...








photography artwork tutorial tips

Saturday, August 28, 2010

Saya Peminat Doraemon

Hai semua, hari ni aku juat nak buat entry santai je. Sebab dah lama tak update kan. Nampak boring pulak blog ni. Maklumlah makin nak raya makin banyak design org suruh buat (hihi, rezeki ramadhan). Ok lah, hari ni aku nak ceritakan pasal Doraemon pulak. hihi. Korang suka tak cerita doraemon? Aku sangat la suka cerita katun ni. Rasanya waktu tadika lagi aku mula start tengok cerita ni. Waktu tu jugak la aku rajin habiskan duit nak beli komik doraemon ni. Tapi malangnya sekanrang ni semua komik tu dah hilang. (sedey). Aku suka cerita ni sebab dia banyak tunjuk pasal masa depan dan masa depan memang sangat best pasal semuanya mudah. hihi Punya la syok cerita ni waktu aku tengok dulu, kalau boleh aku nak mimpi masuk dalam dunia doraemon. hihi. Tapi tu dulu la, sekarang dah matured sikit (haha).

Walaupun pelukis asalnya dah mati tanpa sempat nak habiskan cerita ni, tapi cerita ni terus maju ke depan dan sehingga kini masih lagi dikenali ramai dan masih disiarkan kat NTV7. Silap2, atuk kita pon tengok jugak doraemon ni. haha! Ok lah, tanpa melengahkan masa hari ni aku nak bagi tau beberapa faktar yang best pasal doraemon ni.

ok first aku start dengan yang ni dulu.


SINOPSIS

Doraemon (ドラえもん) adalah sebuah manga jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (藤子·F·不二雄) (nama asal Hiroshi Fujimoto) sejak tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan - yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita. -wikipedia-

Nama Doraemon

Dari mana datangnya nama ni kan. So sebenarnya nama ni merupakan gabungan dua nama iaitu "DORA" dan juga "EMON". Maka jadi la equation macam ni ( Dora + Emon = Doraemon). Makksudnya ialah "Kucing Jantan Liar". Haha, macam pelik je kan. Tapi tu la maksudnya

Teknologi pada Doraemon

Tarikh dibuat : 3 September 2112
Kod nombor : MS-903
Berat : 129.3 kg
Tinggi : 129.3 cm 
Kelajuan berlari : 129,3 km / jam (80,3 mph)
Kekuatan melompat : 129.3 cm (424,2 kaki)
kekuatan Maksimum : 129.3 bhp
Diameter pergelangan tangan : 129.3 mm
Diameter kepala dan dada : 129.3 cm
Warna Asal : Kuning
Tempat lahir : Pabrik Robot Matsushiba
Makanan kegemaran : Dorayaki
Kelemahan : Apabila ditarik ekor, Doraemon akan shut-down.

 
Watak-Watak Dalam Animasi Doraemon
Macam yang korang semua tahu, ada 4 watak utama termasuk doraemon. Nobita, Shizuka, Giant dan juga Suneo. Watak lain semua merupakan sampingan.


Ending Doraemon.
Macam yang korang tahu. Pelukis cerita ni ( Fujiko F. Fujio) meninggal sebelum sempat nak tamatkan komik doraemon ni. Oleh sebab tu ramai yang hampa dan melalak tak tentu pasal. Maka atas inisiatif sendiri, ramai fan2 doraemon telah reka sendiri ending cerita doraemon ni. Dan yang aku tunjukkan kat bawah ni merupakan salah satu dari berpuluh2 ending cerita ni. Bagi aku ni la ending paling sempurna  kerana ending dia sangat menyentuh hati dan bertepatan dengan tagline 'happy ending' dan ramai juga yang bagi komen yang memuaskan. Cuba lah korang layan...





Poket Doraemon.
Sepanjang cerita doraemon ni ditayangkan, lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket 4 demensi doraemon. Wow!!! banyak tu. Antara alat paling kerap dikeluarkan ialah helikopter buluh, Pintu kemana sahaja, Meriam angin dan Mesin Masa.

Doraemon Dalam Watak lain -Bonus-
haa. Ni ada bonus aku bagi kat korang. Gambar2 doraemon yang sangat stylo dan comel ni. haha. Tak sangka doraemon ni boleh pegang macam2 watak. tak percaya tengok sendiri...



















p/s: harap korang semua terhibur dengan entry santai ni. Maklum lah, aku ni tak reti sangat nak tulis entry best2 ni. Kalau korang ada info best2 pasal doraemon ni jom lah kongsi, hihi. jumpa anda di post seterusnya.

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin