Lama rasanya aku tak upload gambar yang aku tangkap. Dalam hard disk ni pon dah berpuluh2 GB (gigabyte) gambar yang tak edit lagi. Fuhh punya la banyakkan. Hari ni pon aku sempat edit 4 gambar je. Tu pon dah makan masa 3 jam. Tapi 3 jam tu sebab aku buat sambil tengok cerita. hahah. So memang tak fokus la. haha.
Gambar yang aku tunjuk hari ni sebenarnya aku tangkap sebelum aku final exam hari tu. Punya la lamakan. Kalau korang nak tau model dalam gambar ni blogger jugak . Tak percaya. Ni blog dia. Haaa. Ni 1st time aku shoot blogger. hihi. Ok2, ni nak cerita pasal style editing aku pulak. Untuk gambar 1st, aku edit style yang aku selalu gunakan iaitu cross process effect. Lepas tu aku touchup2 sikit kasi makeup cun2 dan hasilnya macam korang boleh tengok.
Gambar2 lain...
Gambar2 yang kat bawah ni pulak aku edit main hentam je. Aku try edit ala2 filem horror sikit. hihi. Main tone yang lebih gelap dari sebelum2 ni. Untuk dapatkan tone gelap ni jugak, aku ada gunakan salah 1 Photoshop Action yang aku bagi korang download hari tu dan aku touchup apa yang patut untuk nampak lagi realistik dan dramatik. Gambar ni jugak aku tambah texture dan jugak grain. Tu yang nampak macam ada noise. Tajuk untuk gambar2 ni ialah " Story of Kebaya".
So apa pandangan korang? Ok ke tak ni? 1st time try edit style macam ni. hihi. Lepas ni siapa pulak ye aku nak shoot. Ada tak model dari kalangan blogger yang sudi tawarkan diri untuk aku shoot. Jangan yang berbayar punya model dah la. Tak mampu nak tanggung pulak nanti. haha
Sebelum berundur diri, iapa tak like page Ezhan Artwork sila la like ramai2 ye. Ok lah, see you guys next post.