Hye guys. Seperti yang telah dijanjikan. Hari ni aku akan tunaikan janji aku yang lepas iaitu nak buat tutorial pasal light trail. Haaaa! Mesti dah ada yang menantikan. Ok la, dah tak sabar2 aku nak ceritakan ni.
Pertama sekali korang perlu la tahu apa itu 'light trail'. Light trail ni merupakan lukisan daripada cahaya. So bila kata cahaya tu, maknanya daripada lampu, laser, LED, dan apa2 lagi yang boleh mengeluarkan cahaya. Untuk buat 'light trail' ni, korang memerlukan peralatan yang betul. Mana boleh guna PS3 ke X Box ke atau watercolor nak buat light trail ni.Haha
Antara Peralatan yang diperlukan...
- Kamera DSLR atau apa2 kamera yang mempunyai setting 'shutter speed'
- Tripod. (tujuannya untuk mengelakkan gegaran kamera daripada berlaku)
- Lampu atau sumber cahaya yang menarik (cth: kereta, keretapi)
- *Paling penting tempat korang nak buat light trail mestilah gelap. Kalau cerah, tak nampak la cahaya tu. hihi
SETTING 1 ( Manual Mode )
Ok untuk setting yang pertama. Aku akan ajar korang macam mana nak guna mood manual untuk menghasilkan Light trail.
- Korang setting shutter speed korang pada 5 sec dan ke bawah (cth: 30 sec). ikot kesesuaian dan kehendak korang
- Setting kan pula apature seelok-eloknya f5.6 dan ke atas ( cth: f22 sec). Tujuan apature f5.6 ke atas ni adalah untuk menjadikan gambar lebih sharp dan background lebih jelas. Untuk gambar light trail ni. Background yang kabur kurang sesuai.
- ISO pula korang setting ikut keadaan. kalau korang rasa gambar terlalu terang, rendah kan ISO (cth: ISO100). Jangan pulak korang buat ISO terlampau tinggi. Karang banyak pulak noise
SETTING 2 ( Shutter speed priority)
Mode ni sangat sesuai digunakan bagi mereka yang tak tahu nak setting manual. Dalam mode ni korang just perlu kawal shutter speed sahaja. Yang lain akan ditetapkan sendiri oleh kamera. Senang gila kan. So boleh la try mode ni.
PERINGATAN*
- guna slow shutter speed untuk hasilkan light trail
- guna ISO rendah untuk kurangkan noise
- bawa tripod supaya gambar tidak bergegar dan lebih sharp
- cari lokasi yang gelap dan sesuai kerana hasil lebih menarik
- gunakan lampu yang pelbagai color untuk lebih creative
- gunakan BULB untuk shutter speed lebih lama
- guna lens hood jika ada untuk mengurangkan flare
Contoh hasil dari kamera aku
(Tips* Jika korang nak buat subjek nampak jelas. Gunakan flash. Maka korang boleh dapat hasil macam kat bawah ni) -gambar raya tahun lepas
Contoh light trail yang berjaya di tangkap kat times square (Tips* Jika korang takde tripod. Letak la kat atas tempat yang stabil. Cth: batu )
Ok lah, harap korang paham apa yang aku cuba sampaikan. Bagi tau la ye kalau ada yang aku terlepas pandang. Segala yang aku terangkan adalah berdasarkan pengalaman aku. So jika terkurang tu harap maafkan lah ye. Sebab aku pon dalam proses belajar lagi. Jika ada part2 tak faham tu. Boleh la tanya ye. Kalau nak tambah pon tak pe. tehee~
p/s: kalau nak tgk gambar2 aku yang lain. Tengok la post sebelum2 ni ye. jangan lupa tinggalkan komen. Harap terhibur!!!
p/s: kalau nak tgk gambar2 aku yang lain. Tengok la post sebelum2 ni ye. jangan lupa tinggalkan komen. Harap terhibur!!!