Memandangkan kita semua masih lagi dalam mood raya yang sangat meriah ni. Maka hari ni aku nak buat 1 lagi entry santai. Kalau dah kata santai tu kan, maknanya sambil tengah potong2 daging lembu tu pon boleh tengok dan baca. Takde lah bosan sangat kan. haha.
Apa yang aku nak tunjuk kat korang hari ni adalah berkaitan iklan2 yang sangat kreatif tapi kat tempat yang tak dijangka. haa! orang sekarang ni sangat2 lah kreatifnya. kat mana2 pon boleh berkarya. Ada je idea yang pelik2. Tapi bagus lah. Sebab kadang2 tu benda yang kita sangkakan takde faedah tu sebenarnya ada faedah dia.
So, tanpa membuang masa jom kita tengok...

Salah satu iklan dari Nationwide Insurance. Iklan yang menunjukkan korang sentiasa kena waspada. Bala ada dimana2. hihi. So kena lah ada insuran kan. Mesti mahal buat iklan besar2 macam ni

Iklan "without cross walk" dari Fedex

Mouse pad idaman setiap lelaki. Iklan daripada syarikat Axe yang diberi nama "Axe Fantasy". Aku rasa korang mesti faham kan iklan ni. Hihi. Agak 18sx disitu

Iklan syarikat coffee Folgers. Memang nampak macam real la kan. Kreatif sungguh
Iklan yang sangat kreatif daripada HSBC dan direka Ogilvy dan Mather Mumbai ad agency di India. Syarikat ni nak meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu pemanasan bumi (global warming). Kalau kita tak ambil tindakan awal2, nanti jadi macam dalam gambar tu la

"Watch Around Water" ni merupakan kempen untuk mengajar public supaya sentiasa mengawasi anak2 mereka ketika mengunjungi pusat2 renang

Iklan dari Zwilling J.A. Henckels. Salah satu syarikat pengeluar pisau terkenal

Iklan dari Mini Cooper dekat stesen keretapi bawah tanah di Zurich (Switzerland). Walaupun nama je "mini" cooper, tapi sebenarnya kerata ni luas gila!. tu la message diorang

Aku pon tak tau ni sebenarnya iklan apa? Tapi tempat iklan ni memang pelik kan.



Iklan dari mondo pasta. slurppp~. Aku rasa, mamme slurpp pon boleh tiru iklan macam ni
Iklan yang menunjukakan orang sedang bekerja dalam vending machine tu. Message yang nak disampaikan kat sini "Life to short for the wrong job!"
p/s: Ok lah tu sahaja. Selamat Hari Raya korban lagi sekali, jangan makan banyak sangat, karang susah nak bergerak pulak. hihi.