...








photography artwork tutorial tips

Sunday, December 12, 2010

Khas Untuk Peminat Adobe Photoshop

Hye semua, macam mana hari korang, best tak. Haha. Ok la hari ni takde apa yang nak ceritakan. Just nak bagi sedikit perkongsian untuk menambahkan sedikit pengetahuan dalam diri korang (macam skema pulak cakap macam ni). Haa, macam korang tau, software Adobe Photoshop merupakan satu ultimate tools (kalau orang putih cakap la) untuk designer2 atau pun mereka yang suka nak mendesign ni. Korang setuju tak? Memang pon. Setakat ni, takde lagi software lain yang semudah dan selengkap macam ni. Tengok je la. Dengan software ni la macam2 grafik korang boleh cipta.

Tapi korang tau tak macam mana agaknya rupa photoshop yang pertama dulu? Dari tahun berapa pulak photoshop ni wujudkan? Haa. Mesti korang tak tau kan. Yang tau tu buat2 tak tau je la. Hahah. So kali ni aku nak cerita sikit lah tentang sejarah awal photoshop ni. Bukan semua tau aku ceritakan. Aku hanya tunjukkan evolusi yang dah berlaku dalam photoshop ni. Baru la best nak guna photoshop.

Bak kata orang tua2, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal tergila2. hihi. Apa lagi, jom lah kita naik mesin masa doremon ni, kita merentas masa sekejap....

1990- Photoshop 1.0
Ini adalah produk terawal dan pertama yang memperkenalkan Adobe Photoshop. Perisian baru ini meliputi ciri2 seperti:

  • Color correction and balance, Hue and saturation
  • Paparan gambar yang dioptimizekan
  • Curves
  • Levels
  • Clone tools
Sikit je kan ciri2 awal dia, kalau sekarang ni ibarat paint la. rasanya paint sekarang pon lagi banyak features dari ni. Tapi sejak awal lagi diorang dah perkenalkan clone tool. Memang hebat la diorang.


1991- Photoshop 2.0
Versi kedua Photoshop dah mula menggunakan sokongan untuk warna CMYK, Duotones, alat Pen dan menyokong fail untuk rastezing Adobe Illustrator.Versi ini juga adalah permulaan untuk system MAC.


1994- Photoshop 3.0
Ni la versi pertama yang mengaplikasikan "layer". "Layer" ini adalah salah satu tambahan besar untuk Photoshop. Ia dapat memudahkan gerak kerja mendesign dalam photoshop ni.Versi ini juga menyokong plattes tab yang membantu pengguna untuk menjimatkan ruangan lebih banyak dan lebih baik untuk menetapkan ruangan kerja Photoshop.


1996- Photoshop 4.0
Photoshop 4 ditambah dengan ciri2 baru seperti Adjustment Layer dan Actions. Versi ini pon telah menukar susun atur toolbarnya. ( Nak jadikan lebih kemas)


1998- Photoshop 5.0
Dalam version 5.0 ni 2 perubahan paling ketara ialah teks yang boleh di edit. Tapi ada beberapa ciri dari versi sebelomnya yang ditarik balik. Sebab apa tu tak tau lah. Magnetic Lasso Tool pun mula diperkenalkan dalam versi ni yang mana memudahkan untuk membuat "selection" pada gambar


1999- Photoshop 5.5
Dalam versi ni, diorang dah menambah fungsi "save for web" yang mana gambar2 tu akan terus dikompreskan bersesuaian dengan website. So tak payah la nak adjust sana sini. Ia dapat mempercepatkan gerak kerja


2000- Photoshop 6.0
Versi ini memperkenalkan kepada pengguna dengan Layer Styles dan Blending Option, yang membantu untuk membuat banyak effect dengan mudah dan cepat. Selain ciri ini, Photoshop 6 mempunyi ciri-ciri berikut:
  • Vector shape
  • Interface baru
  • Liquify filter

2001- Photoshop Elements
Disebabkan adobe photoshop ni semakin complex, market diorang mula merudum. Tapi mereka telah mengeluarkan penyelesaian terbaik dengan memperkenalkan Photoshop elements yang mana software ni sangat mudah digunakan bagi photographer. Features2 yang ada kat dalam photoshop element ni pon lebih kurang sama dengan photoshop biasa. Tetapi untuk mendesign dengan lebih kretif. Gunalah Photoshop versi biasa.


