...








photography artwork tutorial tips

Saturday, July 31, 2010

20 Design Bantal Yang Stylo!


Sekarang ni dunia dah semakin maju. Komputer semua makin canggih. Kalau dari segi reka cipta tu semua nak ala2 futureristik gitu kan. Haaa, bantal pun tak nak ketinggalan zaman juga. Asyik design simple je kan. Bosan la. Nak tidur pun tak feeling je kan. Dah la dengan ada macam2 peta atas tu kan. eeee~ . Jadi disebabkan atas ke-boringan design bantal yang simple dan bosan tu la beberapa designer dari seluruh dunia dah mendesignkan bantal2 yang sangat stylo yang mana boleh membuatkan korang mimpi bidadari tiap2 hari (hihi).


So, hari ni aku nak kongsikan '20 Design Bantal Yang Stylo' bagi aku. Jom kita tengok...

1).bantal yang kalau korang rasa nak jadi baik atau jahat waktu dalam mimpi nanti

2).Bantal yang khusus orang 'single'. Boleh la nak bermanja2 dengan bantal ni malam2

3).Bantal 'alarm clock'. Sangat sesuai untuk mereka yang selelu terlepas subuh....ehemm

4).Bantal berdarah. Design yang sangat cool sebab nampak macam kepala kene tembak. Sangat sesuai bagi mereka yang tension dengan hidup mereka. (haha)

5).Bantal Buku. Design yang sangat sempurna sebab memang sebijik macam buku. Tapi bezanya dia lembut je. Kalau korang nak nampak rajin depan parents. Amat digalakkan beli sebijik taruk kat bilik.
 
6).Bantal keyboard. Dengan 3 desing simple yang menarik . Ctrl, Alt, Del

7).Bantal DOS "Disk Operating System"
 
8).Bantal ni khusus untuk suami2 yang kurang mendapat kasih sayang isteri. Kuang2!!

9).Bantal emoticon. Sesuai untuk menunjukkan mood anda sebelum tidur

10).Bantal kepala kuda. Aku pun kurang faham kenapa diorang buat bantal ni

11). Bantal iSleep. Dilekatkan atas laptop. Dengan teknologi hebat yang boleh melepaskan haba pada laptop. Lepas habis guna laptop je, boleh terus tidur. Jimat masa nak pergi bilik tidur.

12). Bantal pizza. Bagi mereka yang tergila2 kna pizza

13). Bantal ikan Salmon. bentuk yang sangat fresh. Tapi tidak mempunyai bau ikan.

14). Bantal kayu api. Boleh bakar terus kalau korang dalam kesejukkan. haha

15). Bantal Scrabble. Bagi sesiapa yang suka main scrabble. Tapi ni size 10 kali ganda besar.

16). Bantal dengan tisu. 2 in 1. Digalakkan menggunakannya sewaktu tengok cerita hindustan ke korea ke atau cerita2 sedih yang seangkatan dengannya.

17).Bantal yang membuatkan anda bermimpi sebelum tidur

18). Bantal alas laptop. Hanya sesuai untuk laptop sahaja. hehe

19). Bantal laptop.

20). Bantal yang boleh menyala. Bagi mereka yang takut gelap. Boleh la cuba


-----------------------------update-----------------------------
21). Bantal favourite aku, kalau ada jual kat Malaysia ni. Mesti aku beli punya.Bantal Batu. memang real.
p/s: diharapkan anda semua terhibur dengan sedikit perkongsian ni ye.

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin