...








Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya !!!

Dikesempatan ini, ingin aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "maaf zahir dan batin" kepada semua pengunjung setia dan tak setia ezhan-artwork (sorry ye lambat mintak maaf sikit). Minta maaf sekiranya post aku sebelum2 ni ada menyebabkan korang terasa hati atau apa2 je yang boleh menggugat emosi korang. Kalau ada tersalah tingkah laku ke maafkan lah ye. Kira 0-0 la. Semoga Hari Raya kali ni membawa 1001 sinar rahmat dan kebahagiaan dalam hidup korang semua.

Untuk raya kali ni aku ada hadiah special nak bagi kat korang. Jeng3!!!. Aku akan hadiahkan kat korang semua pengunjung ezhan artwork ni 3 kad raya premium rekaan aku sendiri. Jom kita tengok...

KAD RAYA PREMIUM ezhan artwork
cara2 nak dapatkan kad ni:
  • korang bagi komen kat post ni yang korang nakkan kad raya ni
  • tinggalkan email korang sebab aku akan email secara personal kat korang. Baru la ada chemistry sikitkan. Hihi!
  • kalau korang nak aku bagi melalui Facebook. Just tinggalkan nama profile facebook korang.
* aku akan hantar kat korang kad raya yang takde watermark ezhan artwork premium tu. Lepas tu  boleh la korang simpan untuk bagi saudara mara ke, kawan ke, untuk raya tahun depan pun takpe. So bagi tau la ye kalau korang nak kad raya ni ke tidak. PROMOSI TERHAD!!!. Bila2 je aku akan tarik balik free gift ni. hihi!




p/s: Sekali lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin