...








Friday, June 3, 2011

10 You Tube Singer Pilihan Ezhan Artwork

Hye semua. Mmm, sebenarnya hari ni aku tak tau nak update apa. Nak buat tutorial, banyak pulak nak kena edit nanti. Nak upload gambar yang aku shoot, tak siap edit lagi. So aku decide nak buat list 10 Youtube Singer yang selalu aku dengar. haha. Ni kira post santai la nak mengelakkan dari blog ni bersawang. Lagi pon dulu aku pernah buat post pasal 10 Youtube Vlogger pilihan Ezhan Artwork. Kira ni macam sambungan dia la.

Sejak duduk rumah sewa dulu, aku memang selalu layan Youtube ni sebab kat rumah sewa takde TV. Aku pon bukannya kaki DOTA. So, youtube ni ibarat TV la pada aku. Boleh jugak hilangkan boring dengan release tension kan. Kalau nak diikutkan, taraf youtube singer ni pon boleh diibarakan macam artis2 kat luar tu. Mempunyai bakat yang tinggi. Cuma yang membezakan, diorang ni mengembangkan bakat melalui medium youtube dengan harapan ada mana2 label nak angkat diorang jadi Singer. Ala, macam Justin Bieber la.

Apa lagi, jom tengok list pilihan ezhan artwork...

1. Maddi Jane
Rasanya confirm dah ramai yang kenal kan siapa Maddi Jane ni. Seorang budak yang baru je berumur 12 tahun. Tapi mempunyai bakat yang super awesome. Fuhhh memang respect la. Aku umur 12 tahun pon tengah sibuk main Digimon dengan Beyblade lagi. haha


2.Megan Nicole
She is one of the cutest youtube singer I know. Umur baru je 17 tahun. Tapi dah boleh nyanyi dan jadi penulis lagu. Aku sudah jatuh cinta. hahah.


3. Tiffany Alvord
Dia ni sama macam Megan Nicole. Umur baru 18 tahun tapi mampu menyanyikan lagu yang mempunyai high note. Dia ni jugak pandai main instrument macam guitar, piano dan mmm.. ala lupa pulak apa lagi instrument yang dia pandai main.


4. Julia Sheer
Dia ni pon baru berumur 18 tahun. Waa, ramai betul singer yang umur 18 ni kan. Waktu 1st time aku dengar dia cover lagu "Mine-Taylor Swift" ni. aku ingat dia just miming sbb suara dia sebijik macam Taylor Swift. Fuhhh, she can be the next Taylor Swift.


5. Alyssa Bernal
Rasanya mesti ramai yang kenal si Alyssa ni kan. Dia ni popular dengan Cover "I'm Yours- Jason Mraz". Rasanya. Dia ni la youtube singger paling awal aku kenal. Umur dia ni 21 tahun.


6. Jayessel
Diorang ni kembar yang menetap kat Australia. Diorang ni berbangsa korea. Sebab tu la aku suka sangat dengar cover yang diorang buat untuk lagu "Nobody- Wonder Girl". Cuba la korang dengar sendiri. Best woo.


7. Boyce Avenue
Diorang ni band dari Florida US. Waktu dulu mereka ni just youtube singer yang biasa je. Just cover lagu orang lain . Tapi sekarang, sebab kemantapan vocal diorang, diorang dah dapat contract dari Universal republic. Kira macam Yuna la jugak. Mula2 nyanyi kat Youtube je. Sekarang dah ada album sendiri. hihi


8. Sam Tsui
Haa, rasanya dia ni antara Male Youtube singer paling famous la (*aku teka je) sebab vocal dia ni memang super duper awesome la. Dulu aku kenal dia waktu dia buat Micheal Jackson Medley . rasanya mesti ramai yang pernah dengar Medley tu. Tapi paling aku suka dari dia ni adalah Mashup song dia. Paling best pernah aku dengar la.


9. Mike Tompkins
Dia ni memang seorang yang unik sebab mampu mengubah lagu dengan hanya menggunakan mulut. Maksudnya 100% bunyi adalah datang dari mulut dia. Cool kan. semua jenis alat music boleh buat guna mulut je. Boleh jimatkan perbelanjaan. haha.


10. Alex Goot
Alex Goot ni pon boleh dikategorikan sebagai musician yang berkebolehan sebab ni ni mampu main bermacam2 instrument. Suara pon sedap jugak . Cuba la korang dengar


Rasanya dah cukup la kan aku listkan 10. Semuanya bestkan. Nanti kalau korang bosan2 boleh la dengar diorang ni nyanyi. haha. Kalau korang ada Favourite Youtube singer yang lain. Share2 la dengan aku ye. Aku ni memang suka dengar cover song ni.

Ok lah see you next time. bye2

blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin