...








Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa

Tidak disangakan akhirnya RAMADHAN muncul kembali. Tepat waktu maghrib hari ni 1 RAMADHAN akan menjelma dan solat sunat tarawih akan dilaksanakan (macam skema je ayat ni).

  1. Maka pada bulan ini jugalah akan kedengaran bunyi syahdu mercun pop2 dan sebagainya dimainkan. waktu ni tokey mercun kayela. (tapi kalau takde benda ni macam x meriah).
  2. Bulan ni juga la ada mangkuk2 ayun yang gatal ponteng puasa.
  3. Bulan ni juga la akan munculnya makanan2 pelik yang susah nak dapat pada bulan lain.
  4. bulan ni juga la kalau ada waktu free je pegi bantai TIDO. (tu menjadi kemistian)
  5. Bulan ni juga la bagi sesetengah orang berat badan makin naik (isykh3)
  6. Bulan ni juga la banyak rancangan pasal masakan (aduih..lagi la terliurnye)
  7. Bulan ni juga la orang banyak menghabiskan duit ( beli baju raya banyak2...padahal raya sehari je)
  8. bulan ni juga la paling banyak pasar dibuka (bazar ramadhan la tu~~hihi)
  9. Bulan ni juga la buah kurma melambak2 sampai boleh jual longgok je kat pasar (bile bukan bulan puasa..hu...setangkai pun susah nak cari)
  10. Bulan ni juga la .......mmmm ape ye.... (siapa ada idea lagi)
Ok lah.....Kepada seluruh warga Malaysia yang BERblog sekalian dan juga yang takde blog... ~~Selamat Menjalani Ibadah Puasa~~. Jangan Ponteng tau....


blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin