Finally, setelah hampir 3 minggu lebih aku tak mengupdate blog (sebab final exam), akhirnya tercapai jugak impian nak mengupdate blog ni (hihi). Agak bersawang jugak la blog ni bile di usha2. Huuuu.... sebab dah lama sangat tak mengupdate blog, rase macam tak tau pulak nak tulis ape (aduih).
So, memandangkan kamera aku dah pulih sepenuhnya dan bertambah2 sihat dengan aksesori2 baru. Jadi aku nak update gambar2 bunga dalam koleksi aku. Gambar2 ni semua aku ambil dalam format RAW. Apa format RAW tu? kepada otai2 fotographer tu konfem tau kan.
Ni nak agi tau yang kurang nak otai. Secara ringkasnya, RAW ni jugak kadang2 disebut sebagai digital negatives. So dia ibaratkan negatif filem la. Gambar yang diambil tak boleh digunakan terus sebagai ready image (macam format jpg la). Tapi gambar ni mengandungi semua information yang diperlukan ( contoh macam exposure, hue and saturation....banyak lagi la). Untuk jadikan RAW ni sebagai gambar, kita kena lah adjust dulu dia punya white balance, warna dia...banyak lagi la sebelum kita berpuas hati. Finally boleh la convert dia jadi gambar biasa (proses ni lebih kurang macam gambar negatif nak jadi gambar biasa). Antara software yang selalu digunakan untuk format RAW tu ialah adobe photoshop. Banyak lagi software yang boleh guna. Tapi ni yang paling fames la. Secara amnya jugak, format RAW ni memerlukan lagi banyak space berbanding format jpeg. So korang kenalah ada banyak memori kad kalau nak tangkap guna format ni (hihi). Tapi gambar yang terhasil nanti mmang gempak habis la. Jadi, ni la serba sedikit mengnai RAW ni.
Gambar bawah ni semua menggunakan format RAW. Amacam, Ok tak?
ada banyak lagi ni..............
p/s: haaa...kalau ada salah mengenai penerangan kat atas tu tolong la betulkan yaaa, dan kalau terkurang tambahkan la...hihi. Kita sama2 belajar