2002- Photoshop 7.0
Photoshop 7 di updatekan dengan ciri2 berikut:
  • Healing Brush
  • Full shape vector text
  • browser untuk mencari file photoshop
  • ada lagi beberapa ciri yang aku pon tak paham. hihi

2003- Photoshop CS
Ini adalah versi pertama yang dibundel oleh Adobe dengan produk2 Adobe yang lain dikenali sebagai Adobe Creative Suite (CS). Paham tak bundle tu macam mana? maksudnya dia dijual secara full package yang mengandungi semua software dari adobe macam [ illustrator, flash, dreamweaver...banyak lagi la]
CS terbaru ni di updatekan dengan ciri2 berikut:

  • shadow / highlight
  • Common color direction
  • Lens Blur Filter
  • Realtime Histogram
  • Slice tool
  • Kumpulan hirarki Layer

2005- Photoshop CS2
Photoshop CS2 dikemaskinikan dengan ciri2 baru seperti:
  • Mempunyai sambungan ke Adobe Bridge 1.0
  • Image Warp
  • Spot Healing Brush
  • Pembetulan Lensa penapis
  • Smart sharpen
  • Smart Guides
  • Sokongan HDR imaging

2007- Photoshop CS3
Photoshop CS3 memulakan era dan langkah baru. Dengan sokongan Photoshop 3D dan animasi. Kedua-dua ciri adalah features baru yang menjadi trend utama dalam photoshop cs3. Pengguna Photoshop kini boleh membuat dan bekerja dengan kandungan 3D dan membuat animasi secara terus di Photoshop.
Versi CS3 mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Integrasi dari MATLAB
  • Pengukuran dan alat-alatan mengira
  • Menyokong format DICOM
  • Movie Paint
  • Vanishing Point dengan sokongan 3D
  • Pemprosesan gambar yang stack


2008- Photoshop CS4
Apa yang terbaru untuk versi CS4 ni ialah:

  • 3D image editing and composite
  • Enhance motion Graphic
  • Volume rendering
  • Data collection and analysis

2010- Photoshop CS5
Ini lah versi paling terbaru sekali dalam keluarga adobe photoshop yang mana version ni baru je keluar pertengahan tahun ni. Ini lah version paling interaktif dari photoshop kerana telah menawarkan ciri2 baru yang banyak membantu memudah dan mempercepatkan kerja. Antara ciri2 tu ialah tengok sini. (sebab banyak sangat. tak larat nak senaraikan)


Haa, sekarang korang dah pon tahu sedikit sebanyak susur galur perjalanan adobe photoshop ni kan. Tu tak cerita lagi pasal founder dia semua. Kalau cerita lagi la korang teruja gila. Tapi cukup la sikit2 dulu. kang kalau bagi banyak2 terus, muntah pulak kan. hihi. (*sebenarnya dah malas nak tulis)

Macam aku, photoshop 7.0 la permulaan aku belajar photoshop ni. Memang seronok sebenarnya belajar photoshop ni. sebab dia boleh asah bakat terpendam korang. Aku pon tak perasan selama ni Allah kurniakan aku dengan bakat macam ni. Ialahkan, aku ni dah la budak engineering. Korang ingat budak engineering ni berseni sangat ke. haha! tak de nye. Ok lah cukup lah aku membebel panjang. Kalau aku ada terkasi salah fakta tu perbetulkan lah ye.


p/s: korang pakai version yang mana 1 sekarang ni? hihi. Aku dah pakai Photoshop CS5. hihi

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin