...








photography artwork tutorial tips

Sunday, November 14, 2010

Aku Glamour Sekejap

Rasanya mesti ramai antara korang dah tahu pasal berita ni kan. Haha! berita yang kat atas ni la yang aku maksudkan. Macam mimpi pulak rasanya. Jom dengar aku aku ceritakan kronologi hari ni dan cerita disebaliknya.

Ceritanya bermula macam ni. Pagi tadi aku ada exam pukul 9.00pagi. Tapi sebelum pergi bertempur tu sempat la online kejap. Waktu tu online macam biasa je. Takde pon apa2 yang special. Lepas aku balik dari exam tu, macam biasa la bukak internet terus. Perkara pertama kalau aku online ni mesti dan semestinya check facebook aku. Sekali aku terkejut. "Eh! apasal banyak sangat friend request ni. sampai 10 haa!" Perkara ni memang jarang berlaku kat aku. So jakon sikit la. Hihi.

Lepas tu aku pun check pulak blog aku kejap. Aku tengok chat box. Uihh! ramai pulak ucap tahniah tiba2 ni. Aku menang kereta ke? Lepas tu baru la aku perasan yang hari ni ada berita pasal aku dekat berita harian. Haha!. Terus muka tersenyum lebar. Padahal baru lepas tension jawab exam tadi. Daripada tak ada semangat terus ada semangat. Cepat2 aku suruh kawan pergi beli berita harian. Sementara dia pergi beli tu, sempat jugak selak2 berita harian online. Fuhh, terpampang muka aku dengan 2 orang lagi blogger hebat RidzuanRichie dan ShamHardy.

Lepas tu bila member aku balik bawak surat khabar......

WOW!!! 3 page tu terpampang gambar kami bertiga yang hensem bergaya ni (ezhan, sham, richie). HAHA! Dia punya highlight pon tak boleh tahan " 3 Jejaka Online"


Tergelak kejap aku dibuatnya. Dalam masa yang sama memang sangat2 lah terujanya. Mana taknye, blog aku yang biasa2 ni boleh menyebabkan aku masuk surat khabar. Siap coverpage lagi tu. Selama ni aku langsung tak pernah terfikir yang aku akan masuk surat khabar macam ni. Tengok je la, kebanyakkan blogger2 hebat yang masuk surat khabar ni macam Ariff Shah, Redmummy, Hanis Zalikha dan ada lagi la beberapa orang blogger hebat. So, setakat blog macam ni tak payah mimpi la.

Tapi mimpi tu berubah jadi kenyataan pada sebulan lebih yang lepas (kalau tak silap la) bila aku dapat message kat shoutbox yang kata "Saya dari berita harian nak interview blog ni untuk ruangan XY" lebih kurang macam tu la. Mulanya aku macam tak berapa nak yakin sangat. Betul ke ni? Tapi lepas tu aku dapat pulak message kat facebook tentang perkara yang sama, siap ada no. phone lagi. Agak teragak2 jugak nak calling tu. Tapi last2 aku call jugak. Memang betul pon berita harian nak interview. Aku pon tanpa was2 dan dengan penuh confident terima tawaran ni. Tapi dia ada jugak mintak aku rekermen blogger2 yang mantap2 untuk di interiew sekali. Aku pon bagi je la. Ramai jugak aku senaraikan (tak ingat sebab dah lama sangat).

Lepas calling tu senyap je tanpa sebarang berita selama sebulan. Sehingga la 2 minggu lepas aku dapat call balik dari berita harian mengenai interview tu. Pada mulanya ingatkan memang dah tak jadi pasal lama sangat. Rupanya interview ni still diteruskan. So pada Ahad 31.10.2010, aku, RidzuanRichie dan ShamHardy di interview dan hasilnya korang boleh tengok sendiri lah kat surat khabar hari ni. hihi.

Tu la dia sedikit sebanyak kronologi mengenai berita hari ni. Nak cerita panjang2 letih pulak. Kepada korang yang tak sempat nak baca paper hari ni, kat sini aku ada tunjukkan. Amacam, haha! glamour kejap rasanya.


ni pulak apa yang wartawan tulis pasal aku--->

Blog grafik Shafiq Ezhan curi perhatian

USIA bukan penghalang bagi pemilik blog www.ezhan-artwork.blospot.com ini menempa nama. Bukan kisah peribadi atau gaya hidup dicanang dalam tulisan blog seperti blog tipikal lain, Mohamad Shafiq Ezhan sebaliknya berkongsi perihal hasil kerja seni.

Melihat sendiri reka bentuk blog anak muda ini, memang gah hasil seninya. Melalui blog ini, beliau juga memuat turun pelbagai panduan dengan pembaca sebagai suatu bentuk interaksi.

“Pada mulanya, saya tidak terfikir hendak memiliki blog sendiri. Ini kerana saya hanya inginkan maklumat berkaitan teknik grafik dan photoshop. Apabila mendapat maklumat dari dunia blog, saya terfikir untuk berjinak-jinak dalam dunia blogger.

“Terus terang saya nyatakan, saya tidak pandai menulis seperti penulis blog lain yang cukup kreatif. Namun, saya cuba tampil dengan cara tersendiri serta berkongsi panduan mengenai pelbagai perkara seperti rekaan grafik dan teknik photoshop,” katanya yang masih menuntut dalam bidang jurutera mekatronik di Universiti Kuala Lumpur Malaysian France Institut (UniKL MFI).

Biarpun Mohamad Shafiq Ehzan berkecimpung dalam dunia berbeza berbanding kelulusannya, beliau berpegang kepada pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Beliau teringat detik awal mengendalikan blog di mana banyak membuat rujukan bagi mendalami bidang grafik di internet kerana dirinya tidak terlatih dalam bidang itu.

“Namun, apabila sudah dikenali dalam dunia blog, saya mula menerima tempahan untuk membuat banting, rekaan grafik serta kerja-kerja art work. Namun, semua tempahan ini saya lakukan pada musim cuti semester.

“Ini sudah tentu dapat membantu saya mencari pendapatan daripada tidak melakukan apa-apa,” katanya.

p/s: jangan percaya 100% ye artikel diatas. ada yang saja di up2kan ceritanya. Biasa la tu kan. hihi

(ruangan pasal ezhan-artwork)
Akhir sekali, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat korang2 semua yang selalu singgah kat blog ni. Tanpa korang siapalah aku ni. Sebab korang lah aku dapat penghargaan setinggi macam ni. Rasa nak nangis pon ada. Dan setinggi2 penghargaan aku berikan kat Ariff Shah sebab tanpa beliau, jangan mimpi lah aku nak masuk surat khabar. Kenapa aku kata macam tu. Korang baca post kat blog dia pasal Front Cover XY ni, mesti korang boleh teka kenapa.

Ok. Tata titi tutu

p/s: Hari ni je page view aku naik 5 kali ganda dari biasa. Memang dasyat la. Tapi esok confirm kembali normal. Kat facebook pon ada lebih 30 orang add aku. Thanks a lot. hihi. Sekarang ni tengah final exam. Doakan aku cemerlang ye rakan2 sekalian.

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin