...








Tuesday, August 25, 2009

Pendekar Moden (2) Finale



....namun akhirnya... kedengaran suatu suara yang agak2 sumbang. Cutt!!!! (selebihnya bacalah kat atastu). aduhai, rupa2nya mereka bukan lah seorang wira yang digembar gemburkan itu. Mereka sekadar pekerja makan gaji buta yang selambanyer membuat muka tebal berlagak bagaikan pahlawan di zaman kegemilangan Melayu Melaka la konon. Setelah dihalau menggunakan penyapu lidi cap kelapa pandan dan juga dismack oleh krew2 disana( part ini 18 SG, lu pikir2 la sendiri).....Akhirnya mereka terpaksa akur dlalu meninggalkan set tersebut. Namun sebelum Hang Tuah dan Hang Jebat keluar daripada set tersebut, Hang Tuah meninggalkan pesanan, TAKKAN KACANG LUPAKAN KULIT ( ape kaitannyer dengan citer ni woi!) . Kedua-duanya meninggalkan set tersebut dan membuatkan director dan pekerja2 disana tercengang. Tetapi malangnya Hang Tuah dan Hang Jebat tersebut telah tersepak batu dan akhirnya terhumban ke dalam longkang yang agak cetek. (jatuh dengan penuh bergaya bagi menjaga maruah). Begitu lah kisah 2 orang pahlawan yang agak tidak waras dari sudut zahirnya.


p/s: mintak maaf kepada semua pasal terlewat update atas faktor kesihatan internet kat MFI ni (lembab yg teramat).Tapi aku dah berjaya mengatasi masalah tu degan memberi makan" panadol internet active fast ". So kalau jalan cerita dia kurang menarik, harap maaf..... (rasa nak buat lagi la macam ni lagi)

blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin