Salam semua. Bertemu kita kembali dalam segmen " Tutorial Bersama Ezhan Artwork". Haha. Dah lama kan tak bagi tutorial kat korang. So hari ni aku akan cuba ajar korang satu lagi basic dalam photoshop ni iaitu Text Reflection. Haa. Benda ni sangat best sebab dia boleh menaikkan seri korang punya text.
Rasanya kalau yang pandai photoshop tu mesti takde masalah nak buat reflection ni kan. So ni hanyalah sekadar revision untuk korang. hihi. Sebenarnya dalam penghasilan Text Reflaction ni. Ada banyak cara. Tapi aku paling suka cara yang aku tunjukkan ni sebab cepat dan mudah.
Ok lah, malas nak cerita banyak. Apa kata kita mulakan sekarang....
STEP 1
Buka perisian photoshop korang dan buka satu new file. Lepas tu tulis apa2 perkataan menggunakan Type tool (dalam bulatan kecil)
STEP 2
STEP 3
STEP 4
Bila dah tekan free transform tu tadi. Tekan pula "right click" pada mouse korang dan pergi pada "flip vertical". Tekan tu
STEP 5
Korang bawa pulak text yang dah di flipkan tadi kebawah. Macam gambar kat bawah ni. Baru tekan enter
STEP 6
STEP 7
Seterusnya bila korang dah buat langkah tadi. Pergi pula pada "Rectangular Marquee Tool" dan ubahkan "feather" kepada 20 px
STEP 9
Bila dah buat segi empat tu. Tekan je Delete ( Pada keyboard korang ). Jadi lah seperti dibawah. Seterusnya korang tekan ( Ctrl + D ) untuk hilangkan kotak selection tu.
STEP 10
Untuk langkah terakhir. Korang setkan opacity ( dalam kotak kecil ) kepada 40%. Maka siaplah hasil kerja korang.
Ok tak tutorial ni? Harap takde masalah untuk korang ikut step2 yang ditunjukkan. Kalau ada yang tak jelas. Macam biasalah. Tanya je terus. Aku akan cuba jawabkan.
Tutorial ni bukan je boleh digunakan untuk text. Tapi apa2 benda yang nak dibuat reflection semuanya boleh. Gunakan je konsep yang sama. So bagi mereka yang baru nak berjinak2 dalam photoshop tu. Boleh la cuba ye. Selamat mencuba diucapkan
p/s: Nak ucapkan Happy Birthday kat sorang blogger comel ni Cik Lina. Semoga dimurahkan rezeki ye :D
p/s: Nak ucapkan Happy Birthday kat sorang blogger comel ni Cik Lina. Semoga dimurahkan rezeki ye :D