...








Tuesday, July 13, 2010

Berakhirnya sudah World Cup 2010

Yeayy...Spain menang semalam. Tak sia2 la usaha aku berjaga sampai ke pagi hari untuk bersorak keriangan dengan vuvuzela ditangan.(haha!!!). Maka dengan itu tamatlah sudah World Cup Champion 2010 dan sotong Paul semakin mendapat pujian yang menjulang2 sebab semua tekaan dia betul. Aku rasalah kalau sotong 'Paul' ni ada kat Malaysia, kita boleh gunakan khidmat dia membuat undian dalam pilihan raya. Tak payah la susah2 kita kena pegi undikan hihi. (pesanan penaja: jangan percayakan benda lain melebihi anda percayakan Allah)

(rasanya paul ni patot dijadikak maskot utk World Cup 2014 Brazil nanti...haha)

Perkara yang berlaku bila world cup dah habis:
  1. kurang orang datang kerja lambat
  2. kedai mamak tak meriah sangat dah.
  3. isteri tak lagi membebel.
  4. mata lebam-lebam macam kena tumbuk dah takde.
  5. tak boleh nak tiup vuvuzela kuat-kuat lagi.
  6. si sotong 'Paul' menjadi bertambah popular dan bakal menjadi tukang tilik di masa hadapan
  7. Mani si burung dihalau oleh tuannya akibat salah buat tekaan.
  8. Penjualan jersey bola merudum. (kurang market)
  9. takde lagi nak nampak orang cat-cat muka gambar bendera2..haha
  10. berat badan diorang mungkin bertambah sebab sebelum ni sambil tengok bola sambil makan kan. so sedar tak sedar lepas world cup je berat badan mmmm...
Perkara-perkara kat atas tu mungkin betul terjadi dan mungkin tidak ye (hihi). Just andaian aku sendiri je. Ni ada lagi 1 benda aku nak kongsikan dengan korang semua. Dalam setiap World Cup mesti ada moment-moment yang tak boleh nak dilupakan. So kat sini aku nak tunjukkan sedikit moment-moment yang menarik tu...





















p/s: tu baru sikit je, ada banyak lagi moment-moment pelik ni...haha

blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin