...








photography artwork tutorial tips

Wednesday, February 16, 2011

Apa yang korang tahu pasal Google Blogger ?

Hai geng2 semua. Lama rasanya tak update blog ni. Rasanya dah dekat seminggu lebih jugak la. Sekarang ni memang dah agak sibuk sikit la. Dengan test la, assignment la, design lagi. Macam2 benda lagi la kena buat. So, blogging terpaksalah ditolak ketepi kejap. Kesian blog ni bersawang. Haa, untuk post kali ni aku nak ceritakan benda yang boleh dikatakan menarik jugak la untuk blogger.

Kebanyakan antara blogger2 kat Malaysia ni, rata2 menggunakan platform Blogger untuk menulis blog. Betul tak. Tapi ada juga yang menggunakan wordpress untuk berblogging. Sebenarnya terpulang pada diri sendiri la nak guna yang mana pon. Janji korang selesa. Ok, hari ni aku nak cerita sikit la Fakta2 Google Blogger yang korang mungkin tak tau lagi.

Selama ni kita asyik guna je kan. Tak tau pun siapa la yang cipta blogger ni semua. So jom kita tengok...


FOUNDER
  • Kalau korang nak tau, Blogger ni telah dilancarkan oleh 1 company di San Francisco yang dipanggil Pyra Labs dan co-founder dia ialah Evan William dan Meg Hourihan.
  • Nama asal blogger ialah 'Pyra' (semperna nama company) . Kemudian ditukarkan pada 'Blogger' dan di buka secara rasmi untuk public pada 23 Ogos 1999
  • Pada masa ni, Blogger masih belum di bawah Google
(Co-Founder Blogger , Evan William dan Meg Hourihan. Gambar design pertama blogger)

GOOGLE BLOGGER
  • Pada tahun 2003, Google telah membeli Pyra Labs sekaligus menjadikan Blogger milik Google.
  • Bila google dah ambil alih, pengguna boleh gunakan semua premium features secara percuma yang mana sebelum ni Pyra Labs kenakan charge kalau nak gunakan.
  • Tahun 2004, Evan William keluar daripada Google. Tapi lepas tu dia telah menubuhkan "Obvious Corp".
  • Kalau korang nak tau, Salah 1 projek dalam Obvious Corp milik Evan William ni ialah Twitter. Maknanya dia juga merupakan co-founder Twitter. Hebat kan. Sebab tu la fungsi twitter di panggil 'micro blogging'. Dia macam berblogging jugak la.
( interface sekarang)

Tau tak korang yang Blogger juga telah di block di beberapa buah negara atas beberapa faktor. Negara2 tersebut adalah :
  1. Fiji
  2. Republic of China
  3. Iran
  4. Pakistan
  5. Myanmar
  6. Khazakhstan
  7. Cuba
  8. Syrian Arab Republic
(Negara2 yang kena block)

Cuba bayangkan Malaysia block blogger. Mesti tak ramai orang Malaysia yang berblogging kan. haha ( aku agak je)

Had Penggunaan Blogger

Benda ni aku rasa sangat penting. Tapi ramai lagi pengguna platform Blogger yang tak tau pasal had penggunaan Blogger ni. Bagi yang dah tau tu bagus la. Untuk pengetahuan korang, blogger telah menetapkan limit atau had storage dan juga bandwith bagi setiap akaun korang. Apa yang di limit kan tu? Jom kita tengok sama2.
  • Bilangan blog setiap akaun = unlimited
  • Size setiap pages = di limitkan kepada 1 MB setiap pages
  • Bilangan labels = Setiap blog hanya dihadkan sehingga 5,000 unique label je. dan setiap post hanya dibenarkan 20 unique label je.
  • Bilangan gambar = Jika korang upload terus gambar ke blogger, gambar tersebut akan di masukkan ke dalam Picasa Web Album dan limitnya hanya 1GB je. So pandai2 la berjimat.
  • Size gambar = Jika korang post melalui Blogger mobile, size gambar hanya 250kb sahaja. Tapi kalau korang upload direct, besar gambar tiada had.
  • Team member = setiap blog boleh mempunyai sehingga 100 team member. wohoo, ramai tu.
Rasanya itu je la benda yang dapat aku kongsikan kat korang. Kalau ada banyak lagi info nanti aku tambah lagi. Kalau korang ada info2 yang best nak kongsi kan, sila2 la ye.

p/s: Minggu ni aku penuh dengan test, doakan kejayaan aku ye... bye2 (artikel ini adalah hak cipta terpelihara dan di adaptasi dari wikipedia)

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin