...








Thursday, July 22, 2010

Request Photoshop Tutorial

hye guys, salam untuk semua. Lama gila rasanya tak update blog ni. Aishhh... Kesian blog ni. Maklumlah ni semua sebab sekarang ni aku dah kembali ke France (MFI la tu...hihi). Dah mula sem baru sebagai seorang pelajar balik. Seperti pelajar2 U yang lain jugak, 1st week ni la antara yang terbusy sekali sebab waktu ni la nak kena susun jadul betul2 supaya tak clash. Tapi sekarang ni jadual aku banyak clash. Nampaknye terpaksa la drop banyak subjek sem ni. T_T. Ni semua sebab masalah online system la. Kalau jadual elok je keluar kat system, rasanya takde pon clash2 ni. Aman je hidup. Ni nak kena check sendiri kat papan kenyataan. Aishhh, tak rasa macam kat U langsung.

Ahhh, tak nak la merungut lagi. Berbalik kepada Topic asal post ni. Seperti yang korang boleh nampak kat tajuk atas tu. Aku dengan ini berbesar hati untuk bagi peluang kat korang untuk request 'Tutorial Photoshop' untuk aku paparkan kat blog ni. Korang boleh request apa2 tutorial yang korang rasa nak tahu.

Tapi aku nak bagi tahu jugak. Bukan semua tutorial yang korang mintak aku boleh bagi sebabnya aku ni bukannya hebat sangat Photoshop (haha). Boleh la sikit2. Tapi aku akan cuba tunaikan request korang tu walau apa cara pon. Sebab aku ni tak suka nak kecewakan orang haha (kepada gadis diluar sana yang tak suka dikecewakan. Pilihlah saya). So macam mana nak request?

Cara request
  1. boleh hantar request kat aku punya FORMSPRING
  2. boleh juga kalau nak hantar kat aku punya FACEBOOK
  3. Nak hantar kat TWITTER pon boleh
  4. Kalau malas sangat, hantar je kat comment kat bawah ni.
SO, silalah jangan segan untuk me-request. Aku akan cuba tunaikan sebaik mungkin.

blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin