sempat di upload dlm post ni....kalau nak tengok yang lain... bagi la request....



p/s: sorry sebab post ni lambat tulis,bukan ape pasal letih sangat lepas balik hari tu.sampai sekarang letih tu ade lagi. 1 more thing,post ni sangat special pasal ditulis oleh kami bertiga(trio)
so,enjoy la(kalau nak ikutkan panjang lagi post ni)

2 comments:

  1. Gua nak jemput lu makan kenduri kat blog gua.
    Ikut baca doa lagi bagus.

    Kalo nak follow pun takpa.

    Blog gua tu dh tak seimbang,ramai dah berat ke belah punk.

    ReplyDelete
  2. aku nak ikot gak weyhh..
    sampai hati korang tinggal aku...hmmmmmmmm...
    *ceyh wt terok lak

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin