...








Friday, November 5, 2010

Lawak! Peribahasa Khas dari Karam Singh Walia

Hari ni nak kongsikan korang 1 benda yang best. Sebenarnya benda ni dah lama, aku jamin mesti ramai yang dah tau pasal benda ni. Tapi siapa yang tak pernah tengok lagi, aku jamin korang confirm gelak guling2 punya. Kalau tak gelak, korang ni memang takde sense of humor la.hihi.

Apa yang aku nak kongsikan dengan korang ni sebenarnya? macam korang boleh baca kat tajuk atas tukan. Peribahasa dari Karam Singh Walia. Hihi. Benda ni aku jumpe dah lama sebenarnya. Tapi saja nak mengimbau kembali. Bila baca balik memang berguling2 la dibuatnya. Haha! siapa tak kenal kan Karam Singh Walia ni, dengan gaya cakapnya, tanganya. Memang unik la. Bak kata orang Putih tu "one and the only". hihi.

note*Peribahasa2 yang dipaparkan ni sangat unik. Maka anda tidak digalakkan menggunanya ketika bercakap dengan orang. Sebab orang tu mungkin akan gelak guling2 bila dengar. Haha!

So jom kita bergelak sakan...


Peribahasa Pelik Karam Singh Walia

1. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.


2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.


3. Tiada rotan, pelempang pun berguna.


4. Biar lambat, asalkan tak cepat.


5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.


6. Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.


7. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.


8. Secupak takkan jadi 18 cupak.


9. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.


10. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.


11. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.


12. Alang-alang mandi, biar guna sabun.


13. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.


14. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.


15. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.


16. Hidup segan, mati di tanam.


17. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.


18. Lembu punya susu cap teko dapat nama.


19. Sehari selembar benang, lama-lama benang habis.


20. Jika kail panjang sejengkal, belilah yang panjang sikit kalau
nak mengail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)


21. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.


22. Membujur lalu melintang pukang.


23. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan.


24. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.


25. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

HAHA! amcam lawak kan. Baca banyak kali pon tak bosan. Maka selamat berhujung minggu diucapkan

p/s: aku pon tak tahu sama ada betul ke peribahasa ni semua dari Karam Singh Walia? Tapi aku rasa ni semua just a joke. Untuk menghiburkan hati. hihi

blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin