...








photography artwork tutorial tips

Wednesday, December 8, 2010

Apa Itu Stereo Camera ?

Apa benda nya Stereo Camera ni? Haa, ni yang nak bagi tau ni. Menurut wikipedia, Stereo Camera ni ada la sejenis kamera yang memilik 2 atau lebih lensa dengan sensor gambar yang berasingan. Ini membolehkan kamera tu berfungsi macam mata manusia dan menjadikan gambar2 kelihatan ala2 3D gitu. Jarak antara 2 lensa tu sama dengan jarak mata manusia ( lebih kurang 6.35cm). Kalau untuk 3D movie. Diorang pon akan pakai "video cam" yang ada 2 lensa juga untuk dapatkan effect 3D tu. Cool kan.

Macam mana pulak lah bentuk stereo camera tu pulak kan...

RUPA BENTUK STEREO CAMERA

Haa, macam ni la bentuk dia. Ada kamera yang ada 2 lensa, ada jugak yang 3. yang 4 pon ada. Tapi takde gambar la kat sini. Stereo Camera nidah dugunakkan sejak tahun 1950. Lama tu. Kamera ni ibarat kamera HD kalau waktu sekarang ni.

(koleksi stereo camera zaman tok kaduk- antara kamera stereo paling awal)



Stereo Camera paling latest setakat ni dari fujifilm

GAMBAR DARI STEREO CAMERA

Ni lah antara contoh2 gambar yang terhasil dari stereo camera ni. Bila digabungkan kedua2 gambar yang ditangkap tu ( dari 2 lensa ), So akan terhasilah animation macam ni. Nampak 3D tak ? Aku rasa aku nampak. Kalau korang tak nampak tak tau nak cakap la. Lu pikir la sendiri..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Amacam! menarik tak stereo camera ni. Aku rasa kamera ni memang sangat cool. Mempunyai citarasa yang tersendiri. 1st time aku tengok gambar yang terhasil memang agak terkejut jugak la. Ialah macam pelik je kan gambar2 tu. Bergoyang2 pulak. haha! Tapi tu la dia keunikan kamera ni. Untuk menghasilkan gambar seakan2 3D. Dapat beli kamera ni pon best ni.

Ok lah, tu je sedikit informasi aku nak kongsikan kat korang. Harap korang dapat la sedikit pengetahuan baru untuk hari ni. Kalau yang dah lama tau tu, kira ni untuk korang refresh la. Kalau ada informasi yang korang tahu. Share2 kan lah ye.

sumber: wikipedia | funcram | well

p/s: Aku tak pernah nampak lagi orang pakai camera macam ni kat Malaysia. Siapa yang ada mesti cool giler ahh!

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin