...








photography artwork tutorial tips

Tuesday, July 27, 2010

Broga Hill

Salam semua, rasanya dah lama sangat tak upload gambar-gambar dari kamera kesayangan ku canon 450D. So kali ni aku nak upload gambar2 pemandangan yang aku ambil waktu hiking kat Broga Hill Ahad lepas 25 july.

Ini 1st time aku pergi ke Broga Hill ni. Memang 1 pengalaman yang tak boleh dilupakan sebab kitorang start panjat pada pukul 4 pagi. huuu~ dengan gelap gelitanya. Track yang agak lembab (jalan licin). Dah la pakai selipar je waktu tu, dengan pakai jeansnya lagi, bawak kamera dengan tripod. Memang 1 cabaran yang hebat lah.( haha).Kitorang pon tak prepare betul2. Sebab ingatkan Broga Hill ni takde la tinggi mana pon.Waktu tu aku pergi dengan rakan rumah sewa aku. Lebih kurang dalam 11 orang la.

Bagi sesiapa yang tak tahu Broga Hill ni kat mana. Broga Hill ni terletak dekat Semenyih, berhampiran dengan Nottingham University. 30 minit je dari Bandar Kajang. Tempat yang agak menarik kalau nak tengok matahari terbit dan matahari terbenam


Faktar Broga Hill:
  1. Berketinggian lebih kurang 400m (nampak macam pendek, tapi cuba korang test naik. Baru korang tahu betapa letih yag amatnya)
  2. Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga.
  3. Mempunyai 4 pucak.
  4. Anggaran masa untuk sampai ke puncak ke-4 lebih kurang 1 jam 15 minit
  5. Kalau nak pergi tu bawak air banyak2 sikit. sebab kat atas tu takde jual air.
Ini antara pic2 permadangan yag sempat di tangkap. So sila la komen2 sikit ye.


ada lagi ni....jom tengok









p/s: sila la bagi komen yg membina ok! ^_^

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin