...








photography artwork tutorial tips

Wednesday, December 1, 2010

Khas Untuk Peminat Kucing... Meow

Hye semua! Rasanya lama jugak tak update blog ni. visitor pon dah menurun sikit. Tapi nak buat macam mana, aku terpaksa men-setelkan semua tugas2 mendesign yang aku dapat. Perghh, cuti2 ni memang banyak la job design aku dapat. Tak terkejar dibuatnya. Nak keluar pergi jalan2 pon terpaksa fikir dua tiga kali. Karang kalau keluar, lambat pulak siapnya. So nak tak nak, memang duduk rumah je la memanjang.

Hari ni x de apa yang nak cerita sangat, just nak kongsikan gambar2 menarik bagi peminat kipas susah mati kucing. Hihi. Aku pon minat kucing jugak, Tapi sebab mak aku tak suka, tak dapat la nak bela ( sob2). Orang kata kucing ni ada 9 nyawa. Betul ke yek? aku pon tak tau.

Ni antara fakta tentang kucing :
  1. kucing ada lebih kurang 30 gigi dalam mulutnya ( manusia dewasa ada lebih kurang 32 batang gigi)
  2. Kucing haiwan paling lama tidur, iaitu 16 jam
  3. Kucing sangat pembersih sebab selalu membersihkan badannya degan air liur yang mengandungi ejen pembersih
  4. 1 tahun kucing = 6 tahun manusia (umur kucing ni pendek je. sekitar 11-12 tahun)
  5. Ada orang kata air kencing kucing ni glow in the dark (tak tau la betul ke tak)
  6. Kucing rumah merupakan pemburu yang hebat kenara mampu memburu dan membunuh beribu species hidupan tapi harimau hanya mampu memburu 100 species hidupan je (So mana yang lagi ganas? kucing ke harimau. hihi)
  7. Yang paling bestnya kucing merupakan binatang kesayangan Rasulullah SAW (Kalau kita bela, dapatlah pahala kan :D )
Jom tengok koleksi2 gambar kucing pulak...

(Kucing masa hadapan)

(Bakal muncul di Malaysia sekitar tahun 2020)


(untuk mendapatkan perkhidmatan ni telefon 1-800-KUCING)

(kucing kesayangan Bruce Lee)

(Orang kata, bersukan ni baik utk kesihatan)

(Siapa yang pinjam along tak bayar balik, siap la korang kena kejar dengan geng ni)


(pengaruh kuat street fighter)

(Pengaruh kuat action kamen)



(Woi!!!, siapa buat kpi panas sgt ni. kuang hajor)
(Kucing pon ada muscle tau)


(Kalau kat Malaysia, muka macam ni dipanggil muka 10 sen)



(akibat bau gas metana yang berlebihan)

(Wohoo! syoknye main rollercoaster)



(Kipas susah mati Jenga)

(kucing pon pandai main ski)

source: catwack | roflcat | google

Harap korang semua terhibur dan bergelak ketawa puas2. hihi. Orang tua2 pon ada cakap " Ketawa pengubat duka". Jadi jangan segan nak gelak kuat2. Lantak la apa orang nak cakap. Janji korang happy2 selalu.

p/s: terasa nak buat tutorial photoshop lah....hmmmm

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin