...








photography artwork tutorial tips

Saturday, November 20, 2010

Artwork: Projek Emas

Beberapa minggu lepas, seminggu sebelum aku final exam aku ada terima projek berkaitan dengan design. Apa yang diminta untuk aku design ialah 1 cover buku yang bertajuk "Menyingkap Rahsia Perlaburan Emas" dan 3 lagi animated banner. Ni first time aku diminta untuk mendesign cover buku. Memang agak mencabar la jugak task ni. Ialah, cover buku ni penting sebab benda ni sebagai 1st impression bila orang tengok nanti. Kalau cover dah cantik, mesti orang tertarik nak baca kan. Tapi kalau 1st impression pon dah tak menarik, macam mana orang nak tertarik untuk baca.

Merata aku cari idea, sampai terpaksa pergi lepak kedai buku MPH dan Borders kat Mid Valley semata2 nak cari idea yang best2. Nasib baik ada member teman, kalau tak comfirm bosan jalan sorang2 kat Mid. hihi. Susah jugak nak cari idea pasal design cover buku ni pasal dia punya condition, background mesti warna hitam. Tapi bila dah puas mencari idea berhari-hari. Maka ni lah hasil untuk cover buku tu. Apa korang rasa? Ok ke tak ok?

Ni ada lagi 3 design untuk animated banner. Jom tengok...

Ni pon 1st time aku designkn animated banner untuk orang. Memang susah lah sebab pengalaman memang kurang skit bab2 animated design ni. So aku harap siapa2 yang power buat banner animated ni, bleh la bagi advice kat aku ye. Bagi comment pasal animated banner aku ni. Haha!

(banner 125 x 125)
125x125

(banner 467 x 60)
467x60

(banner 160 x 60)
160x600

So secara keseluruhannya dari 10 bintang berapa korang nak ratekn hasil kerja aku ni? haha. Nak buat survey skit ni. Arr lagi 1, korang tau tak nak buat animation ni software apa lagi yang best selain photoshop, photoscape dengan flash (aku fail skit la flash ni)? Kalau korang tau, sila lah cadangkan kat aku yek. Boleh aku cuba, mana tahu lagi mudah ke software tu kan.

p/s: Ok la tu je untuk kali ni, untuk mereka yang masih bercuti tu. Enjoy la cuti korang puas2 ye. hihi

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin