...








Tuesday, December 21, 2010

Best ke Taruk Lagu Dalam Blog ?

Hye semua. Hari ni aku terasa nak mengupas satu topik atau masalah yang ada dalam dunia blog Malaysia ni. Apa masalah tu? Isu muzik. Kenapa pulak dengan muzik. Haaa. Ni pasal masalah muzik yang diletakkan dalam blog. Rasanya dah ramai blogger ulas pasal isu ni. Macam2 pendapat ada. Ada yang tak suka habis2an la. Ada yang kata terpulang pada blogger tu la. Macam2 lagi la pendapat korang boleh tengok.

Walaupun benda ni dah lama diperkatakan. Tapi rasanya tak salahkan aku nak ulas lagi. Sebab banyak lagi blogger2 baru yang pandang ringan pada benda ni. Bukan nak kata letak muzik kat blog ni tak bagus. Bagus apa. Ada kelebihan sebenarnya letak muzik kat blog ni tau. Haa, ni yang nak cerita ni.

So jom kita mulakan dengan kebaikan dulu...

Ni antara kelebihan2 yang aku nampak bila taruk muzik dalam blog:


Nampak tak still ada kebaikan tau. Kadang2 tu, orang lain pun akan terfikir " Eh! sedap pulak lagu kat blog ni". Secara tak langsung diorang akan selalu datang kat blog korang. Semata2 nak dengar lagu. Haha. Aku cakap macam ni atas pengalaman aku sendiri sebab aku pon pernah buat macam tu. Melawat blog orang semata2 nak dengar lagu je. hihi

Tapi setiap yang baik tu pasti ada buruknya. Ni pula keburukkan yang aku boleh nampak bila blog ada lagu ni.


Ada banyak lagi sebenarnya keburukan yang jelas. Contohnya macam ni:

Muzik yang dipasang pada background ( hidden )
Kalau muzik yang best tu ok lagi lah. Tapi ni yang kita tak suka dengar. Nak pause kan pulak dah satu hal. Tak jumpa button pause. So nak tak nak terpaksa lah pangkah. Tapi tak ramai blogger yang buat macam ni. Hanya segelintir je. Last2 blog kurang visitor. Lepas tu mengeluh pulak tak tentu pasal.

Penyelesaian yang boleh dibuat
  1. Jangan buat auto play.
  2. pilih muzik yang tak terlalu rancak.
  3. Penggunaan muzik instrumental lebih sesuai dari lagu2.
  4. Penyelesaian paling bagus ialah jangan taruk langsung apa2 muzik. Takde la nanti orang nak marah2.
Rasanya tu je lah yang aku nak kupaskan. Cerita lebih2 pon tak guna sebab isu ni pon dah ramai yang tahukan. Semua perkara2 yang aku tulis kat atas adalah pandangan aku sendiri dan takde niat pon nak kutok atau marah sesiapa. Just peringatan je.

Tak salah pon nak taruk lagu. Tapi pemilihan lagu tu biar la betul. Jangan buat orang benci blog korang. Sebab matlamat korang pon nak orang tahu kewujudan blog korang kan (popular kan blog). So harap lepas ni korang boleh la fikirkan yang mana bagus yang mana kurang sesuai.

Secara personalnya aku tak kisah sangat pasal muzik dalam blog ni. Aku just mutekan laptop je kalau aku tak nak dengar. Habis cerita kan. Aku tak la kejam nak terus tutup blog orang yang ada lagu ni. haha. So macam mana pulak pandangan korang? Jom la kongsi2 kan...

p/s: Macam pelik je bila tiba2 aku tulis topik macam ni. hihi...

blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin