...








photography artwork tutorial tips

Saturday, November 27, 2010

Top 10 Blogger Dalam Dunia.

Salam geng2 semua. How are u guys? Harap ok lah ye. Setekat hari ni aku berblog apa yang aku nampak, dunia blog kat Malaysia sekarang ni dah mula berkembang. Setuju tak? Dah ramai yang mula nak berblogging dan diorang ni mempunyai matlamat sendiri dalam dunia blog. Ada yang sekadar suka2, ada yang nak kongsikan ilmu yang diorang ada. Ada jugak yang berblogging untuk dapat side income. Sebenarnya matlamat tu semua terpulang kepada diri sendiri. Apa yang korang impikan dari blog korang semua. Adakah sekadar nak menambah page view dari hari ke hari atau nak blog korang terkenal satu dunia. Tu semua hanya korang sendiri yang tentukan.

Ok lah, hari aku nak tunjukkan kat korang 10 Blogger paling hebat dalam dunia ni. Kenapa diorang ni hebat sangat? Sebab diorang telah menaikkan martabat blogger2 dengan menunjukkan blogging pon mampu menjana pendapatan jutaan ringgit sebulan. Wow!!! kalah gaji PM kita ni. Haa, diorang ni lah patut dijadikan role model dalam dunia blog jika korang nak jadikan blog sebagai satu kerjaya. Kat Malaysia ni pon aku nampak dah ada segelintir blogger yang mampu dapat ribuan ringgit setiap bulan. Aku rasa dalam 5 tahun akan datang, mungkin akan ada yang dapat capai tahap macam blogger2 yang akan aku tunjukkan ni.

Jom berkenalan dengan blogger2 hebat ni...
Nama pemilki: Michael Arrington
Umur: 40 tahun
Pendapatan: $ 8,000,000 setiap bulan
Topik: Silicon valley startups
Ranking Alexa: 355
Dilancarkan: 2005
Page Visitor: 26 juta pelawat sebulan
Follower twitter: 1.5 Juta follower
Teknik pengiklanan: Google Adsense, Banner Ads, Text advertising

Fakta Menarik
-Michael Arrington memulakan blog ni hanya sekadar hobi.
-Mengupdate 20-30 post setiap hari
-Sekarang ni, beliau sudah mempunyai 40 orang blogger dalam teamnya.
-Merupakan blog teknologi terbaik dunia


Nama pemilki: Pete CashMore
Umur: 26 tahun
Pendapatan: $ 6,000,000 setiap bulan
Topik: Social media
Ranking Alexa: 281
Dilancarkan: 2005
Page Visitor: 25 juta pelawat sebulan
Follower twitter: 2 Juta follower

Fakta Menarik
-Mewujudkan blog Mashable ni pada umur 19 tahun
-kini sudah menjadi seorang jutawan dalam dunia blog


Nama pemilik: Mario Lavandeira
Pendapatan: $ 2,000,000
Topik: gosip celebrity antarabangsa
Ranking Alexa: 660
Dilancarkan: 2005
Page Visitor: 1 juta pelawat sehari
Teknik pengiklanan: Banner

Fakta Menarik
-Menjadi kaya dengan hanya menyebarkan khabar angin dan gosip2 panas.
-menulis 20-30 post sehari.
-mendapat banyak jemputan untuk talk show dan event2


Nama pemilik: Timothy Sykes
Umur: 29 tahun
Pendapatan: $ 1,800,000
Topik: Stocks
Ranking Alexa: 39,267
Sumber pendapatan: dari "affiliate sales" dan skim pembayaran membership

Fakta Menarik
-Sudah menulis lebih dari 2000 blog post sehingga sekarang
-Banyak memberi tips bagi yang menjadi member di blognya.


Nama pemilik: Collis Taeed
Umur: 29 tahun
Pendapatan: $ 1,200,000
Topik: Tutorial mengenai design
Ranking Alexa: 656
Sumber pendapatan: skim membership

Fakta Menarik
-Merupakan seorang designer dari German
-merupakan blog tutorial yang paling hebat setakat ini
-Blog paling aku suka lawati *hihi, menyelit sikit


Nama pemilik: Jake Dobkin
Pendapatan: $ 1,100,000
Topik: New York city life and events
Ranking Alexa: 8,118
Dilancarkan: 2003
Page Visitor: 3.6 juta pelawat sebulan
Sumber pendapatan: Double click (* aku pon tak tahu double clik ni apa)

Fakta Menarik
-75% visitor adalah dari New York sendiri.
-Walaupun visitornya tak la sehebat yang lain. Tapi pendapatannya diluar jangkaan


Nama pemilik: Matt Marshall
Pendapatan: $ 1,000,000
Topik: Venture Capital and startups
Ranking Alexa: 3,582
Dilancarkan: 2006

Fakta Menarik
-Merupakan pemegang PhD dan seorang journalist


Nama pemilik: Gina Trapani
Pendapatan: $ 1,080,000
Topik: Downloads, software and tips
Ranking Alexa: 689
Dilancarkan: 2005
Page visitor: 300,000 pelawat sehari

Fakta Menarik
-Merupakan seorang web developer
-Banyak web lain yang berkolaberasi degan beliau.


Nama pemilik: Vitaly Friedman
Pendapatan: $ 1,050,000
Topik: Web design and development
Ranking Alexa: 528
Dilancarkan: 2006
Page visitor: 5,000,000 pelawat sebulan

Fakta Menarik
-Banyak memaparkan tips2 untuk web designer.


Nama pemilik: Richard MacManus
Pendapatan: $ 60,000
Topik: Social media and web trends
Ranking Alexa: 1,461
Dilancarkan: 2003
Page visitor: 1,000,000 pelawat sebulan

Fakta Menarik
-seorang blogger dari New zealand
-dikenali sebagai leader dalam peramal teknologi untuk masa akan datang

Oklah, ini je faktar yang aku dapat kumpulkan. Ada banyak lagi sebenarnya faktar yang best2. Tapi dah tak larat nak mencari. hihi. Harap korang dapat mencontohi usaha gigih diorang ni dalam blogging. Ingat! blogging pon boleh jadi satu kerjaya yang professional jika kena pada tekniknya. Belajar lah dengan diorgang yang betul2 expert. Mana lah tau nanti korang bleh dapat juta2 jugak dengan blogging je. So sampai disini je. Kalau ada fakta yang tersilap, sila perbetulkan ye.

p/s: post ni antara post paling lama aku nak buat. fuhhh, letih woo dari tengah hari menghadap blog je. hihi...

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin