...








photography artwork tutorial tips

Sunday, October 3, 2010

7 Software Mengedit Gambar Percuma!

Hye geng-geng semua. How are you? Fine or not fine (cewah speak london pulak). haha. Sejak kebelakangan ni aku kurang update. Yela, ni semua sebab banyak lagi mini projek yang aku belum siapkan. So nak tak nak, terpaksa la juga buat. Final exam pun dah makin dekat. Lagi la aku jadi gelabah ak kena siapkan. Masa nak online pun dah mula kena kurangkan. Takut gila la kalau pointer drop sem ni. Confirm kena tendangan maut halilintar bapak aku. hihi. OK la, post ni aku buat khas untuk reader ezhan-artwork yang banyak sangat tanya aku pasal software lain yang boleh edit gambar selain photoshop.

Sebenarnya kalau nak diikutkan. Ada berpuluh-puluh software untuk edit gambar ni. Tapi kebanyakkannya berbayar. Sama juga macam Photoshop. Kalau nak beli aku rasa memang ramai yang tak kan mampu sebab harga dia mahal. Sebab tu ramai yang download 'pirate' punya kan. Haa! baik mengaku cepat. Hahaha.

Tapi bagi yang tak mampu nak beli software yang mahal-mahal tu takpe sebab banyak lagi software yang lebih kurang sama dengan photoshop dan lebih menarik ianya percuma!!! Yahoo. So hari ni aku akan senaraikan 7 software untuk mengedit gambar yang korang tak payah beli. Fee je.

So jom tengok....


1.Photoscape
Photoscape ni merupakan 1 software mudah dan ringkas untuk mengedit foto. Dalam software ni ada 12 elemen yang korang boleh tengok sendiri kat bawah tu. (cth: editor, page, raw coverter). Photoscape juga mampu untuk membuat simple animation yang berformat .gif

Download photoscape
(screen shoot)

2.PIXIA
PIXIA adalah sebuah software yang berasal dari Jepun. Memiliki ciri2 unik seperti brush tips, multiple layers, masking, vector- da bitmap-based drawing tools, color, tone, dan lighting adjustments, dan multiple undo/redo. Banyak kan. Tapi software ni tak boleh simpan format gif dan hanya sesuai untuk sebarang windows.

(screen shoot)

3.Paint.NET
Paint.NET ni merupakan software percuma sesuai untuk pegguna windows. Mempunyai ciri-ciri unik dan inovatif dengan sokogan layer, unlimited undo, special effect dan juga tools2 yang boleh di dapati dalam software ni. Banyak juga tutorial2 yang tersedia dalam iternet untuk Paint.net ni. Ada juga disediakan plugin2 untuk memantapkan lagi gambar2 yang korang edit tu.

(screen shoot)

4.GIMP
GIMP ni bagi aku merupakan software mengedit gambar percumapalin POWER!!!. Aku boleh katakan software ni hampir mirip denga photoshop tapi masih tidak boleh menandingi kehebatan photoshop. So bagi sesiapa yang mencari software yang seakan photoshop. Ni lah dia. Ada banyak tutorial2 best untuk Gimp ni. Ada juga brush-brush yang best untuk gimp ni. Macam2 lagi la. So try la ye.

(screen shoot)

5.Photoshop Express
Photoshop Express. Laman web yang menyediakan khidmat yang agak lengkap. Yang hampir setaraf dengan Photoshop atau Element tetapi percuma. Kita boleh buat sentuhan kat gambar seperti mengubah dan meningkatkan kualiti gambar mengikut kehendak sendiri. Selain itu, web ini juga boleh jadi tempat untuk menyimpan gambar sehingga 2GB. Jadi, upload gambar sebanyak mungkin dan edit sepuas puasnya. Kita juga boleh edit gambar dan kongsi/share kat Flickr atau Facebook.Macam mana. Seronok kan. Jom la cuba

(screen shoot)

6.Serif PhotoPlus
Selama bertahun-tahun, Serif telah menawarkan versi percuma dari software diorang. Software ni dah ada bertahun2 dan aku rase aku kagum dengan software ni kerana walaupun dengan versi percuma. Mampu memberikan khidmat terbaik untuk mengedit gambar

(screen shoot)

7.Photo Pos Pro
Dulu software Photo Pro ni kena bayar. Tapi kini dah boleh guna percuma. Kenapa diorang bagi guna free tu aku pun tak pasti. Tapi apa nak kesahkan. Orang dah nak bagi Free! rembat je. Bila diteliti balik. Software ni amat hebat dengan application2 yang ditawarkan. Walau bagaimana pun, software ini memerlukan sedikit masa untuk mejadi mahir untuk mengenal tools yang terdapat di dalamnya. Tapi bila dah mahir, aku jamin korang mesti rasa seronok.

(screen shoot)

Ok lah, setakat ni je aku boleh tunjukkan, sebenarnya bayak lagi. Tapi letih juga nak senaraikan semua. Banyak juga la research kena buat. hihi. Harap korang dapatlah memanfaatkan software2 ni ye. Lepas ni takde la lagi alasan untuk gambar korang tak cantik la, tak pandai edit la, macam-macam lagi la. So see u next time. Tehee~

p/s: jika korang ada software2 lain yag korang rasa aku patot letak. Sila lah kemukankan cadangan korang ye. Jika ada yang tersilap tolong tegur. Hehe!

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin